Sunday, July 5, 2009

Hapus Kuota Bumiputera, Pelabur Datang ?

by USTAZ IDRIS AHMAD
Posted on Julai 5, 2009

30hb Jun 2009 Datuk Sri Najib selaku Perdana Menteri dan Menteri Kewangan telah umumkan bahawa kerajaan akan hapuskan 30% kouta wajib bumiputera apabila mereka hendak melabur untuk tawaran awal permulaan (IPO). Kononnya dasar inilah pelabur asing tidak datang ke negara ini.

Persoalannya adakah kerana dasar ini menyebabkan pelabur tidak datang? Sama juga andain Tun Dr Mahathir Umno akan kuat kalau Pak Lahj letak jawatan dan berikan kepada Najib. Apa yang berlaku Umno lemah bukan factor Pak lah, tetapi factor Umno dan orang yang memimpin Umno itu sendiri.

Di sana ada faktor-faktor lain kenapa pelabur tidak mahu datang ke negara ini antaranya ialah :-

Pihak kerajaan kena suluh ke dalam dahulu kenapa pelabur tidak datang ke negara ini. Mana-mana pelabur dia hendak melabur, dia akan buat kajian dulu apakah pelaburan mereka selamat dan menguntungkan.

Mungkin kerana mereka tidak mahu melabur kerana suasana politik tidak stabil, teruatamanya pencabulan undang-undang seperti yang berlaku di Perak. Kita kena ingat pelabur apabila mereka hendak melabur ke sebuah negara ia akan perhati undang-undang yang berjalan di sebuah negeri tersebut. Apabila mereka melihat bagaimana perlembagaan Perak dicabul, maka apa pula jaminan pelaburan mereka akan selamat dan perjanjian yang dibuat terpakai.

Lebih-lebih lagi yang mengepalainya pencabulan ini ialah Perdana Menterinya sekarang. Video klip V.K Linggam satu bukti lagi, mereka ketahui bagaimana hakim-hakim yang boleh diatur dan boleh dibeli. Apakah mereka sanggup datang ke negera ini dalam keadaan undang-undang yang dicabul dan tidak terjamin keadilannya.

Masalah rasuah sampai sekarang tidak dapat diatasi. Indeks rasuah semakin teruk, walaupun BPR sudah ditukar nama SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah). Masih berlaku ialah ikan bilis yang tangkap, ikan jerung masih terlepas. Mereka yang ditangkap ialah Pegawai kerajaan jerung politik terlepas.

Tragedi yang berlaku dalam Umno adalah paparan sebenar indeks rasuah yang tidak selesai sampai hari ini. Macama mana Khairi yang didapati bersalah kerana rasuah boleh bertanding. Manakala Ali Rostam bersalah tidak boleh bertanding dan dilantik pula menjadi Pengerusi Perhubungan Umno Melaka. Inilah yang pelik tapi benar.

Sebenarnya pelabur tidak datang kerana pemimpin Umno/Bn yang memerintah terkenal di luar negara sebagai naga besar.

0 komen:

Related Posts with Thumbnails

YB ADUN Sura Untuk Semua

 

Arkib Laman

Blog YB ADUN Sura © 2008 | Ripped by SamarQondy | Coordinated by Team IT DUN Sura