Friday, June 24, 2011

ADUN Sura Sampaikan Sumbangan Mangsa Ribut

DUNGUN 25 Jun, Sabtu - ADUN Sura, Y.B. Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli dengan kerjasama Pemuda DUN Sura telah meninjau dan menyampaikan sumbangan kepada mangsa kejadian ribut yang berlaku pada awal pagi 22 Jun, Rabu baru-baru ini. Di Jalan Abdul Jalil, Nibong, ADUN Sura singgah ziarah ke rumah Tengku Abas bin Tengku Wok Hamzah, 65, yang mengalami musibah ditimpa pohon kuini di bahagian atap ruangan tamunya.Sumbangan...

Thursday, June 23, 2011

Rakyat Malaysia Di Luar Negara Sahut Bersih 2.0 Turut Adakan Perarakan Aman

KUALA LUMPUR, 23 Jun - Perarakan Himpunan Bersih 2.0 yang bakal dianjurkan di sini awal bulan depan juga akan diadakan di beberapa negara luar termasuk di Amerika Syarikat pada tarikh yang sama, demikian umum jawatankuasa pemandu Bersih 2.0 hari ini. Dalam satu kenyataan dikeluarkan petang ini, sekretariat itu berkata perarakan tersebut diusahakan oleh rakyat Malaysia yang tinggal di negara luar, yang turut menyokong...

Tuesday, June 21, 2011

99 % Sokong Himpunan BERSIH 2.0 !

Sejumlah 99 peratus daripada lebih sejuta responden menyokong perhimpunan BERSIH pada 9 Julai ini dalam bancian yang dijalankan oleh The Star Online. Jumlah sebenar bilangan responden tidak dapat disahkan apabila portal berita berkenaan menghentikan banciannya kira-kira tengahari tadi. Menurut skrin yang dirakamkan oleh seorang pengguna Facebook, jumlah responden mencecah 1.3 juta pada jam 12.25 tengah hari...

Sunday, June 19, 2011

Suhaizan Kaiat & Chegu Bard Di Dungun 22 Jun

DUNGUN, 19 Jun Ahad - Exco Dewan Pemuda PAS Pusat, Suhaizan Kaiat akan berceramah di Dungun pada Rabu, 22 Jun. Beliau akan disertai oleh Chegu Bard dan ADUN Sura, Y.B. Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli. Ketua Lajnah Penerangan DUN Sura, Encik Mohd Yusof Ismail berkata, "Ceramah ini akan diadakan di Kampung Padang Jambu dan dijangka Suhaizan (gambar) akan menyentuh isu kegerunan dan karenah UMNO-BN terhadap himpunan Bersih...

Thursday, June 16, 2011

Negara Berkebajikan : PAS Tubuh Panel Pelaksana, Rangka Buku Hijau

Panel khas itu akan memperincikan konsep negara berkebajikan, yangdiketengahkan dalam ucapan dasar Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awangpada 3 Jun lalu. - gambar fail KUALA LUMPUR, 17 Jun - PAS menubuhkan satu panel khas pelaksana yang akan memperincikan konsep negara berkebajikan - dalam bentuk "Buku Hijau" - bagi menjelaskan kepada rakyat menjelang pilihan raya umum ke-13.Pembentukan panel khas itu diputuskan...

Wednesday, June 15, 2011

Kepimpinan Baru PAS Terengganu Dibentuk Sabtu 18 Jun

KUALA LUMPUR, 16 Jun : PAS Terengganu akan membentuk kabinetnya atau jawatankuasanya yang baru dalam masa terdekat bagi membolehkannya bergerak lebih aktif mendepani cabaran.Sehubungan itu, satu mesyuarat khas berhubung perkara itu akan diadakan paling lewat Sabtu ini, bagi membolehkan barisan kepimpinan PAS yang mantap dapat dibentuk segera di negeri itu. Pesuruhjaya PAS Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut (gambar)...

Saturday, June 4, 2011

Kabinet Saya Kali Ini, Kabinet Pilihan Raya - Presiden PAS

KUALA LUMPUR, 4 Jun : Tiada masalah timbalan dan naib-naib presiden bukan dari golongan ulamak, kata Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.Beliau sebaliknya gembira dengan keputusan yang dibuat perwakilan dalam pemilihan kali ini bagi sesi 2011-2013."Saya bersyukur dengan perpaduan yang wujud. Walaupun berbeza pandangan dari segi menentukan calon, tapi kita mendapat keputusan yang penuh kemesraan."Semua...

Thursday, June 2, 2011

Kerajaan Terengganu Biayai 33,880 Sejadah Dengan Kos RM999,460

KUALA TERENGGANU - Kerajaan Barisan Nasional (BN) Terengganu di bawah kepimpinan Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Said didedahkan telah membeli sebanyak 33,880 unit sejadah bernilai hampir RM1 juta. Malangnya, kesemua sejadah-sejadah tersebut tidak diagihkan ke masjid-masjid atau surau tetapi masih tersimpan di Kompleks Sukan Gong Badak, Kuala Terengganu, sejak beberapa bulan lalu. (Gambar - Sejadah dikatakan...

Wednesday, June 1, 2011

PRU-13 : Perubahan Dan Pembaharuan Besar Bermula Dengan Pertukaran Rejim Di Peringkat Persekutuan

Adakah kenaikan tarif elektrik dan kemungkinan peningkatan harga bahan api akibat harga minyak global yang terus melambung akan melewatkan pilihan raya umum ke-13 (PRU Ke-13)? Jangkaan pelbagai pihak termasuk penganalisa politik popular Bridget Welsh nampaknya tidak yakin dengan kemungkinan PRU Ke-13 diadakan pada tahun ini.Pelbagai faktor dilontarkan dalam teka-teki sedemikian. Namun saya berpendapat, tidak...
Related Posts with Thumbnails

YB ADUN Sura Untuk Semua

 

Arkib Laman

Blog YB ADUN Sura © 2008 | Ripped by SamarQondy | Coordinated by Team IT DUN Sura