Sunday, January 31, 2010

Penduduk Kampung Bijangga Bersama ADUN Sura

DUNGUN 31 Januari, Ahad - PAS Cawangan Sungai Udang berjaya mengadakan Majlis Sumbangan Beras dan Gula kepada lebih 60 orang penerima, baru-baru ini. Majlis penyampaian sumbangan yang diadakan di Kampung Bijangga tersebut telah disempurnakan oleh Y.B. Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli, ADUN Sura.

Sementara itu, pihak PAS Cawangan telah mengenalpasti 2 orang pelajar cemerlang yang memperolehi 8A dalam peperiksaan PMR 2009 yang berada di bawah pentadbiran cawangan, mereka ialah adik Nor Shairah Azura Binti Nazrrol dari Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Dungun dan adik Nurul Fatihah Binti Zuri dari Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kuala Abang.

Menurut Setiausaha PAS Cawangan Sungai Udang, Encik Hassan Muhd Amin, pada sebelah pagi, sebelum majlis sumbangan tersebut, penduduk kampung bergotong-royong mengacau bubur asyura sebagai usaha untuk mengeratkan silaturrahim sesama penduduk setempat.

Khairy Tak Perlu Letak Jawatan Ketua Pemuda

by HERMAN SAMSUDEEN

Saya sudah mengagak bahawa Khairy Jamaluddin tidak akan dibiarkan menjadi Ketua Pemuda Umno dengan begitu mudah. Selepas berjaya menyingkirkan saingannya-Khir Toyo dan Mukhriz, Khairy dilihat sebagai duri dalam daging kepada kepimpinan Najib.

Jelas Najib tidak boleh berbuat sesukahati kepada jentera Pemuda Umno. Tetapi, secara sinisnya beliau melantik Timbalan Ketua Pemudanya, Razali Ibrahim sebagai Timbalan Menteri tetapi menafikan Khairy untuk sebarang jawatan dalam kabinetnya. Sejarah seperti ini tidak pernah berlaku, tak pernah ada Ketua Pemuda yang tidak dimasukan dalam Kabinet. Ketua Puteri yang juga pergerakan Junior dalam Umno pun dilantik sebagai Timbalan.

Yang paling jelas, musuhnya semasa pemilihan tahun lepas yang kalah, Mukhriz – dilantik sebagai Timbalan Menteri. Apa kelayakan beliau berbanding Khairy? dalam Pemuda Umno siapa dia. Dia juga bukan ahli Majlis Tertinggi. Tapi Khairi jelas dinafikan hak. Nampak sangat Najib tidak restu Khairy sebagai Ketua Pemuda. Mujurlah Khir Toyo tak bertanding jawatan Parlimen masa 2008, kalau tidak dia juga dilantik jadi Timbalan Menteri Kewangan sebab kepakaran beliau songlap berjuta duit rakyat untuk pergi melancong ke Disneyland.

Dalam senarai Exco Pemuda yang ada pun tidak semua memihak kepada Khairy. Jelas mesyuarat kelmarin memberikan satu jawapan kepada Khairy kerana sudah ada Exco yang berani bersuara untuk mendesak beliau letak jawatan Sebagai Ketua Pemuda.

Menurut Harakahdaily, Exco Pemuda, Hishamuddin Yahaya dilaporkan membentangkan beberapa bukti yang menunjukkan kepimpinan pergerakan yang diterajui Khairy itu tidak berminat untuk membantu Umno dan kerajaan untuk bersama menarik sokongan rakyat, sebaliknya mengugut agar diberi jawatan Menteri.

Difahamkan, Hishamuddin mencadangkan dua usul sama ada Khairy meletakkan jawatan dan membenarkan Ketua Pemuda dipangku oleh Datuk Razali Ibrahim atau keseluruhan Exco meletakkan jawatan bagi membolehkan satu pemilihan baru dibuat secepat mungkin.

Nah! memang Pemuda Umno berkrisis. Tetapi pada saya Khairy tidak perlu letak Jawatan. Teruskan jadi Ketua. Jika Khairy letak jawatan, bertepuklah Najib dan konco-konconya. Maka hilanglah waris Pak Lah dalam legasi kepimpinan Najib. Semua orang tahu, Najib juga terlibat dalam kempen memaksa Pak Lah berundur sebelum ini.

Paling penting Khairy akan dimalukan buat selama-lamanya. Teruskan pegang jawatan, biar Najib dan konco-konconya sakit hati, biar Razali Ibrahim tidak besar kepala. Sejak dilantik jadi Timbalan Menteri, Razali kelihatan condong kepada Najib. Tidak mustahil, jika pemilihan dibuat Razali boleh kalahkan Khairy.

Khairy perlu kekal dikerusi itu untuk jadi batu penghalang Najib. Jika Khairy tiada, Najib akan lebih berkuasa dan mampu berbuat sesukahati kepada rakyat.

Jika Khairy tidak tahan dihimpit konco-konco Najib, saya mengesyorkan dia letak jawatan dan mari sertai Pemuda PAS. Masih ingat lagi kisah kunjungan Khairy ke Majlis Rumah Terbuka Timbalan Presiden PAS tahun lepas. Beliaulah satu-satunya Ketua Pemuda Umno yang berani buat begitu, dan tindakan itu benar-benar menyakitkan hati Najib.

Fikir-fikirlah Khairy…sampai bila mahu duduk dalam Umno.

Saturday, January 30, 2010

Bakar Gereja : Hishamuddin Jangan Masuk Campur

by BuletinOnline

POLIS KENA PANGGIL AZMIN

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menyelar kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein yang melarang Polis mengambil keterangan daripada naib presiden PKR Azmin Ali, yang sebelum ini mendakwa mempunyai bukti bahawa ahli Umno terlibat dalam kes membakar dan mendalangi serangan ke atas gereja Metro Tabernacle baru-baru ini.

Sebagai Menteri Dalam Negeri, beliau tidak boleh memberikan arahan sedemikian demi untuk melindungi ahli partinya. Setiap kali ada kes jenayah dilaporkan, Polis sering meminta bantuan orang ramai untuk mengumpul maklumat. Tetapi bila sudah ada orang yang mahu tampil memberikan maklumat dan bukti, kenapa perlu dihalang?

Walaupun beliau adalah Menteri yang bertanggungjawab, namun bila wujud kes yang melibatkan kepentingan parti dan ahli Umno, maka beliau wajar mengumumkan untuk tidak masuk campur dan menyerahkan urusan siasatan Kes berkenaan dibawah tanggungjawab Ketua Polis Negara dan Peguam Negara sepenuhnya.

Dalam keadaan sebegini, rakyat jelas melihat bahawa beliau cuba untuk menafikan maklumat Azmin, dan cuba untuk menghalang bukti-bukti disalurkan kepada pihak Polis untuk mendakwa suspek.

Dalam Kes Teoh Beng Hock sebelum ini, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dengan pantasnya dipanggil memberikan keterangan berikutan dakwaan beliau bahawa Beng Hock dibunuh.Tetapi kenapa bila Azmin berkata beliau mempunyai bukti bahawa ahli Umno terlibat membakar gereja beliau tidak dipanggil memberikan keterangan.

PAS mendesak supaya Polis bersikap profesional dan tidak tunduk kepada arahan Menteri dan bersubahat menafikan maklumat dan keterangan rakyat. Jika perkara ini dibiarkan, tidak mustahil selepas ini, ahli-ahli Umno boleh melakukan apa sahaja jenayah dan tidak perlu disiasat walaupun ada rakyat yang mempunyai maklumat dan bukti.

PAS bertegas, agar Polis mengambil keterangan Azmin bagi mengesahkan sama ada dakwaan beliau benar atau tidak. Jika benar ahli Umno terlibat merancang perbuatan ini, maka PAS dan rakyat Malaysia melahirkan rasa sedih di atas perbuatan yang memalukan negara.

USTAZ IDRIS AHMAD

Ketua Penerangan PAS Pusat

Friday, January 29, 2010

YDP PAS Dungun Kunjungi Mangsa Kebakaran

DUNGUN 29 Januari, Jumaat - YDP PAS Kawasan Dungun, Y.B. Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli, merangkap ADUN Sura, telah mengunjungi mangsa kebakaran di Kampung Balai Besar, di sini.



Dalam kebakaran kira-kira jam 1.15 tengahari semalam, pekerja am, Encik Rozlan Mohamad, 43, tiada di rumah. Ketika kejadian, ibu dan isterinya berada di rumah dan isterinya berteriak meminta pertolongan jiran, walau bagaimanapun ketika itu kebanyakan jiran tiada di rumah kerana berkerja.

Hasil maklumat orang ramai, pasukan Bomba dan Penyelamat telah begegas ke lokasi kebakaran bagi mengawal api dari merebak ke kawasan berhampiran.

Bapa kepada 2 orang anak ini tetap bersyukur kerana tiada kemalangan jiwa berlaku, walau bagaimanapun segala barangan dan buku persekolahan anaknya hangus dijilat api.

Selain menyampaikan sumbangan peribadi, ADUN Sura turut berpesan supaya bersabar di atas musibah yang menimpa.

Lautan Rakyat Kelantan Di Stadium Tuntut Royalti !!!!

UMNO Gelabah Ahlinya Dikaitkan SeranganGereja

by Angkasanuri

Naib Presiden Keadilan, Azmin Ali secara terbuka mendedahkan bahawa beliau mempunyai maklumat tentang serangan terhadap gereja yang dilakukan berkaitan isu kalimah Allah turut didalangi oleh ahli Umno.

Jika sebelum ini, pihak polis begitu mengharapkan kerjasama orang ramai untuk mendapat maklumat agar mereka yang terlibat diburu sehingga ke lubang cacing.

Malah, Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan sendiri mendedahkan bahawa pihaknya akan meneliti semua maklumat termasuk yang disiarkan di dalam blog.

Tetapi apa yang menghairankan, apabila Azmin mendedahkan dia mempunyai maklumat pihak yang terlibat dengan serangan gereja itu pihak polis hanya mendiamkan diri.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein awal-awal lagi mengeluarkan kenyataan bahawa pihak polis tidak memerlukan maklumat yang didakwa dimiliki oleh Azmin. Malah pemimpin Umno senada seirama menyifatkan kenyataan Azmin adalah kenyataan politik.

Belum lihat hujung pangkal dah kata kenyataan politik. Kalau ya pun, siasat le dulu baru keluar kenyataan sama ada ia berasas atau sebaliknya.

Kata nak siasat tanpa mengira latar belakang dan fahaman politik. Kenapa Hishamudin tidak mengarahkan polis untuk siasat atau dakwa Azmin jika tuduhan Azmin adalah palsu dan berunsur fitnah?

Kengganan dan sikap berdolah dalih Hishamudin dan pemimpin Umno dalam hal ini akan menguatkan spekulasi bahawa Umno memang terlibat dalam serangan gereja!

Thursday, January 28, 2010

ADUN Sura Prihatin Warga Emas Kaum Tionghua

DUNGUN 28 Januari, Khamis - Tanpa mengira kaum dan agama, cakna dan prihatin kepada masyarakat adalah sebahagian daripada rutin kerja yang dipamerkan oleh ADUN Sura, Y.B. Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli.

Puan Chua Kim Mooi menerima sumbangan tanda prihatin
daripada ADUN Sura, Y.B. Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli

Petang Ahad 24 Januari, baru-baru ini, merupakan hari yang ceria bagi seorang warga emas kaum Tionghua, Puan Chua Kim Mooi, 71, apabila tanpa disangka waktu rehat petangnya itu, dikunjungi oleh seorang yang bergelar wakil rakyat.

Beliau yang baru 3 minggu lalu menjalani pembedahan tiroidnya, turut mempunyai masalah jantung, merasa terhibur dengan ziarah ADUN Sura bersama pengiringnya.

Kesempatan yang ada, diambil manfaat sepenuhnya
mengadu permasalahan kepada ADUN Sura

Haji Mohd Amin Hamid, Alias Che Muda dan
Mohd Razali Haji Aman bersama ADUN Sura
ketika mengunjugi Puan Chua Kim Mooi

Turut mengiringi ADUN Sura merangkap YDP PAS Kawasan Dungun, semasa ziarah di Jalan Yahya Ahmad ini ialah Timbalan Pengarah MTD Sura, Haji Mohd Amin Hamid, Ahli Jawatankuasa Lajnah Kebajikan MTD Sura, Alias Che Muda dan Ketua PAS Cawangan Tanah Lot, Mohd Razali Haji Aman.

Ketegangan Agama : TGNA Persalahkan UMNO

by SALMAH MAT HUSAIN

KOTA BHARU, 28 Jan : Umno perlu bertanggungjawab terhadap ketegangan yang berlaku di negara ini termasuk insiden kepala babi yang dilontarkan di dua buah masjid di Petaling Jaya semalam.

Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, berkata perkara buruk seumpama itu berlaku akibat Umno telah menghilangkan rasa hormat masyarakat kepada agama.

Akibatnya, berlakulah perkara negatif seperti merosakkan rumah ibadat agama lain dan melemparkan kepala babi di masjid tempat orang muslim beribadat.

(GAMBAR : Nik Aziz makan tengahari bersama paderi Kristian di sebuah hotel hari ini. Turut serta 200 pemimpin lima agama utama di Malaysia)

“Astaghfirullahalazaim…saya mendoakan semoga Kelantan terselamat dari gejala itu termasuk Malaysia juga.

“Kalau kita tidak suka pada ajaran agama lain, kita tidak boleh menghianati, kalau buat jahat kita kena dakwah dia," katanya.


(foto: Bernama)

Sikap Umno yang menolak dasar Islam dalam perjuangan mereka juga jelasnya telah menimbulkan salah faham khususnya golongan muda yang hanya memahami Islam seperti rukun Islam solat dan puasa sahaja.

Sedangkan Islam lebih luas dari kefahaman itu.

“Perkara sebegini akan ditanggung oleh Umno dunia dan akhirat kerana memandang remeh soal Islam, sepatutnya sejak awal lagi mereka membuang perjuangan kebangsaan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian selepas meraikan 200 ketua-ketua pelbagai agama di Hotel New Pasific, di sini tengah hari tadi.

“Apa yang dilakukan sekejap tadi (majlis mahabbah) sebenarnya untuk meneruskan kefahaman, persaudaraan, keamanan, kesejahteraan dan kedamaian sebahagian dari cabang kerja-kerja Islam,” ujarnya.

Beliau turut melahirkan rasa syukur kerana telah berjaya menghimpun semua ketua-ketua agama di Kelantan dan seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.

Beliau menggunakan kesempatan tersebut bertemu ketua-ketua agama lain dengan mengunjungi dari meja ke meja diiringi anggota-anggota exco kerajaan negeri yang lain.

Dalam pada itu, Pengarah Program, Datuk Mohd Amar Abdullah dalam ucapannya sebelum itu berkata, program mahabbah yang dianjurkan ini sebagai menzahirkan hidup bermasyarakat rakyat pelbagai anutan agama dan kaum.

“Ianya symbol keamanan masyarakat di negeri ini dan mudahan akan menjadi ikutan di negeri-negeri lain,”ujarnya.

Turut hadir pada majlis itu, Pengerusi Majlis Perunding Agama Budha, Kristian, Hindu dan Sikh, Kalanalagan dan Setiausaha Agung Majlis Gereja-Gereja Malaysia, Dr Herman Sastri.

Di Kelantan sahaja lebih 30 ketua-ketua agama dari rumah ibadat Budha, Hindu dan Sikh hadir pada majlis yang penuh bersejarah itu.

Awas! BN Mula Mengganas

by PerakExpress

Pada 23 Januari, satu artikel tersiar di Malaysia Today tentang perancangan BN untuk melumpuhkan blog-blog pembangkang. Dalam siri lawatan Najib ke India, delegasi Najib telah berunding untuk mendapatkan khidmat pakar-pakar IT untuk melumpuhkan blog-blog pembangkang. Seramai 200 hackers akan diambil dengan bayaran RM300 juta setahun. (Lihat disini)

Semalam, aku menerima dua sms dari pembaca Perakex. Mereka bertanya mengapa dah lama Perakex tidak dikemaskini. Aku pun heran sebab Perakex dikemaskini setiap hari. Tetapi setiap kali mereka mengakses Perakex, mereka akan melihat laman yang di kemaskini pada 22 Januari 2010. Dimana artikel “Dimana Allah Berada” pada muka depan.

Aku mengandaikan bahawa IP mereka telah di block dari mengakses Perakex. Salah seorang dari mereka mencuba laman Penarik Beca dan Tukar Tiub dan mendapati perkara yang sama berlaku dimana dia mengakses laman lama. Dia kemudian mencuba menggunakan komputer CC dan tak ada masalah. Kesimpulannya, IP beliau telah di halang dari mengakses laman-laman blog pro-PR yang utama.

Blog-blog pro-PR semakin mendapat perhatian kebelakangan ini dengan jumlah pengunjung yang meningkat dengan begitu banyak. Tetapi harus berhati-hati kerana kita tidak mahu apa yang berlaku kepada Suara Keadilan Online pada tahun 2008 berlaku kepada blog-blog pro-PR.

Aku bukan pakar dalam blog, tetapi kenaikan pengunjung yang mendadak menyebabkan beberapa blog di gantung oleh Blogspot seperti yang berlaku kepada blog Matsamankati aku dulu. Begitu juga dengan blog Notoumno kepunyaan Radenjowo.

Aku perhatikan, beberapa blog naik dengan mendadak. Blog Albanjari meningkat dengan cepat. Begitu juga dengan blog Penarik Beca yang sudah lebih popular dari blog Anwar Ibrahim. Sekiranya itu satu kenaikan yang normal kerana pengunjung semakin meminati blog tersebut, tak apa..aku ucapkan tahniah. Tetapi apa yang aku risau, bila tiba masa yang diperlukan untuk menghadapi pilihanraya, blog hangpa kena suspend. Buat back-up dan lakukanlah apa yang patut.

Najib sanggup menghabiskan ratusan juta untuk menutup blog pembangkang dengan mengimpt pakar-pakar IT dari India. Apa macam kalau pakar-pakar IT dan hackers dari Malaysia pula bergabung melawan Umno? Ada sapa-sapa nak cadangkan?

Sementara itu, perkhidmatan Streamyx dan CELCOM semakin teruk. Semalam, sehari suntuk aku tak boleh nak access internet di Kuala Kangsar. Mungkin selepas ini, Telekom dan CELCOM juga akan menjadi sebahagian dari jentera pilihanraya BN.

Hari ini, seramai 50 orang telah ditahan dibawah ISA (Malaysiakini)

Fifty individuals, including university students and a few foreigners, have been nabbed nationwide under the Internal Security Act in an apparent counter-terrorism blitz.

According to Abolish ISA Movement (GMI) lawyer Edmund Bon, the 50 were detained last Thursday and taken to Bukit Aman federal police headquarters.

Apa pula selepas ini?

Iklaneka DUN Sura









































































Wednesday, January 27, 2010

Solat Hajat Serentak Seluruh Negara 28 Januari

KENYATAN MEDIA

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menyeru ahli dan penyokong untuk melakukan Solat hajat secara serentak di seluruh negara pada esok malam 28 Januari 2010, selepas waktu Isyak.

Program ini khusus bagi memohon kepada Allah swt semoga rakyat Kelantan mendapat hak mereka dalam tuntutan royalti dan Negeri Perak mendapatkan semula Menteri Besar yang dirampas jawatannya oleh Umno-Barisan Nasional tahun lepas.

Program ini boleh diadakan dimasjid surau serta markas-markas PAS sebagai menunjukan keprihatinan kita kepada rakyat di kedua-dua negeri yang tertindas ini. PAS yakin doa-doa orang yang dizalimi akan dimakbulkan Allah dan kezaliman dapat ditumpaskan.

PAS menyakini bantuan Allah dan sesekali kita tidak akan berputus harap sehinggalah Allah memberikan kemenangan kepada rakyat yang ditindas ini.

UST IDRIS AHMAD
Ketua Penerangan PAS Pusat

Beza PAS Dan UMNO Dalam Isu Allah

by MOHAMED HANIPA MAIDIN

Saya ingin mulakan tulisan ini dengan mengucapkan rasa kesyukuran ke hadrat Allah di atas istiqamahnya pendirian Tuan Guru Presiden PAS yang secara jelas menyatakan bahawa Islam tidak melarang penggunaan kalimah Allah oleh agama lain .

Ustaz Hadi menyatakan “ kita tidak boleh melarang mereka ( bukan Islam ) dari menggunakan nama Allah meskipun Allah bagi mereka bukan seperti yang kita yakini iaitu Tuhan yang Esa.” Bagi saya sikap Tuan Guru Presiden ini melambangkan konsistennya budaya PAS iaitu ilmu mendahului emosi, kebenaran mendahului perasaan.

Jika emosi yang menjadi sandaran pegangan PAS sudah tentu PAS boleh dengan mudah mengerahkan para penyokongnya dan umat Islam negara ini mengadakan perhimpunan besar-besaran bagi menentang keputusan Yang Arif Hakim Lau Bee Lan yang membenarkan akhbar Herald menggunakan kalimah Allah di dalam edisi melayu akhbar tersebut.

Namun, tidak seperti Umno , PAS tidak membuat sesuatu pendirian berdasarkan emosi. Bagi PAS jika ajaran Islam membenarkan kalimah Allah digunakan oleh mana-mana manusia di dunia ini maka itu jugalah pendirian parti Islam ini. Ya, mungkin mudah sahaja pendirian seperti ini dimanipulasi oleh mereka yang ingin memanipulasi. Bagi golongan “muta’asibin ( yang taksub ) pendirian PAS ini dianggap satu pendirian yang lunak dan lembut dan sekadar ingin menjaga hati para pengundi bukan Islam.

PAS peka mengambil pendirian sepertimana yang PAS ambil akan mengundang persepsi seperti itu apatah lagi sejak awal Umno memang tidak pernah bercita-cita untuk mendidik rakyat untuk memahami isu ini menurut perspektif yang betul baik perspektif Islam atau perspektif Perlembagaan.

PAS melihat isu ini dari sudut keadilan. Keadilan adalah bersifat mutlak dalam Islam. Ianya bermakna keadilan mesti dilakukan dalam apa juga keadaan dan kepada mana-mana orang. Kehebatan ajaran Islam tentang perspektif keadilan terserlah apabila ia mengarahkan keadilan itu ditegakkan walaupun ke atas musuh. Permusuhan atau perseteruan tidak boleh menjadi alasan untuk mengkrompomi keadilan. Kesediaan Rasullulah s.a.w memotong tangan puteri kesayangannya sendiri jika Fatimah terbukti mencuri memperlihatkan betapa tingginya nilai keadilan yang Islam perjuangkan.

baca artikel penuh...di sini.

Tuesday, January 26, 2010

Penghargaan Cemerlang PMR 2009 Di Tanah Lot

DUNGUN 26 Januari, Selasa - DIKEMASKINI : Penyampaian sumbangan penghargaan sempena kejayaan peperiksaan PMR 2009 baru-baru ini bermula di Kampung Tanah Lot, 24 Januari Ahad. Seramai 5 orang pelajar telah dikenalpasti oleh JK Pelajaran MTD Sura dengan kerjasama PAS Cawangan.

Adik Nurul Akmal Binti Yusof (8A) dari SMK Seri Dungun
menerima sumbangan melalui sepupunya

Pelajar dari SMK Seri Dungun, adik Nur Farahin
Syahirah Binti Mohd Musa (7A), sedang menerima
penghargaan daripada ADUN Sura

Adik Lim Jie Ying (7A) dari SMK Sultan Omar, Dungun,
ditemani ibunya menerima sumbangan di kedai perabut
milik keluarganya di Jalan Yahya Ahmad

Sumbangan kejayaan para pelajar dalam peperiksaan ini, yang diberikan tanpa mengira fahaman politik dan perbezaan agama dan kaum ini telah bermula sejak dua tahun lalu. ADUN Sura telah mengunjungi dan bersua sendiri dengan para pelajar berkenaan serta keluarga masing-masing.

Lima orang pelajar cemerlang PMR 2009 dari Kampung Tanah Lot terdiri daripada adik Nurul Akmal Binti Yusof dari SMK Seri Dungun, adik Nurul Insyirah Binti Mamat Azlan dari SMK Agama Kuala Abang, adik Mohd Nuh Danial Bin Rosdi dari SMK Mak Lagam, adik Nur Farahin Syahirah Binti Mohd Musa dari SMK Seri Dungun dan adik Lim Jie Ying dari SMK Sultan Omar, Dungun.

Selain menyampaikan sendiri sumbangan penghargaan dan ucapan tahniah di atas kejayaan yang dicapai, beliau sempat bertanya khabar serta memberi penerangan secara langsung terhadap sebarang isu semasa yang berlaku samada di peringkat negeri maupun nasional.

artikel yang sama turut disiarkan...di sini DAN di sini

DS Nizar Akan Ambil Tindakan Terhadap TV3 & TV9

by MISBAHUL MUNIR MASDUKI

Hj Nizar telah meminta saya menghubungi peguam Hanipa Maidin bagi membincangkan kemungkinan mengambil tindakan undang-undang bagi membersihkan namanya yang terpalit akibat dakwaan TV3 DAN TV9 kononnya Pegawai Khasnya telah ditahan oleh SPRM.

Para bloggers UMNO BN telah memainkan isu ini dan mendakwa kononnya Pakatan Rakyat akan menuduh UMNO BNlah yang mengatur konspirasi ini menjelang keputusan Mahkamah Federal 9hb Februari ini.

Kalau itulah yang didakwa UMNO BN, memang sungguh BN UMNOlah perencana konspirasi ini. Sehingga sekarang tidak ada seorang pun Pegawai Khas Hj Nizar yang ditahan oleh SPRM, mereka ada di Ipoh, di Pasir Panjang dan di Bukit Gantang.

Bekas Pegawai Khas YB Hj Nizar di pejabat MB dulu ada tiga orang, En. Amran, Muhammad K.Y Tiang dan Nadarajah. Pegawai Khasnya yang masih bertugas dengan beliau di Pasir Panjang En Hamidon, manakala Pegawai Khasnya di Bukit Gantang, En Saharuddin, En Fadzil dan En Zainuddin dan En Bashir. Semuanya dilantik oleh YB Dato' Seri Hj Nizar.

Tidak ada seorang pun di kalangan mereka yang ditahan, direman atau dihubungi oleh pihak SPRM. Jadi dakwaan tersebut adalah karut dan berniat jahat.

YB Dato' Seri Hj Nizar melalui peguamnya Hanipa Maidin dijangka akan mengambil tindakan undang-undang ke atas TV3 dan TV9 bagi membersihkan namanya dan juga nama pegawai-pegawai khasnya.

Monday, January 25, 2010

Siapa Ulama' Yang Jahat ?

by SUARA ANAK MUDA

Dalam pengajian mingguan tanggal 7 Jan lalu, kami sama-sama berdiskusi mengenai ayat 27-28 dari Surah Fathir. Pada ayat 28 dinyatakan oleh Allah bahawa: “Sesungguhnya manusia yang paling takut kepada Allah di kalangan hambaNya adalah para ulama”. Kami saling berkongsi pandangan mengenai ta’arif ulama’. Ianya perlu diteliti dengan baik berikutan berlakunya fenomena pada hari ini adanya orang yang baru memahami sebuah dua kitab atau ilmu, lalu sudah mengaku sebagai ulama’ atau berlagak seperti ulama’ dalam berkomentar atau mengemukakan pandangan. Kedua, munculnya manusia yang memang dikenali sebagai ulama’, namun gerak langkahnya tidak menggambarkan langsung beliau adalah ulama’.


Giliran saya memberi pandangan, saya katakan bahawa ayat 28 Surah Fathir ini sebenarnya sudah cukup untuk kita jadikan asas dalam membuat penilaian siapakah itu ulama’. Ada dua hal penting dari ayat ini yang bisa kita dapatkan.


Pertama, kalimah ‘ulama’ telah memberi pengertian ‘seorang yang berilmu’ dalam bidang agama. Bahagian-bahagian agama itu sangat banyak seperti Tafsir, Hadith dan seumpamanya. Jika kealimannya khusus dalam bidang Tafsir, maka ia disebut sebagai ulama’ Tafsir. Begitulah pada ilmu-ilmu lain. Memanglah jelas perbezaan antara para ulama’ yang hidup hampir dengan zaman Nabi s.a.w dan ulama’ yang hidup pada zaman ini. Semakin dekat mereka dengan zaman Nabi, maka semakin pakarlah mereka dalam semua hal-hal keagamaan. Tidak hairanlah jika seorang ulama pada saat itu bukan hanya alim dalam satu bidang, tetapi juga dalam bidang-bidang lain. Merekalah ahli Ushuluddin, mereka jugalah ahli Tafsir, ahli Fiqh dan sebagainya.


Apabila disebut alim, ia bukanlah sebatas mengetahui sesuatu ilmu itu secara umum begitu sahaja, tetapi mahir, pakar dan benar-benar menguasai ilmu tersebut. Datang sebuah masalah, ia mampu memberikan jawapan yang baik hasil dari ilmu yang dipelajarinya. Inilah yang disebut ulama’ yang faqih. Alim dan Faqih adalah 2 hal yang berbeza. Namun, jika seorang ulama’ tidak dapat menjawab sesebuah masalah,bukanlah status sebagai ulama’ tersebut kita nafikan pada dirinya kerana ilmu yang berada pada diri mereka hanyalah dari beberapa titisan ilmu-ilmu Allah sahaja. Maka wajar sahaja ada hal yang tidak mampu mereka berikan jawapan.


baca artikel penuh...di sini.

Related Posts with Thumbnails

YB ADUN Sura Untuk Semua

 

Arkib Laman

Blog YB ADUN Sura © 2008 | Ripped by SamarQondy | Coordinated by Team IT DUN Sura