| |
KUALA TERENGGANU, 16 April (Hrkh)- Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dibenarkan pulang ke rumah pada jam 5.15 petang semalam setelah berada di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) selama hampir enam hari. Anaknya, Muhammad Khalil, 31, berkata Tuan Guru dibenarkan pulang ke rumah setelah keadaan kesihatan beliau bertambah baik dan sihat. Katanya, dua doktor pakar telah mengesahkan mutu kesihatan Presiden PAS itu sebelum dibenarkan pulang ke rumah. "Ayah saya dibenarkan pulang dan kami ahli keluarga sangat gembira dan berpuas hati dengan rawatan yang diterima di hospital selama hampir enam hari itu. "Dua doktor pakar yang memeriksa ayah membenarkan dia pulang untuk berehat di rumah," jelasnya kepada Harakah, semalam. Menurut Khalil, doktor menasihatkan Tuan Guru agar banyak berehat buat seketika waktu ini.
Selama tempoh beliau berada di hospital tersebut pelbagai pihak datang melawat serta menziarahinya termasuk pimpinan PAS, Parti KeADILan Rakyat (PKR) dan Umno. Sehubungan itu, Harakah dimaklumkan Presiden PAS dijangka akan mengadakan sidang media pertama hari ini di kediamannya setelah enam hari menerima rawatan di HSNZ Kuala Terengganu. Update oleh : Lajnah IT Pemuda DUN Sura |
2018, ISLAM MEMANDU WAWASAN NEGARA MAJU
7 years ago
0 komen:
Post a Comment