Thursday, April 28, 2011

“Mereka Menjadikan Sumpah-sumpah Mereka Sebagai Perisai, Lalu Mereka Menghalangi (manusia) Dari Jalan Allah.....

Trio ‘Datuk T’ mendedahkan bahawa mereka tidak sedikit pun takut untuk berhadapan dengan tindakan undang-undang di bawah Seksyen 292 Kanun Keseksaan, kerana menayangkan rakaman video seks yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini. Semua trio tersebut, iaitu bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik; ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah serta bekas Bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Shuib Lazim berkata, mereka sudah bersedia mental dan fizikal untuk menghadapi apa sahaja kemungkinan. Malah mereka juga bersedia untuk melakukan sumpah laknat di mana sahaja termasuk di depan Kaabah, bagi membuktikan pendedahan mengenai rakaman video seks tersebut adalah benar membabitkan ketua pembangkang tersebut, sebagaimana yang didakwa.

Shazryl Eskay ketika dihubungi berkata, kami bukan sahaja sanggup ke mahkamah tetapi kami juga bersedia untuk melakukan sumpah laknat di mana sahaja termasuk di depan Kaabah. Ini kerana saya yakin, kami di pihak yang benar dan tiada sebarang keraguan bahawa lelaki itu memang Anwar,” katanya. Dalam pada itu, Shuib pula memberitahu, pihaknya memang sedar akan risiko perundangan yang terpaksa dihadapi kerana pendedahan itu tetapi menegaskan, perjuangan menyedarkan rakyat mengenai moral adalah lebih penting berbanding kebimbangan dikenakan hukuman oleh mahkamah. Katanya, atas niat yang murni tersebut jugalah sehingga kini, semua trio Datuk T tidak mendapatkan sebarang khidmat guaman bagi menghadapi kemungkinan pendakwaan kerana yakin, Allah akan menolong golongan yang berjuang untuk mengelakkan negara ini dari di perintah individu tidak bermoral [UM 20/04/11].

Berdasarkan pendedahan di atas, nampaknya kes video seks yang dikaitkan dengan Anwar Ibrahim itu telah melangkah ke babak seterusnya iaitu babak ‘sumpah laknat’ pula, demi membuktikan dakwaan pihak terbabit. Dalam babak sebelum ini, Ketua Polis Negara telah membuat pengesahan bahawa video tersebut adalah tulen setelah dilakukan ujian ke atasnya. Selepas itu pula, entah macamana video tersebut telah terlepas ke laman youtube. Pihak polis menafikan bahawa mereka yang memuatnaik video tersebut. Trio Datuk T juga menafikan yang mereka berbuat demikian. Aneh sungguh, video tersebut yang disahkan hanya ada dalam pemilikan Datuk T dan pihak polis sahaja, namun kedua-dua pihak menafikan memuatnaikkannya ke laman youtube! Jadi, entah siapalah yang melakukannya, hanya Allah dan pelakunya sahajalah yang mengetahui. Apa pun, beberapa babak telah berlalu sebelum kes ini mungkin dibawa ke mahkamah sebagai babak berikutnya.

baca artikel penuh...di sini.

1 komen:

azman kamarul on April 28, 2011 at 10:05 AM said...

Terkejut juga saya memikirkan hal ini sehinggakan sanggup bersumpah laknat.
Cuma nak tanya kat 3 ekor malaun tu..kamu nak bersumpah ni , kamu ikut kitab mana ye?

Ada ke nas dalam Quran , atau hadis atau kitab-kitab muktabar.

Related Posts with Thumbnails

YB ADUN Sura Untuk Semua

 

Arkib Laman

Blog YB ADUN Sura © 2008 | Ripped by SamarQondy | Coordinated by Team IT DUN Sura