HUKUM ILMU SIHIR, HUKUMAN KE ATAS AHLI SIHIR
- APA SIKAP NEGARA ?
IBRAHIM BATTURAH AL-HADDAD
Mon Jul 06, 09 4:19:07 pm MYT
Dalam sebuah Negara Islam, apakah hukuman ke atas mereka yang mengamalkan ilmu sihir? Apakah pendirian Negara Islam ke atas mereka yang menggunakan ilmu sihirnya dengan tujuan membunuh dan merosakkan mana-mana bahagian tubuh seseorang dengan ilmu sihirnya?
Sebenarnya kedudukan ilmu sihir ini bukan sahaja buruk di sisi umat Islam dan Negara Islam, malah dalam suatu kelompok masyarakat Barat Kristian pada suatu masa dahulu, ilmu sihir dan para pengamalnya telah dihukum bunuh.
Mereka akan menangkap ahli sihir, mengikatnya di sebatang tiang, meletakkan kayu api di sekeliling ahli sihir itu dan akhirnya mereka membakarnya hidup-hidup sehingga ahli sihir itu mati bersama ilmu-ilmunya yang merosakkan itu.
Hal-hal begini boleh kita tonton lewat filem-filem seram yang dicetak oleh 'madrasah' Hollywood ke serata dunia suatu ketika dahulu. Daripada suatu segi, kita berkongsi pandangan yang sama dengan Kristian terhadap isu ilmu sihir ini.
Hanya akhir-akhir ini saja, Hollywood menjulang ahli sihir dan pengamalnya ke taraf yang tinggi melalui Harry Porter. Tetapi, dalam pada itu pun, masih kita terdengar beberapa laungan dan kritikan gereja terhadap filem berkenaan.
Demikian kedudukan ilmu sihir dalam kacamata pandangan Islam. Satu-satunya agama samawi yang mungkin masih terlibat di dalam amalan ilmu sihir itu ialah agama Yahudi.
Kabbalah, salah satu pegangan dan amalan dalam agama purba Yahudi itu, dianggap oleh sesetengah pengkaji sebagai ilmu yang berasal daripada Mesir Purba; amalan ahli-ahli sihir Firaun yang pernah bertempur dengan mukjizat Nabi Musa suatu ketika dahulu.
Agama Islam telah memutuskan bahawa ilmu sihir ini adalah ilmu yang haram diamalkan. Bagaimanapun terdapat juga khilaf yang menyatakan bahawa ilmu ini harus diajar. Manakala sesetengah ulama lain menganggap, ilmu ini haram diajar.
Namun, kedua-dua aliran ini sepakat menyatakan bahawa ilmu sihir ini haram diamalkan. Itu jelas. Tapi, kita berdepan dengan suatu masalah baru ketika membincangkan hal ini. Iaitu jika agama telah merumuskan bahawa ilmu sihir ini haram diamal maka kenapakah negara, pihak pemerintah, penguasa, khasnya parti politik tidak mengharamkannya di dalam negara itu?
Mungkin, jawapannya ada pada kenyataan lewat pidato penyandang presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono baru-baru ini ketika Tanah Jawa kini sedang menyaksikan pertarungan merebut jawatan Presiden Indonesia.
"Ini ialah musim pilihan raya. Ramai yang mengamalkan ilmu hitam. Malahan keluarga saya dapat merasai kesannya," kata calon presiden tersebut dalam sebuah majlis doa selamat di Cikeas, Bogor baru-baru ini.
"Saya membuat kesimpulan bahawa hanya melalui doa dan bacaan ayat suci boleh menghalang serangan ilmu hitam. Misalnya, malam Jumaat lepas, saya sentiasa membaca ayat suci al-Quran sepanjang jalan ke venue debat (pusingan ketiga dan akhir debat presiden) bersama-sama isteri saya, pembantu dan pemandu.
Katanya beliau sentiasa membaca ayat suci al-Quran sebagai cara untuk melindungi dirinya daripada serangan ilmu hitam daripada pencabarnya. Demikianlah serba ringkas petikan laporan tersebut.
Persoalan awal yang patut kita tanyakan kepada calon presiden tersebut, kenapakah ketika beliau diberi peluang sebagai Presiden Indonesia sebelum ini, amalan ilmu sihir itu tidak dibanteras habis-habisan dengan bersungguh-sungguh?
Kenapakah baru sekarang beliau mengeluh? Sedangkan ketika beliau berpidato itu, jelas beliau adalah seorang Muslim dan dengan taraf beliau sebagai penguasa Negara Islam dengan jumlah bilangan entiti rakyat yang besar, hal ilmu sihir itu boleh ditangani bersama majlis ulamak Indonesia.
Apabila beliau tidak berusaha mengguna jenteranya, mengerahkan pasukannya dalam bentuk negara, guna menghancurkan ilmu sihir itu, maka kini beliau diancam ilmu sihir pula menjelang pilihan raya presiden.
Ilmu sihir dalam pemerintahan
"Dan mereka mengikuti apa yang dibaca oleh syaitan-syaitan pada masa kerajaan Sulaiman (dan mereka menyatakan bahawa Sulaiman itu mengerjakan sihir), padahal Sulaiman tidak kafir (tidak mengerjakan sihir), hanya syaitan-syaitanlah yang kafir (mengerjakan sihir).
"Dan mereka mengikuti apa yang dibaca oleh syaitan-syaitan pada masa kerajaan Sulaiman (dan mereka menyatakan bahawa Sulaiman itu mengerjakan sihir), padahal Sulaiman tidak kafir (tidak mengerjakan sihir), hanya syaitan-syaitanlah yang kafir (mengerjakan sihir).
apa kaitannya dengan isu bomoh yang hangat
diperkatakan di dalam negara ...
baca artikel penuh di sini
0 komen:
Post a Comment