Sunday, October 14, 2012
2 Anak Tok Guru Ke Dungun 18 Oktober
Thursday, July 5, 2012
Pemuda Mesti Sanggup Dan Bersedia Ditarbiyah
KAMPUNG MOLEK : Pemuda DUN Sura telah berkesempatan menjemput Naib Ketua Dewan Pemuda Pas Negeri Terengganu (DPPNT), Al-Fadhil Ustaz Kamaruzzaman Abdullah untuk menyampaikan motivasi khusus bertajuk 'Kepentingan Tarbiyah' kepada seluruh pemuda DUN Sura baru-baru ini.
Program yang diadakan di Surau Kubur, Kampung Molek itu terlebih dahulu bermula dengan majlis berbuka puasa bersama jawatankuasa pemuda DUN Sura bagi membina jiwa pemuda yang sentiasa terdedah dengan hembusan roh tarbiyah yang berterusan.
Al-Fadhil Ustaz Kamaruzzaman dalam mukaddimah taujihatnya memperingatkan para pemuda bahawa kita sebagai hamba mestilah mengikut segala peraturan yang telah ditetapkan oleh Allah Taala dalam kehidupan ini. Allah menilai seseorang bukanlah disebabkan paras rupanya yang cantik tetapi melalui hatinya yang bersih sebagaimana yang ditegaskan oleh Rasulullah Sollallahu'alaihiwasallam.
Baca lagi....DI SINI
Saturday, June 9, 2012
Orang Muda Terjebak Kerana ‘Hilang Punca’
DUNGUN – PAS meneruskan usaha mendekati orang muda bagi membimbing mereka supaya tidak terjebak dengan pelbagai gejala sosial yang merosakkan kelompok yang menjadi 'harapan negara' pada masa depan itu.
Menurut Cikgu Haji Wan Hapandi bin Nik, kebanyakkan masalah yang timbul dikalangan generasi muda adalah kerana mereka ‘hilang punca’.
“pada hari ini kita melihat sebahagian besar maslaah yang timbul di kalangan remaja (dan orang muda) adalah kerana mereka kehilangan punca,
“(kurang) menguasai ilmu agama yang menyebabkan mereka terjebak degan pelbagai gejala yang merosakkan masa depan mereka,”ujarya.
Wan Hapandi berkata demikian selepas beramah mesra dan memberikan tazkirah kepada orang muda di Padang bola Jalan Melati, Sura Utara, dekat sini pada Rabu 6 Jun lalu.
Beliau yang baru dilantik memegang amanah selaku Pengarah Majlis Tindakan Dewan Undangan (MTD) Sura berkata, pihaknya bersama Pemuda PAS DUN Sura mengambil inisiatif mendekati golongan yang mejadi ‘aset negara’ itu.
Menurutnya, ia adalah pendekatan bersemuka bagi memberi kefahaman tentang Islam kepada golongan tersebut.
“Oleh kerana itu, kita di peringkat MTD dan pemuda (PAS DUN Sura) sendiri mengambil inisiatif agar mereka bersama perjuangan kita dalam usaha kita menyebarkan syiar Islam dan untuk menegakkan syarat Allah,”jelasnya.
Beliau berharap orang-orang muda berusaha mendekati rumah-rumah Allah, surau dan masjid untuk menambahkan dan mendalamkan ilmu Islam supaya menjadi pemuda yang beriman dan bertaqwa kepada Allah.
Turun bersama beliau ke padang bola tersebut ialah Ketua Pemuda PAS DUN Sura Ustaz Hanafiah Hitam dalam rangka program Cakna Komuniti Muda Dun Sura yang dianjurka bersama oleh MTD Sura dan Penyelaras Pemuda PAS DUN Sura.<buletinonline>
Gambar sekitar Cakna Komuniti Dun Sura
Friday, June 8, 2012
Wednesday, June 6, 2012
Jadual perlawanan UEFA UERO 2012
Saturday, February 18, 2012
Ahmad Kata PAS Sesat, Pemuda Anjur Ceramah Tangkis Ahmad
Thursday, January 12, 2012
Tulisan Pertama Adam Adli...Mengapa Saya Pilih Jalan Raya?
Lebih kurang sepuluh tahun kemudian, saya mula kenal jalan raya. Bermula dengan demonstrasi menuntut hak air rakyat Selangor, segala persoalan mengapa ayah saya turun ke tengah kota hampir setiap minggu sepuluh tahun lalu terjawab.
Sunday, November 6, 2011
Lensa Qurban Dun Sura 2011 | Bukit Chatak 2
Hari ke 2 Raya Aidiladha : 13 ekor
Sumber gambar dari blog Pemuda Dun Sura













Sepintas lalu Qurban 2011 @ Dun Sura pada Hari pertama Raya Aidiladha_Lensa Qurban 2011_Dun Sura : Siri 1
Saturday, October 1, 2011
Sham Kamikaze : Dulu Rock Kini Dakwah

Bekas gitaris kumpulan rock Kamikaze,Shamril Salleh atau lebih dikenali dengan nama Sham Kamikaze akan berkongsi pengalaman hidupnya dalam satu program ceramah anjuran Lajnah Penerangan & Dakwah Pemuda Dun Sura pada 2 Oktober 2011 di pentas utama Surau Tuan Guru Haji Zainal Abidin, Sura Gate.
Sebelum program ceramah pada malam tersebut, saudara Sham Kamikaze akan meluangkan masa sekejap untuk program Bicara Hidayah di Surau Ustaz Omar Syukri pada jam 4.30 petang.Program petang tersebut adalah anjuran Lajnah Penerangan & Dakwah Dewan Muslimat PAS Kawasan Dungun.
Diharap penduduk khasnya di Dun Sura tidak melepaskan peluang ini untuk sama-sama mendengar pengalaman perubahan dalam hidup beliau selaku bekas artis yang cukup popular pada masa dahulu.
Ceramah pada malam itu pula akan dihangatkan lagi dengan ceramah isu-isu semasa dari Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu, Al-Fadhil Ustaz Kamaruzaman Abdullah dan juga ADUN Sura, YB Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli.Para hadirin akan mendapat maklumat terkini isu-isu politik negara yang akan dikupas oleh dua orang pimpinan PAS itu.
Monday, August 22, 2011
FOTO | Pemuda Bersamamu 7.0
oleh : Team IT & Penerangan Pemuda Dun Sura
'PRIHATIN KAMI TAK BERTEPI,MEMBANTU SEKADAR TERMAMPU'
Penghargaan tak terhingga buat dermawan dan para petugas yang komited di sepanjang program.
Juga jutaan terimakasih buat ADUN Sura,Ustaz Wan Hassan Md Ramli dan juga Ustaz Azman Syapawi yang sempat meluangkan masa walaupun padat dengan program kebajikan di sepanjang hari tersebut.
Jazakallahu Khairan Khathira..ALLAHUAKHBAR !!
Nabi s.a.w bersabda: “Tidak ada satu hari yang terbit mataharinya melainkan ada di kiri kanan matahari itu: dua Malaikat yang menyerukan seruan yang didengari oleh semua makhluk Allah selain dari manusia dan jin, katanya: “Wahai sekalian manusia! Marilah kamu semua berusaha mengerjakan amal bakti kepada Tuhan kamu, kerana sesungguhnya pendapatan-pendapatan yang sedikit serta mencukupi keperluan hidup di dunia adalah lebih baik daripada pendapatan-pendapatan yang banyak serta melalaikan bekalan akhirat; dan tidak masuk matahari melainkan ada di kiri kanannya dua Malaikat yang menyerukannya seruan yang didengarinya oleh semua makhluk Allah selain dari manusia dan jin, katanya: “Ya Tuhan kami! Berikanlah ganti yang berganda-ganda kepada orang yang mencurahkan nikmat-nikmat yang dikurniakan kepadanya pada jalan yang diredhai Allah, dan timpakanlah kerugian yang besar ke atas orang yang menahan nikmat-nikmat Allah itu daripada mengeluarkannya pada jalan yang dituntut oleh Allah.”
Abu ad-Dardaa’ r.a
Lagi gambar-gambar menarik DI SINI
Friday, August 5, 2011
PEMUDA BERSAMAMU 7.0 : Konvoi kebajikan Pemuda Dun Sura dekati fakir miskin

PRIHATIN KAMI TAK BERTEPI,MEMBANTU SEKADAR TERMAMPU
Program Pemuda Bersamamu kini bukanlah satu perkara asing bagi warga Dun Sura,malah ianya sudah menjadi buah mulut masyarakat setempat yang bermain di bibir warga Dun Sura apabila setiap kali munculnya bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini.
Dimana kini program kebajikan anjuran Pemuda Pas Dun Sura itu sudah mencapai usianya untuk tahun yang ke tujuh.
Program kebajikan khas pada setiap Ramadan ini adalah merupakan satu usaha dan gerakerja yang konsisten daripada pemuda Pas Dun Sura di mana telah berjaya digembelingkan secara tersusun untuk direalisasikan sebagai acara tetap tahunan mereka.
Sudah tentu cabaran untuk menjayakan Pemuda Bersamamu musim ke 7 kini semakin besar dan lebih mencabar terutamanya dalam usaha mengumpul dana dan sumbangan daripada penyumbang berdasarkan kebejatan ekonomi termasuk kenaikan kos harga barang keperluan serta kos sara hidup yang semakin tinggi.
Dengan rendah diri,pasukan petugas Pemuda Bersamamu siri ke 7 daripada warga kerja Pemuda Dun Sura mengambil peluang ini untuk memohon sumbangan orang ramai dalam bentuk wang tunai ataupun beras bagi menjayakan program ini.
Rayuan sumbangan ini diharapkan mendapat perhatian daripada semua pihak yang perihatin serta dapat dipanjangkan lagi rayuan sumbangan derma ini dengan harapan agar usaha dan kerja kebajikan dapat disampaikan kepada golongan sasaran seperti fakir,miskin,anak-anak yatim dan orang kurang upaya(OKU) dapat diagih dengan jayanya.
Mengikut perancangan,Pemuda Bersamamu musim ke 7 akan mengagihkan sumbangan berbentuk sejumlah wang tunai dan sekampit beras telah dijadualkan tarikh pengagihannya pada minggu akhir bulan iaitu pada 20 Ramadan 1432H di mana aktiviti menjurus kepada cakna masyarakat,khusus kepada golongan yang layak untuk menerima sumbangan ini berpusat di Markas pemuda Dun Sura yang telah ditetapkan sebagai pusat operasi program pada tahun ini.
Seperti siri yang lalu, golongan penerima sumbangan program ini akan menerima kunjungan dari pihak pemuda sendiri yang akan turun berkonvoi ke kediaman mereka yang diketuai oleh ADUN Sura, YB Ustaz Wan Hassan Md Ramli.
Menjayakan Pemuda Bersamamu musim ke 7 ini merupakan satu cabaran yang sudah tentu ianya memerlukan komitmen yang padu daripada seluruh warga kerja Pemuda Dun Sura di mana mereka akan melaksanakan amanah ini sebaik mungkin dengan kadar mengikut kemampuan yang ada sebagaimana slogan Pemuda bersamamu, “Perihatin kami tidak bertepi,membantu sekadar termampu”.
Sebarang sumbangan boleh disalurkan ke akaun Pemuda Bersamamu 7.0,
atau hubungi
Ketua Lajnah Kebajikan & Kemasyarakatan Pemuda Dun Sura,
Sdra Shaikh Salmin 013-9328211,
Ketua Pemuda Dun Sura, Sdra Hanafiah 013-9819543
Bendahari Pemuda Bersamamu 7.0, Sdra Yusof Yaakob 012-4518982.
Friday, June 24, 2011
ADUN Sura Sampaikan Sumbangan Mangsa Ribut
Di Jalan Abdul Jalil, Nibong, ADUN Sura singgah ziarah ke rumah Tengku Abas bin Tengku Wok Hamzah, 65, yang mengalami musibah ditimpa pohon kuini di bahagian atap ruangan tamunya.
Sumbangan telah disampaikan kepada menantu tuan rumah, Encik Ishak Abdul Rahman, seorang mekanik.
ADUN Sura diiringi oleh Ketua dan Bendahari Majlis Tindakan Pemuda DUN Sura, Ustaz Hanafiah Hitam dan Tengku Mohd Hisham Tg Ambak.
Saturday, January 1, 2011
Pemuda PAS DUN Sura Sahut Cabaran Dato' Pesuruhjaya Terengganu, Serang Habisan UMNO/BN Sehingga PRU-13
Sebelum edaran risalah dimulakan, satu taklimat oleh Ketua Penerangan Pemuda Dun Sura telah diberikan kepada para petugas agar lebih mesra dan tidak bertindakbalas atas segala kemungkinan yang mungkin berlaku sepanjang edaran risalah berlangsung.
baca artikel penuh...di sini.
Wednesday, December 29, 2010
Kembali Ke Sekolah : Program Amal Gunting Rambut
sedang menggunting rambut salah seorang peserta
Beberapa hari menjelang permulaan sesi persekolahan 2011, pada 26 dan 27 Disember baru-baru ini bertempat di Kedai Gunting Nasir, Jalan Nibong Stesen di sini seramai 30 orang pelajar berumur 12 tahun ke bawah menyertai program ini.
" Kami mengenakan bayaran separuh harga kepada peserta sebagai permulaan kepada program yang akan diusahakan lagi di tahun-tahun akan datang, insyaAllah, " ujar Ketua Pemuda PAS Cawangan Padang Jambu, Encik Zakaria Tahir.
" Kepada para pelajar sekolah rendah dan menengah yang ingin menyertai program gunting rambut sempena cuti sekolah ini, masih sempat berbuat demikian dan diharap dapat hadir ke Perkarangan Surau Tuan Guru Haji Zainal Abidin, Sura Gate sebelum sekolah dibuka, " tambah beliau merujuk program anjuran Pemuda DUN Sura.
Wednesday, November 17, 2010
Sukan Asia: Azizulhasni sumbang emas acara basikal
Monday, August 9, 2010
Ramadhan bulan tarbiah, jihad

Ramadhan bulan tarbiah, jihad
KUALA LUMPUR, 9 Ogos: Ramadhan adalah bulan tarbiah dan jihad bagi pejuang-pejuang Islam, kata Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Justeru, katanya kedatangan Ramadhan adalah proses untuk menundukkan hawa nafsu yang sentiasa bergelodak dalam jiwa untuk mengabadikan jihad dan perjuangan.
“Andainya hawa nafsu boleh ditundukkan dengan jalan lain (bukan berpuasa) nescaya Allah akan mewajibkannya.
“Namun bilamana Allah mewajibkan puasa kepada umat dahulu dan sekarang, bermakna hawa nafsu hanya dapat dikawal melalui ibadat puasa,” ujarnya dalam perutusan sempena Ramadhan 1431H.
Katanya, sejarah jatuh bangun umat dahulu memperlihatkan betapa banyaknya tekanan musuh dan serangan yang dilakukan dalam bulan Ramadhan kerana musuh menganggap umat Islam akan lemah kerana berpuasa.
“Lihatlah di zaman kita serangan ke atas Iraq, Afghanistan, Bosnia dan lainnya banyak dimulakan dalam bulan Ramadhan.“Bahkan kalau kita buka lipatan sejarah lampau, sejak zaman Rasulullah hingga zaman tabieen, serangan musuh banyak tertumpu dalam bulan Ramadhan,” katanya yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang.
Kerana itu, katanya Ramadhan janganlah dijadikan alasan untuk mengabaikan jihad; kerana tarbiah Ramdhan adalah tarbiyah langsung dari Allah, sehingga Allah menyatakan dalam hadis Qudsi yang bermaksud: Puasa kamu untuk Ku, maka Akulah yang akan memberi balasannya.
“Alhamdulillah, Ramadhan datang lagi dengan penuh rahmat dan keberkatan. Marilah kita panjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dipanjangkan umur sehingga kita bertemu semula Ramadhan,” ujarnya.
Katanya, Rasulullah s.a.w. sering kali berdoa yang bermaksudnya: Ya Allah, berkatilah kami dalam bulan Syaaban, dan (panjangkan umur kami) sehingga bertemu dengan Ramadhan.
“Betapa besarnya rahmat Ilahi bilamana kita dipanjangkan umur sehingga bertemu dengan Ramadhan kerana sabda Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: Antara Ramadhan ke Ramadhan adalah pengampunan Allah.
Maksudnya, jelasnya sesiapa yang dipanjangkan umur sehingga dapat bertemu dengan Ramadhan, maka Allah akan mengampuni dosa-dosanya yakni dosa kecil.
“Panjang umur bukan kerja kita, ia benar-benar hak mutlak Allah; lantaran itu marilah kita mensyukurinya.
“Saya mengambil kesempatan menyeru kepada semua pendokong parti agar menjadikan Ramadhan ini sebagai bulan menambahkan amalan seharian, hidupkan tadarus al-Quran di kalangan ahli usrah,” ujarnya lagi.
Beliau juga menyeru supaya dihidupkan majlis berbuka, tarawih dan tazkirah di mana-mana ruang yang ada dan ambillah kesempatan menderma terutamanya memberi makan kepada orang yang berpuasa.
Ini, katanya kerana Rasulullah bersabda yang bermaksud: Sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berpuasa iaitu menyediakan makanan berbuka puasa, maka dia memperolehi pahala sebagaimana orang yang berpuasa, dan tidak kurang sedikitpun pahala puasanya.
Namun, beliau mengingatkan orang yang berpuasa supaya hendaklah memendekkan masa di bazar-bazar Ramadhan, dan jangan membeli juadah untuk berbuka dari tangan-tangan yang fasiq, tangan yang tidak mengerjakan sembahyang, dan tangan yang tidak takutkan Allah.
“Peliharalah setiap suap makanan kerana ia menjadi darah daging, dan darinya menjadi air mani yang melahirkan zuriat kamu.
Kutiplah mutiara keberkatan Ramadhan pada siangnya dan hidupkanlah ibadahmu pada malamnya, kerana persoalan utama bukan Ramadhan yang penuh keberkatan dan rahmat, tetapi apakah kita memperolehi keberkatan dan rahmat itu,” katanya.
Wednesday, August 4, 2010
Bahang Pemuda Bersamamu Musim ke 6 mulai terasa
oleh : Ketua Lajnah Kebajikan Pemuda Dun Sura
Agenda kebajikan sudah pasti semakin rancak dan bertaliarus memenuhi hari-hari sepanjang bulan Ramadhan,bulan yang penuh dengan keberkatan dan rahmat yang telah disediakan oleh Allah s.w.t kepada hambaNya yang beriman.
Di antara ibadat yang sangat digalakkkan dalam bulan ini termasuk juga amalan bersedekah buat golongan yang memerlukan di antaranya yang fakir,miskin,kurang upaya dan anak yatim di mana golongan ini tidak harus diabaikan malah perlu diberi perhatian yang lebih bersungguh oleh masyarakat bagi memastikan keperluan dan keselesaan hidup mereka ini lebih terjamin.
Dewasa ini,dalam suasana cengkaman ekonomi yang semakin merosot dan meruncing telah memberi kesan kepada kenaikan harga barang keperluan seperti beras,gula,petroleum,gas LPG serta berbagai lagi barang keperluan lain yang sudah semestinya ianya lebih membebankan dan memeritkan di mana kita semua maklum ianya adalah di antara kegagalan pihak kerajaan pada hari ini mengurus dan mentadbir ekonomi negara yang hanya meninggalkan slogan ‘rakyat didahulukan,pencapaian diutamakan’ternyata hanyalah retorik dan omongan kosong,lebih-lebih lagi dirasai oleh golongan ini.
Menyedari akan situasi ini,justeru pemuda PAS Dun Sura dengan penuh rasa bertanggungjawab dan sikap cakna telah menggerakkan seluruh anggota melibatkan setiap UPU serta cawangan dalam Dun Sura untuk menjayakan program Pemuda BersamaMu musim ke enam.
Wednesday, May 12, 2010
'Melayu Bangkit' batal digertak Pemuda Trg...
12.05.2010 10.00 pagi : Satu laporan polis telah dibuat oleh Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu membantah program 'Melayu Bangkit' yang dijadualkan pada 13 Mei keesokannya. Menurut Ketua DPPNT, YB Ustaz Mohd Nor Hamzah, program ini disifatkan 'berbahaya dan tidak sihat'.
Manakala lewat petang ini, program anjuran Gerakan Kebangkitan Rakyat (Gertak), yang dipengerusikan oleh Razali Idris telah dibatalkan
> “Melayu Bangkit”: Pemuda PAS buat laporan Polis




