Monday, July 6, 2009

SPR Perlu Pastikan Pengundi Luar Pulang Mengundi

ZUHARMAN MN
Mon Jul 06, 09 7:11:46 pm MYT

KUALA KRAI, 6 Julai (Hrkh) - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) diminta memastikan pengundi Manek Urai yang bekerja di luar Kelantan dibenarkan bercuti untuk membolehkan mereka pulang mengundi.
Pengarah Pilihan Raya PAS Kelantan, Abdul Fatah Harun berkata, SPR perlu memainkan peranan bagi memberi peluang pengundi pulang menunaikan tanggungjawab mereka memandangkan pilihan raya diadakan pada hari bekerja.

"Sekarang kedengaran ada pihak tertentu yang memainkan peranan melaksanakan konspirasi menghalang pengundi luar pulang pada hari mengundi.

"Kita dimaklumkan ada majikan tidak mahu memberi kerjasama kepada pengundi untuk pulang pada hari mengundi. Sedangkan ini bertentangan dengan seksyen 25.1 Akta Pilihan Raya yang membenarkan tempoh yang munasabah bagi pekerja luar pergi mengundi,? katanya di sini semalam.

Seksyen 25 (3) menyebut mana-mana majikan yang tidak memberi kerjasama boleh didakwa dan sabit kesalahan boleh didenda RM5,000 atau penjara tidak lebih daripada setahun.

"Maka kita berharap SPR akan menggunakan kuasa yang ada pada mereka secara berhemah bersesuaian dengan prinsip demokrasi sebenar, katanya.

Beliau berkata, konspirasi seperti itu bukan perkara yang asing bagi Umno dan ia tidak mustahil dilakukan selepas mendapati sebilangan besar pengundi yang berada di luar menyokong PAS.

Beliau turut menggesa pihak berwajib membuat siasatan terhadap dakwaan tersebut. Sekiranya didapati benar berlaku maka tindakan mesti diambil mengikut undang-undang.

Berdasarkan maklumat terkini jumlah pengundi luar di Manek Urai dianggar seramai 1,700 orang, di mana 50 peratus daripadanya penyokong tegar PAS.

Abdul Fatah menjangkakan kepulangan 50 peratus pengundi luar akan memberi keselesaan kepada PAS bagi mempertahankan kemenangan pada pilihan raya 14 Julai ini.

Sebelum ini media alternatif mendedahkan seorang pemimpin Umno Kelantan menganjurkan perjumpaan dengan anak-anak Kelantan di perantauan dengan menawarkan sebanyak RM300 kalau tidak pulang mengundi.

Abdul Fatah juga menyifatkan Umno ketandusan isu sehingga terpaksa membanding tahap pendidikan calon sebagai modal kempen mereka.

Beliau berkata, Umno lupa mereka sendiri juga pernah meletakkan calon yang tidak berpendidikan tinggi pada pilihan raya Dun manek Urai penggal lalu.

"Soal kelulusan calon tidak penting. Sebelum ini PAS pernah meletakkan calon yang tidak berkelulusan tinggi pun menang juga. Yang penting ialah khidmat wakil rakyat itu sendiri," ujarnya. - mj _

0 komen:

Related Posts with Thumbnails

YB ADUN Sura Untuk Semua

 

Arkib Laman

Blog YB ADUN Sura © 2008 | Ripped by SamarQondy | Coordinated by Team IT DUN Sura