DUNGUN, 21 Ogos Ahad - Selepas 20 hari menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan al-Mubarak, warga kerja DUN Sura dengan dikepalai Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatannya terus merealisasikan konsep "Membangun Negara Berkebajikan" dengan mensasarkan golongan anak-anak yatim sebagai penerima sumbangan menjelang Aidilfitri yang akan menjelang tidak kurang dua minggu sahaja lagi.
ADUN Sura, Y.B. Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli yang hadir menyampaikan sumbangan kepada sebahagian penerima, bergegas pula untuk menyampaikan sumbangan melalui program kebajikan "Pemuda Bersamamu 7.0" yang kebetulan turut diadakan pada hari yang sama, 20 Ogos Sabtu.
Sebelum ini, di ambang Ramadhan al-Mubarak golongan faqir miskin turut mendapat perhatian apabila sumbangan turut dihulurkan kepada mereka untuk sama-sama meraikan kehadiran bulan mulia ini.
Hadir sama menyampaikan sumbangan, ialah isteri ADUN SURA, Puan Hajjah Siti Zaliha Mohd, Bendahari DUN Sura, Haji Abdullah Ibrahim, Ketua Muslimat DUN Sura, Puan Hajjah Rokiah Yusof dan AJK DUN Sura, Encik Mohd Razali Haji Aman.
Pihak Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan DUN Sura merakamkan ucapan berbanyak terima kasih kepada warga prihatin yang telah menyumbangkan beras dan kewangan sehingga program amal ini berjaya diadakan.
"Sebaik sahaja selesai program tahun ini, pihak kami terus membuka peluang kepada para dermawan untuk terus menyumbang sebagai persiapan awal program di tahun akan datang", ujar Ketua Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan DUN Sura, Haji Zakariah.
"Sebaik sahaja selesai program tahun ini, pihak kami terus membuka peluang kepada para dermawan untuk terus menyumbang sebagai persiapan awal program di tahun akan datang", ujar Ketua Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan DUN Sura, Haji Zakariah.
0 komen:
Post a Comment