Friday, November 2, 2012

ADUN Sura Ucap Selamat Menduduki SPM 2012

DUNGUN, 2 November Jumaat - ADUN Sura, Y.B. Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli dan Pengarah MTD Sura, Haji Wan Hapandi Wan Nik serta Jawatankuasa Pelajaran DUN Sura dan seluruh warga kerjanya mengucapkan selamat menduduki Peperiksaan SPM 2012 kepada semua calon di seluruh Malaysia, khususnya di DUN Sura dan Dungun, Terengganu.


" Kami doakan semua calon dikurniakan ketenangan dan kemudahan untuk menjawab soalan yang dikemukakan, semoga peperiksaan ini merupakan di antara tangga awal untuk melangkah lebih maju di medan pelajaran sehinggalah ke menara gading, " ujar ADUN Sura merangkap YDP PAS Kawasan Dungun secara ringkas. 

Gambar hiasan...adik Christina Seow Siew Hoon, di antara pelajar cemerlang SPM 
dari SMK Sultan Omar, Dungun yang telah menerima sumbangan
penghargaan daripada YB Ust Hj Wan Hassan Mohd Ramli

Seramai 472,541 orang calon akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di 3,590 pusat peperiksaan di seluruh negara mulai Isnin ini sehingga 6 Disember.
Seramai 415,530 calon daripada sekolah kerajaan, bantuan kerajaan dan sekolah agama bantuan kerajaan, manakala 7,708 calon daripada sekolah di bawah agensi kerajaan selain kementerian dan 7,946 calon daripada sekolah menengah agama negeri.
Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pelajaran dalam kenyataannya di sini hari ini berkata, turut menduduki peperiksaan tahun ini ialah 11,309 calon sekolah swasta yang berdaftar dengan kementerian, 28,148 calon sekolah menengah agama rakyat dan 1,900 calon persendirian.
Menurut kenyataan itu, seramai 30,239 petugas peperiksaan dilantik bagi memastikan peperiksaan berjalan lancar.

0 komen:

Related Posts with Thumbnails

YB ADUN Sura Untuk Semua

 

Arkib Laman

Blog YB ADUN Sura © 2008 | Ripped by SamarQondy | Coordinated by Team IT DUN Sura