Sunday, 05 Julai 2009 01:44
MANEK URAI, 5 Julai - Menjelang sehari sebelum hari penamaan calon, Manek Urai semakin menjadi tumpuan apabila pertandingan antara dua parti major di negara ini, PAS dan Umno-BN bakal merakamkan sebuah lagi sejarah dalam landskap politik semasa.
MANEK URAI, 5 Julai - Menjelang sehari sebelum hari penamaan calon, Manek Urai semakin menjadi tumpuan apabila pertandingan antara dua parti major di negara ini, PAS dan Umno-BN bakal merakamkan sebuah lagi sejarah dalam landskap politik semasa.
Semakin hari, semakin ramai polis dan tentera berkampung di Manek Urai kononnya untuk menjaga keamanan dan mengelakkan sebarang insiden pergaduhan antara penyokong PAS dan Umno menjelang hari penamaan calon.
Dalam tinjauan yang dibuat,kelihatan 'perkampungan Martek PDRM' telah pun didirikan di Laloh dan semakin banyak pondok-pondok polis dibina di sekitar Manek Urai.
Di sebalik perang poster dan bendera yang semakin rancak di kiri kanan jalan, kenderaan polis seperti trak, kereta dan motorsikal juga semakin bertali arus dilihat di sepanjang jalan raya menuju ke Kota Bahru.
Bilik-bilik gerakan kedua-dua belah pihak juga semakin banyak dan aktif menjalankan mesyuarat tidak kira pagi atau petang.
Para petugas semakin giat menggantung poster dan bendera sehingga bekerja hingga lewat malam walaupun tinggal sehari sahaja lagi penamaan calon akan diadakan.
Bagi kebanyakan penduduk di Manek Urai, musim pilihanraya merupakan masa yang sesuai untuk menambah pendapatan mereka kerana pada masa inilah Manek Urai didatangi oleh para petugas, penyokong dari kedua belah pihak dan polis.
Kedai-kedai makan, gerai buahan dan makanan tempatan seperti lemang dan kuih akok menjadi tumpuan pengunjung dari luar yang semakin bertambah menjelang hari penamaan calon.
Bagaimanapun, suasana dijangka menjadi semakin meriah dengan kehadiran pelbagai pihak di Manek Urai antara tempoh kempen penamaan memandangkan pelbagai isu semasa yang membantu merancakkan lagi perjalanan kempen pilihan raya kecil di Manek Urai ini.
0 komen:
Post a Comment