Oleh : NM
DUNGUN, 26 November 2014 - Pengarah Jawatankuasa Tindakan Banjir PAS Kawasan Dungun,
Y.B. Haji Wan Hapandi Wan Nik, mengulangi gesaan beliau agar penduduk yang
mendiami kawasan berisiko tidak leka dan terus mengikuti perkembangan maklumat
banjir dari masa ke semasa.
Gambar
hiasan…akhir tahun lalu, Pengarah Banjir PAS Dungun, Y.B. Haji Wan Hapandi Wan
Nik
ketika mengiringi
Pesuruhjaya BPPNT, Y.B. Ustaz Haji Satiful Bahri Mamat meninjau dan
menyampaikan
sumbangan kepada mangsa banjir di Durian Mentangau, Dungun.
“Walaupun
bacaan paras air di beberapa batang sungai utama di kawasan Dungun berada di
bawah paras berjaga-jaga dan hujan turun sekejap-sekejap, risiko banjir masih
lagi berada dalam zon yang dikatakan musim tengkujuh.
“Daerah Dungun
belum dilanda banjir musim ini, hanya beberapa tempat dinaiki air seperti di Kampung
Nyiur baru-baru ini, namun keadaan masih terkawal dan sekejap sahaja,”ujarnya.
Beliau yang
juga Ahli Dewan Undangan (ADUN) Kawasan Sura berharap sangat ibu-bapa di
kawasan pantai dapat mengawasi seluruh anak dan keluarga apabila berada di
pantai kerana keadaan laut dan ombak tidak menentu. Nelayan juga perlu
berwaspada bila turun ke laut mencari rezeki dalam keadaan musim tengkujuh ini
terutama nelayan pantai yang menggunakan bot kecil.
Gambar
hiasan…akhir tahun lalu, Pengarah JK Banjir PAS Dungun, Y.B. Haji Wan Hapandi Wan
Nik
selaku ADUN
Sura sejurus selesai mempengerusikan satu mesyuarat, hadir
menyantuni mangsa banjir di pusat pemindahan di Balairaya Sura Utara,
Dungun.
Begitu juga
dengan aktiviti riadah di kawasan air terjun dan tasik terutama di kawasan
perkelahan di Hulu Dungun, beliau menasihati pengunjung mengelakkan dari
sebarang risiko bila berada di sana dalam keadaan hujan tidak menentu.
sumber : buletinonline.net
sumber : buletinonline.net
1 komen:
saya mengucapkan banyak terimakasih kepada KI HADAK yang telah menolong saya dalam kesulitan,ini tidak pernah terfikirkan dari benak saya kalau nomor yang saya pasang bisa tembus dan ALHAMDULILLAH kini saya sekeluarga sudah bisa melunasi semua hutang2 kami,sebenarnya saya bukan penggemar togel tapi apa boleh buat kondisi yang tidak memunkinkan dan akhirnya saya minta tolong sama KI HADAK dan dengan senang hati beliau mau membantu saya..,ALHAMDULIL LAH nomor yang dikasi KI semuanya bener2 terbukti tembus dan baru kali ini saya menemukan dukun yang jujur,jangan anda takut untuk menhubungiya jika anda ingin mendapatkan nomor yang betul2 tembus seperti saya,silahkan hubungi KI HADAK DI 085=259=457=111 ingat kesempat tidak akan datang untuk yang kedua kalinya dan perlu anda ketahui kalau banyak dukun yang tercantum dalam internet,itu jangan dipercaya kalau bukan nama KI HADAK
Post a Comment