Sunday, August 5, 2012

PRU-13 : PAS Tanding 70 Kerusi Parlimen


SHAH ALAM, 5 OGOS - PAS akan bertanding 70 kerusi parlimen dalam pilihan raya akan datang dan hampir selesai memilih calon dan parti tersebut akan ketengahkan lebih ramai muka baru dalam pilihan raya umum (PRU) ke 13 akan datang kata timbalan presidennya, Mohamad Sabu. 
Ahli politik veteran yang mesra dengan panggilan Mat Sabu (gambar) berkata, parti tersebut sudah 90 peratus selesai  berbincang dengan sekutu Pakatan Rakyat (PR) mereka dalam urusan pembahagian kerusi menjelang PRU yang perlu diadakan selewat-lewatnya pada April 2013. 
Dalam pilihan raya 2008, PAS bertanding 66 daripada 222 kerusi parlimen. 
“Calon baru ada ramai terutamanya di negeri-negeri disebelah selatan seperti Negeri Sembilan, Melaka dan Johor. 
“Di Selangor juga ada sedikit,” kata timbalan presiden PAS itu dalam sebuah wawancara bersama The Malaysian Insider
PAS, salah satu daripada tiga pemain utama dalam pakatan pembangkang telah menunjukkan kesungguhan untuk bersaing dengan musuh tradisinya, Umno di kubu kuat parti Melayu tersebut dimana pertarungan tersebut akan diketuai oleh salah seorang panglima PAS, Salahuddin Ayub. 
Langkah untuk menambahkan kerusi bagi PAS adalah memadai kerana parti tersebut kini mempunyai kerusi parlimen terkecil berbanding rakan PR yang lain iaitu sebanyak 23 kerusi di peringkat pusat. 
PKR sebagai kunci utama yang diketuai oleh ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai 27 kerusi dan DAP parti yang dikuasai oleh kaum Cina mempunyai 28 kerusi parlimen. 
Majoriti kerusi parlimen PR masih lagi ‘status quo’ akan tetapi akan berlaku serba sedikit perubahan, kata Mohamad. 
“Kerusi di Sarawak dan Sabah masih dalam perundingan, katanya lagi. 
Perkembangan terbaru dua pemimpin BN Sabah, ahli parlimen Beaufort, Datuk Seri Lajim Ukin dan ahli parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Bumburing menyatakan sokongan terbuka kepada PR berkemungkinan menyebabkan perdana menteri (PM), Datuk Seri Najib Razak berfikir semula tentang tarikh pilihan raya. 
The Malaysian Insider difahamkan, Najib sebelum ini sudah hampir pasti untuk mengadakan pilihan raya September ini selepas sambutan Aidilfitri selepas sebulan umat Islam berpuasa. 
Akan tetapi beliau kini mungkin akan menangguhkan pilihan raya ke penghujung tahun. 
Langkah untuk meletakkan Salahuddin yang merupakan naib presiden PAS dan ahli parlimen Kubang Kerian, Kelantan selama dua penggal di Johor dilihat sebagai komitmen tertinggi parti pembangkang tersebut untuk mengambil alih pemerintahan pusat. 
Hari ini PAS menjadi rakan penting PKR dan DAP dalam gabungan Pakatan Rakyat (PR) untuk mencabar hegemoni Barisan Nasional (BN) yang tidak pernah kalah pilihan raya semenjak pertama kali diperkenalkan oleh bapa PM, Tun Abdul Razak Hussein selepas dijenamakan semula dari Perikatan. 
Sementara itu, Mat Sabu diberitakan akan bertanding di kerusi parlimen Pendang, kubu kuat PAS — pernah disandang oleh guru agama yang dihormati dan juga bekas presiden parti tersebut, Datuk Fadzil Noor, yang memimpin parti pembangkang untuk melawan BN dalam pakatan yang dikenali sebagai Barisan Alternatif (BA). 
Usia BA singkat ditubuhkan sebelum PRU 10 pada tahun 1998 akan tetapi dibubarkan sebelum pilihan raya 2004. 
Peyandang kerusi parlimen Pendang, Dr Mohd Hayati Othman bakal diletakkan di kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) sebagai langkah PAS untuk meletakkan tokoh profesional itu untuk mmbantu pentadbiran negeri jika PAS kekal memimpin Kedah selepas PRU 13. 
Baru-baru ini, sebuah portal berita melaporkan tentang terdapat usaha untuk menyekat Mat Sabu untuk bertanding di Pendang. 
Akan tetapi, beberapa pemimpin PAS termasuk Datuk Mahfuz Omar telah menafikan laporan tersebut. 
Mohamad juga berkata taktik lama BN memecah belahkan rakyat mengikut kaum tidak akan berjaya oleh kerana masyarakat Cina kini tidak lagi takut kepada hukum Hudud atau undang-undang Islam walupun isu ini seringkali dimainkan oleh MCA dan Gerakan. 
“Selagi PAS memilih jalan demokrasi sebagai wadah perjuangannya, rakyat terutamanya masyarakat bukan Islam tak perlu risau. 
“Jika PAS mahu melaksakan hudud, PAS perlu lakukan public consultation (perundingan awam) bagi mendapatkan sokongan semua ahli parlimen Islam dan bukan Islam bagi meminda perlembagaan untuk melaksanakan hudud. 
“Bukan saja hudud, apa sahaja yang ingin dilakukan melibatkan pindaan perlembagaan memerlukan sokongan daripada majoriti ahli-ahli parlimen.” kata Mat Sabu lagi.

0 komen:

Related Posts with Thumbnails

YB ADUN Sura Untuk Semua

 
Blog YB ADUN Sura © 2008 | Ripped by SamarQondy | Coordinated by Team IT DUN Sura