Monday, April 28, 2008

Belum boleh pegang stereng

...

Jurugambar Harakah dilarang masuk Parlimen

KUALA LUMPUR, 28 April (Hrkh) - Belum pun bermula sidang Parlimen,episod larangan ke atas jurugambar mencemari majlis angkat sumpah Ahli-ahli Parlimen pada pagi tadi. !---->!----> Dalam kejadian pagi tadi, jurugambar Harakah tidak dibenarkan masuk ke Parlimen untuk merakamkan upacara mengangkat sumpah, walaupun telah membuat rayuan kepada pegawai bertugas di parlimen. Ketua Jurugambar Harakah, Mohd Nasir Sudin, ketika dihubungi, berkata pegawai parlimen melarang beliau dan seorang...

Saturday, April 26, 2008

Pemberitahuan

Assalamualaikum...Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa pihak admin telah memuatkan siaran TKO.fm @ TKO.tv kedalam laman blog Pemuda DUN Sura. Insyaallah tuan/puan akan dapat menonton dan mendengar siaran bagi mendapatkan maklumat daripada pelbagai sumber....Seperti biasa sekiranya ada Ceramah Besar-Besaran anda pasti akan dapat melihatnya secara LANGSUNG melalui laman ini... Penubuhan laman dan siaran ini adalah kerana lemahnya etika dan ketelusan institusi penyiaran dalam negara kita. Oleh kerana itu, kami memberikan alternatif...

Monday, April 21, 2008

Konvoi ARC Dungun ke Kota Bharu, Kelantan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Maaf, artikel ini sepatutnya telah lama diupdate. Tapi ianya tertangguh kerana beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan.Dungun : ARC Kawasan Dungun telah berjaya melaksanakan aktiviti yang ditangguhkan pada hujung tahun lepas iaitu Konvoi Bermotor ARC Dungun ke Kota Bharu, Kelantan pada 4 & 5 April yang lalu. Satu pakej yang menarik telah ditawarkan oleh ARC Dungun kepada para...

Selepas Azreen, kita akan menjejak Sufiah pula - Husam

SEPANG, 18 April: "Selepas ini, kita akan mulakan misi menjejak dan menyelamatkan Sufiah pula," kata Datuk Husam Musa selepas berjaya membawa pulang adik Che Siti Nur Azreen Che Ishak, 13 tahun, dengan selamatnya selepas hilang lebih dari empat bulan.Husam berkata demikian kepada wartawan yang bersama-sama beliau menunggu kepulangan Azreen yang hilang dari rumahnya di di Ladang Ulu Sawah, Rantau Negeri Sembilan Disember...

Sunday, April 20, 2008

Nisa' DUN Sura @ Cameroon Highlands

Dalam pilihanraya yang lalu kita menyaksikan satu perubahan besar telah dilakukan oleh golongan muda. Hasil kajian dan post-mortem yang dibuat, pengundi muda telah muak dan cuak dengan sikap yang diamalkan oleh kerajaan barisan nasional. Di DUN Sura khususnya, sikap UMNO dan BN amat menjelekkan. Selain daripada asas retorik 'Islam Haghari" dan hujah yang dangkal, mereka cuba pula untuk mengugut rakyat dengan ugutan penarikan...

Nisa' @ Cameroon Highlands

Dalam pilihanraya yang kita menyaksikan satu perubahan yang besar dilakukan oleh golongan muda. Hasil kajian dan post-mortem yang dibuat, pengundi muda telah muak dan cuak dengan sikap yang diamalkan oleh kerajaan barisan nasional. Di DUN Sura khususnya, sikap UMNO dan BN amat menjelekkan. Selain daripada asas retorik 'Islam Haghari" dan hujah yang dangkal, mereka cuba pula untuk mengugut rakyat dengan penarikan 'wang ehsan'. Walhal, rakyat tetap bijak dalam membuat keputusan dan tidak mudah termakan 'umpan kecil' mereka.Sebetulnya...

Wednesday, April 16, 2008

5 Syarat Nak Buat MAKSIAT

(Gambar Hiasan)Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat." Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata, "Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat." Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya. "Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?" Ibrahim...

Tuesday, April 15, 2008

Tafsir al-Maidah 80-82: Ilmu di kalangan orang fasik

Tuan Guru Abdul Hadi Awang Thu | Mar 27, 08 | 12:46:44 pm MYT Ilmu dikurniakan di kalangan mereka yang hina. Yang dimaksudkan dengan ilmu di kalangan orang yang hina adalah ilmu di kalangan orang yang fasik. !---->!---->Orang yang fasik bercakap tentang ilmu bersandarkan ayat al-Quran dan hadis Nabi s.a.w.�Apabila keadaan ini berlaku menjelaskan bahawa inilah penyakit yang melanda...

Presiden PAS dibenarkan pulang dari rawatan HKT

KUALA TERENGGANU, 16 April (Hrkh)- Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dibenarkan pulang ke rumah pada jam 5.15 petang semalam setelah berada di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) selama hampir enam hari. !---->!----> Beliau dimasukkan ke HSNZ setelah disyaki terkena tanda-tanda awal penyakit 'minor stroke' (angin ahmar) dan dinasihatkan oleh doktor agar berehat secukupnya....

Thursday, April 10, 2008

husam musa

news maker of the y...
Related Posts with Thumbnails

YB ADUN Sura Untuk Semua

 

Arkib Laman

Blog YB ADUN Sura © 2008 | Ripped by SamarQondy | Coordinated by Team IT DUN Sura