Monday, May 5, 2008

Pengeluaran Padi Hanya Cakap-cakap Kosong – YB Wan Hassan

YB Ustaz Wan Hassan Ramli menggesa Kerajaan Negeri Terengganu untuk menyelesaikan dahulu dasar Pertanian Negeri terutamanya dasar yang berkaitan padi

sebelum terus mengeluarkan kenyataan-kenyataan tentang rancangan penanaman padi.

Beliau yang juga Pengerusi Lajnah Pertanian PAS Negeri Terengganu menyatakan rasa sukacita sekiranya kerajaan negeri dapat menghidupkan semula sawah-sawah terbiar, namun mestilah ada perancangan yang rapi dan tersusun.

Menurut beliau sehingga kini kerajaan UMNO/BN Terengganu belum membuat apa-apa ‘blueprint’ hala tuju pertanian negeri Terengganu sejak mengambil alih pemerintahan dari PAS tahun 2004.

”Sehingga kelmarin sudah banyak kenyataan yang dikeluarkan samada oleh MB atau pihak Jabatan Pertanian berkenaan padi,

”Namun ia hanya cakap-cakap kosong sahaja, kerana kerajaan negeri belum merancang apa-apa dasar.” kata Wan Hassan yang ditemui selepas mesyuarat Pra-Sidang Dewan Undangan Negeri Terengganu di Pejabat Perhubungan PAS hari ini.

”Sebagai contoh cadangan MB untuk membuka 3,200 ekar di Setiu sebenarnya tidak timbul langsung dalam Rancangan Pembangunan Negeri Terengganu (RPNT) 2004-2008 yang dikeluarkan kerajaan lalu,

”yang ada untuk padi dalam RPNT hanyalah menumpukan kepada sektor KETARA.” jelas beliau

Justeru beliau mencadangkan kerajaan Negeri menggunapakai Pelan Induk Pertanian Negeri Terengganu 2001-2010 (PIPNT) yang dikeluarkan oleh Unit Perancang Ekonomi Negeri Terengganu.

Kelmarin, Menteri Besar Terengganu menyatakan Kerajaan negeri bercadang memajukan tanah pesaka khususnya kawasan sawah terbiar di negeri ini sebagai kawasan penanaman padi secara komersial.

Dalam berita yang sama Pengarah Jabatan Pertanian Terengganu, Md.Yusof Maidin sebelum ini berkata, pihaknya mendapati 290 hektar sawah terbiar di seluruh negeri ini berpotensi untuk diusahakan semula dengan tanaman padi.
Md. Yusof menambah, apabila penanaman semula di 290 hektar sawah itu dijalankan, ia dijangka dapat memenuhi keperluan bekalan beras di negeri ini sehingga 90 peratus.

Apabila diminta mengulas kenyataan Pengarah Pertanian tersebut Wan Hassan berkata beliau akan cuba meminta penjelasan tersebut dari kerajaan Negeri dalam sidang DUN yang akan bermula esok.

Sumber : Buletinonline

0 komen:

Related Posts with Thumbnails

YB ADUN Sura Untuk Semua

 

Arkib Laman

Blog YB ADUN Sura © 2008 | Ripped by SamarQondy | Coordinated by Team IT DUN Sura