Sunday, October 7, 2012

72% Jemaah Haji Malaysia Sudah Berada Di Tanah Suci...ADUN Sura Ziarah Pengerusi JKKK

Seramai 19,764 orang, atau 72% daripada 28,000 orang jemaah haji Malaysia, sudah pun berada di Tanah Suci.
Encik Husain Sukri A. Rahman bergambar kenangan 
selepas dikunjungi ADUN Sura di hadapan kediamannya. 
Turut kelihatan, Bendahari MTD Sura, Haji Abdullah Ibrahim.

Pengurus Hal Ehwal Awam dan Komunikasi Korporat Kumpulan Tabung Haji, Mohamad Naser  Jaffar berkata daripada jumlah itu, 17,915 jemaah sudah berada di kota Mekah manakala selebihnya masih di Madinah dan akan bertolak ke Mekah, Isnin.

"Selepas ini, semua penerbangan haji dari Malaysia akan mendarat di terminal penerbangan haji di Jeddah, dan jemaah akan terus dibawa masuk ke Mekah," katanya kepada pemberita di pusat operasi Tabung Haji, di sini Ahad.

Beliau juga berkata sehingga kini, 58 daripada 77 penerbangan yang membawa jemaah haji telah berlepas dari tanah air ke tanah suci.

Penerbangan pertama ialah pada 17 September lepas - Bernama.com 

Sementara itu, di Dungun khususnya di DUN Sura, seramai lebih 30 orang bakal haji telah menerima kunjungan ADUN Sura, Y.B. Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli sebelum mereka bertolak ke tanah suci.

Program tahunan ziarah bakal haji ini dilakukan tanpa mengira latar belakang politik. Pengerusi JKKK Kampung Molek, Encik Husain Sukri A. Rahman, 59 (gambar atas), adalah di antara yang telah dikunjungi oleh ADUN Sura, baru-baru ini.

0 komen:

Related Posts with Thumbnails

YB ADUN Sura Untuk Semua

 

Arkib Laman

Blog YB ADUN Sura © 2008 | Ripped by SamarQondy | Coordinated by Team IT DUN Sura