Saturday, January 31, 2009

Realiti politik masa kini dan kejutan politik Najib di Perak

sumber : HarakahdailyAhmad Lutfi Othman Sun | Feb 01, 09 | 12:50:34 am MYT Secara peribadi, lazimnya saya sukar untuk menerima dengan mudah dakwaan bahawa Umno-BN sudah hilang pengaruh dan bersiap sedia bagi dikuburkan hanya kerana sesuatu peristiwa, misalnya kalah dalam pilihan raya kecil. Saya lebih suka meramalkan kedudukan terburuk yang bakal dihadapi pembangkang supaya dapat diikhtiarkan jalan keluar sebelum terlambat. Lagi pun, kejutan selepas menang lebih indah dan nikmat berbanding terkejut...

Daurah Tadribiyyah Siri 1

31 Januari, 200911.30 pmMajlis Tindakan DUN Sura hari ini berjaya menganjurkan Daurah Tadribiyyah Siri 1 di PASTI Tanah Lot bermula jam 9.00 pagi hingga jam 5.00 petang. Sdra Mohamed Ibrahim, Setiausaha MTD Sura memberitahu bahawa program dalaman ini telah ditetapkan oleh Lajnah Tarbiyyah dan Perkaderan Negeri sebagai salah satu usaha bagi menjayakan hasrat dan objektif yang telah digariskan." Di antara objektif daurah ini ialah bagi melahirkan petugas parti yang benar-benar ikhlas, mahir dan teliti dalam perjuangan Islam, membina...

Friday, January 30, 2009

Rombongan Presiden PAS Serah Dana RM250 Ribu, Tinjau Derita Gaza

sumber : HarakahdailyRAFAH, Mesir 31 Jan (Hrkh) - Bendahari PAS Dr Hatta Ramli memaklumkan kepada Penolong Pengarang Harakahdaily Azamin Amin melalui sistem pesanan ringkas (sms) bahawa Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan 20 anggota rombongan PAS telah berjaya menyampaikan sumbangan bantuan kemanusiaan PAS sejumlah RM250,000 untuk meringankan derita penduduk Gaza di Palestin.Kata Dr. Hatta yang kini...

Thursday, January 29, 2009

Ramlang saman Jakim jika rayuan ditolak

sumber : malaysiakini Jimadie Shah Othman | Jan 29, 09 11:49am kemaskini 2:06pm Bekas imam Masjid Wilayah Persekutuan - yang dipecat daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) atas alasan berkempen untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim - akan mengambil tindakan saman."Saya akan merayu (kepada Jakim). Jika tidak terima, saya akan tuntut hak-hak saya melalui...

Dua Minggu Berlalu, Wan Farid Bagai Jatuh Ditimpa Tangga

sumber : BuletinonlineKuala Terengganu – Selepas dua minggu UMNO dan Barisan Nasional kalah dalam pilihanraya kecil Kuala Terengganu, jentera UMNO Terengganu masih terus menyalahkan dan memburuk-burukkan bekas calonnya, Dato’ Wan Ahmad Farid.Dalam satu laporan bedah siasat yang bertajuk ‘Laporan Jawatankuasa Pemantau’ UMNO Perhubungan Terengganu, meletakkan faktor calon sebagai faktor kedua mengapa UMNO kalah dalam pilihanraya...

Monday, January 26, 2009

Sekitar Majlis Kacau Bubur 'Asyura

YB Sura sempat hadir dan mendengar hasil tinjauan awal olehwakil peribadi beliau terhadap satu permasalahan di Pasar Besar Dungun.Gandingan tenaga wakil Penerangan dan wakil Unit AmalRelak ah brader... kasi chance member sebelah pulak.Campuran bahan dimasukkan ke dalam bubur 'asyuraLemas asap laaa ...Pemuda dan Remaja HALWA...duk gelak pulak dah...Steady sepanjang program...lenguh ke ?!?Persiapan untuk masa agihanPerbincangan...

Gong Xi Fa Cai - Dari Presiden PAS Untuk Semua

sumber : buletinonline Saya ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua anggota masyarakat Tionghua di Malaysia.Semoga tahun yang baru ini akan membawa kesejahteraan dan keamanan kepada semua, dan mudah-mudahan ia menjadi tahun yang baik, malah lebih baik dari yang terdahulu khasnya dari segi ekonomi dan politik buat negara kita yang tercinta dan seluruh dunia amnya.Sesungguhnya...

Sunday, January 25, 2009

Sekitar hari penamaan calon PRK P036 Kuala Terengganu

Pihak kami memohon ribuan kemaafan atas kelewatan meng'update' blog Dun Sura ini kerana kesibukan Team IT Dun Sura dalam PRK P036 baru-baru ini.Pihak Dun Sura diamanahkan untuk membantu 2 UPU di Dun Batu Buruk iaitu UPU Kuala Ibai dan UPU Mengabang Tengah.Di sini kami perturunkan sebahagian gambar-gambar sekitar hari penamaan calon P036 Kuala Terengganu dari lensa unit kamera amatur kami.Banyak lagi gambar-gambar akan...

Saturday, January 24, 2009

UMNO Tidak Akan Berubah

oleh : smnoor buletinonlineDungun 25 Jan 2009 – “Walaupun UMNO cuba melakukan perubahan, namun dasar yang dibawa oleh parti itu tidak mungkin berubah, “apa yang mereka perjuangkan adalah untuk kepentingan diri dan para kroni,”kata Yang DiPertua PAS Kawasan Dungun Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli.Beliau berkata demikian ketika memberi respon atas kenyataan beberapa pimpinan UMNO selepas mengalami kekalahan dalam pilihanraya...

Thursday, January 22, 2009

Petunjuk Kuala Terengganu: Nazak BN menjelang ajal

Zulkifli Yahaya Thu | Jan 22, 09 | 5:38:27 pm MYT Hanya meletakkan mucung pistol di kepala pengundi saja yang tidak dibuat oleh BN. Selain itu, apa lagi yang tidak dilakukan oleh mereka dalam usaha memenangkan calonnya di Kuala Terengganu? Umpan sudah, ugut pun sudah. Semua menteri membawa sekali kementeriannya berkampung di Kuala Terengganu. Bajet kementerian Pusat turun untuk...

Thursday, January 15, 2009

SPR perlu jelaskan undi sulit atau tidak - Mustafa

KUALA TERENGGANU, 15 Jan (Hrkh) - PAS mahu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membuat kenyataan bagi menjelaskan dakwaan seorang pegawai kanan kerajaan kononnya mengundi tidak sulit. Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato' Mustafa Ali mendakwa seorang pemimpin memberitahu pada satu perjumpaan dengan kakitangan kerajaan dengan menyebut pengundian tidak sulit. "Kita minta SPR membuat kenyataan terbuka mengenai status pengundian...
Related Posts with Thumbnails

YB ADUN Sura Untuk Semua

 

Arkib Laman

Blog YB ADUN Sura © 2008 | Ripped by SamarQondy | Coordinated by Team IT DUN Sura