Benarkah populariti Datuk Seri Najib Abdul Razak kini lebih baik berbanding populariti Datuk Seri Anwar ibrahim pada masa ini? Maksud "popular" di sini boleh jadi positif atau negatif.
Seseorang
yang didakwa terlibat dengan kes pembunuhan berprofil tinggi boleh juga
menjadi begitu popular di kalangan rakyat yang tertipu di sebalik
topeng seorang ahli politik yang berjaya menduduki kerusi nombor satu di
sesebuah negara itu.
Dan sebaliknya seorang pejuang rakyat yang
sebenar boleh juga menjadi begitu popular apabila didakwa difitnah dan
diaibkan sedemikian rupa kepada sekalian rakyat jelata apabila dituduh
seorang peliwat atau kaki seks pelacur.
Jadi interpretasi
"popular" boleh membawa makna yang positif atau negatif. Namun ‘positif
juga boleh dimanipulasikan menjadi negatif’, begitulah sebaliknya,
‘negatif juga boleh dimanipulasikan menjadi positif’.
Rakyat kini
ternanti-nanti debat di antara Anwar dengan Najib. Di zaman serba
canggih dan telus ini di mana kredibiliti dan kebijaksanaan seseorang
pemimpin itu dinilai daripada cara dia berfikir dan menyampaikan buah
fikirannya, maka debat merupakan suatu cara paling tepat bagaimana kita
boleh menilai cara pemikiran dua orang pemimpin itu tentang sesuatu
dasar yang ingin mereka terajui di dalam sistem pentadbiran negara.
Dengan
berdebat, rakyat dapat menilai secara adil dan saksama tahap pemikiran
dua orang pemimpin besar sesebuah negara itu mengenai pandangan
kedua-duanya tentang cara mentadbir sesebuah negara, serta menjawab
pelbagai isu-isu berkaitan tuduhan yang saling dilemparkan di antara
kedua-dua belah pihak.
baca artikel penuh...di sini.
0 komen:
Post a Comment