Thursday, July 30, 2009

41 Lagi NGO Sokong Himpunan Mansuhkan ISA

by Parlimen Ampang

15 Pertubuhan Cina dan 26 Kumpulan Mahasiswa sokong Himpunan Mansuhkan ISA

Semalam Gabungan Mansuhkan ISA menerima sokongan dari 41 organisasi lagi, iaitu 15 Pertubuhan Cina dan 26 Kumpulan Mahasiswa dari seluruh negara. Kesemua mereka menyatakan hasrat menyokong Himpunan Mansuhkan ISA yang dijadualkan berlangsung pada 1 Ogos 2009 di Istana negara Sabtu ini.

http://www.harakahdaily.net/bm/images/stories/compile/wan_zahari/20071110_perhimpunanbersih//hd_bersih_42.gif

Mereka juga memberikan komitmen untuk menghadiri Himpunan ini dan dijangkan GMI bakal menerima lebih banyak sokongan dalam sehari dua ini dari pelbagai ideologi politik, agama, bangsa dan pelbagai peringkat usia.

Sebelum ini GMI sudah mengesahkan bahawa Parti Gerakan yang juga komponen BN yang menentang akta ini sudah menyatakan sokongan untuk hadir bersama.

http://www.harakahdaily.net/bm/images/stories/compile/wan_zahari/20071110_perhimpunanbersih//hd_bersih_41.gif

Ini menunjukan usaha GMI ini bukan didokong oleh Pakatan Rakyat sahaja, tetapi dari semua kumpulan yang memahami dan menentang kezaliman akta ISA ini;

Berikut adalah senarai 41 organisasi NGO yang baru nyatakan sokongan;

1. Bahagian Pemuda Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor

2. Bahagian Pemuda Persatuan Murid-murid Tua Sek. Serdang Bharu

3. Persatuan siswazah-siswazah Taiwan Cheng Kung University Malaysia

4. The United Lee’s Association Selangor & KL

5. Bahagian Belia Persatuan Hopo KL & Selangor

6. Persatuan Keturunan Chan She Shu Yuan K.L & Selangor

7. Selangor & KL Hokkien Assciation Youth Section

8. Bahagian Belia Persatuan Huian Quangang KL & Selangor

9. Bahagian Belia Persatuan Teo Chew Selangor & KL

10. Bahagian Belia Persatuan Wui Leng Selangor & KL

11. Bahagian Belia Persatuan Murid-murid tua Sekolah Yu Hua Kajang Selangor.

12. Bahagian Belia Persatuan Foo Chow Selangor & KL

13. Bahagian Belia Persatuan Shing An Selangor & W/P

14. Gabungan Persatuan-persatuan Bekas Penuntut Sekolah China W/P & Selangor (Belia) .

15. Bahagian Belia Persatuan Char Yong Selangor & W/P.

16. Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS)

17. Gerakan Demokratik Belia dan Pelajar Malaysia (DEMA)

18. Gerakan Mahasiswa Islam UUM

19. Gerakan Mahasiswa Maju UPM

20. Gerakan Mahasiswa Maju USM

21. Gerakan Mahasiswa Maju UUM

22. Gerakan Mahasiswa Maju NEC

23. Inter Varsity Council (IVC)

24. Ikatan Studi Islam (ISI) UKM

25. Jawatankuasa Kebajikan Mahasiswa/i (JKMI)

26. Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia (KARISMA)

27. Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI)

28. Majlis Pelajar Cina UTM

29. Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM) UM

30. Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UIAM

31. NEC Social Concern Group

32. Persatuan Bahasa Cina UM

33. Persatuan Bahasa Cina UUM

34. persatuan Bahasa Tionghua UPM

35. Persatuan Bahasa Tionghua USM

36. Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

37. Persatuan Mahasiswa Islam (PMI) UM

38. Persatuan Mahasiswa Islam (PMI) UPM

39. Pertubuhan Gerakan Belia Bersatu Malaysia Cawangan Kedah (GBBM)

40. Pro-Mahasiswa (Pro-M) UUM

41. UUM Community Service Group ”

Perhimpunan yang bakal diadakan tersebut adalah kemuncak kepada bantahan mereka sebelum ini mengenai akta berkenaan malah ia juga telah dirancang begitu lama.

Malah ini adalah kemuncak kepada apa yang kita bantah sebelum ini kerana kita sudah menggunakan pelbagai cara termasuk menghantar memorandum, dialog, referendum dan mengumpul tandatangan rakyat yang membantah penggunaan ISA.

Pelbagai kaedah diplomasi telah kita gunakan sebelum ini jadi inilah kemuncaknya.

Walaupun GMI tidak mendapat permit daripada pihak polis, namun beliau yakin perhimpunan berkenaan tidak akan mencetuskan masalah kerana ia adalah perhimpunan aman.

http://www.harakahdaily.net/bm/images/stories/compile/wan_zahari/20071110_perhimpunanbersih//hd_bersih_27.gif

GMI sebelum ini menyeru pihak polis hormati rakyat untuk berhimpun secara aman, malah kita sendiri telah minta polis membantu kita mengawal keadaan lalulintas agar perhimpunan itu nanti berjalan dengan aman dan teratur malah dari pihak pakatan pembangkang Unit Amal telah di tempatkan bagi memastikan keselamatan peserta terjamin.

0 komen:

Related Posts with Thumbnails

YB ADUN Sura Untuk Semua

 

Arkib Laman

Blog YB ADUN Sura © 2008 | Ripped by SamarQondy | Coordinated by Team IT DUN Sura