Friday, June 24, 2011

ADUN Sura Sampaikan Sumbangan Mangsa Ribut

DUNGUN 25 Jun, Sabtu - ADUN Sura, Y.B. Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli dengan kerjasama Pemuda DUN Sura telah meninjau dan menyampaikan sumbangan kepada mangsa kejadian ribut yang berlaku pada awal pagi 22 Jun, Rabu baru-baru ini.

Di Jalan Abdul Jalil, Nibong, ADUN Sura singgah ziarah ke rumah Tengku Abas bin Tengku Wok Hamzah, 65, yang mengalami musibah ditimpa pohon kuini di bahagian atap ruangan tamunya.

Sumbangan telah disampaikan kepada menantu tuan rumah, Encik Ishak Abdul Rahman, seorang mekanik.

ADUN Sura diiringi oleh Ketua dan Bendahari Majlis Tindakan Pemuda DUN Sura, Ustaz Hanafiah Hitam dan Tengku Mohd Hisham Tg Ambak.

Thursday, June 23, 2011

Rakyat Malaysia Di Luar Negara Sahut Bersih 2.0 Turut Adakan Perarakan Aman

KUALA LUMPUR, 23 Jun - Perarakan Himpunan Bersih 2.0 yang bakal dianjurkan di sini awal bulan depan juga akan diadakan di beberapa negara luar termasuk di Amerika Syarikat pada tarikh yang sama, demikian umum jawatankuasa pemandu Bersih 2.0 hari ini.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan petang ini, sekretariat itu berkata perarakan tersebut diusahakan oleh rakyat Malaysia yang tinggal di negara luar, yang turut menyokong tuntutan Bersih 2.0.

“Mereka secara peribadi menghubungi Bersih 2.0 dan menyatakan minat untuk menganjurkan perarakan di mana mereka tinggal,” kata jawatankuasa itu lagi.

“Kami menganggap minat luas di kalangan rakyat Malaysia di luar negara menunjukkan bahawa rakyat Malaysia dari semua lapisan percaya pada keperluan pembaharuan pilihan raya dan mempertahankan demokrasi,” kata beliau lagi.

Justeru menurut jawatankuasa Bersih 2.0, perarakan akan diadakan di pekarangan Kedutaan Malaysia di Seoul, Korea Selatan pada pukul 3 petang, pejabat kedutaan dan konsul Malaysia di Canberra, Melbourne dan Sydney pukul 12 tengah; Tower of the Sun, Osaka di Jepun 3 petang; pejabat besar konsul Malaysia di Los Angeles 10 pagi; Chrissy Field Picnic Area, Presidio, San Francisco (9.30 pagi) dan pejabat konsul Malaysia di New York (10 pagi).

“Bersih 2.0 meminta rakyat Malaysia yang tinggal di United Kingdom, Amerika Syarikat, Taiwan, Jepun, Korea Selatan dan Australia mengambil bahagian dalam perarakan itu jika mereka juga percaya bahawa perlunya pilihan raya bersih, bebas dan adil di Malaysia.

“Rakyat Malaysia di luar negara juga perlu datang dan menuntut hak undi pos pada pilihan raya umum ke-13,” katanya lagi.

Himpunan Bersih 2.0 yang akan diadakan 9 Julai di sini belum memperoleh permit polis.

Semalam, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Hussein berkata Bukit Aman akan memanggil penganjur Bersih 2.0.

Turut akan dipanggil ialah pemimpin Perkasa dan Pemuda Umno yang bercadang mengadakan perarakan balas pada hari yang sama.

Dalam kenyataannya, jawatankuasa itu juga berkata, program jelajah seluruh negara menjelang perhimpunan 9 Julai akan diadakan di beberapa bandar.

Ia termasuklah di Kompleks Muhibbah, Jalan Taugeh 24/17, Persiaran Sultan, Seksyen 24, Shah Alam pada pukul 10 malam esok dan disusuli di Dewan Asam Jawa, Kuala Selangor pada pukul 8.30 malam keesokan hari.

Program itu juga akan diadakan di Pusat Aduan Rakyat Kempas, Taman Dahlia, Johor Baru pada pukul 8.30 malam Sabtu ini.

Perhimpunan di Dataran PSM, Taman Orkid, Sungai Siput akan diadakan pada pukul 8.30 malam Ahad ini.

sumber : malaysianinsider.com

Tuesday, June 21, 2011

99 % Sokong Himpunan BERSIH 2.0 !

Sejumlah 99 peratus daripada lebih sejuta responden menyokong perhimpunan BERSIH pada 9 Julai ini dalam bancian yang dijalankan oleh The Star Online. Jumlah sebenar bilangan responden tidak dapat disahkan apabila portal berita berkenaan menghentikan banciannya kira-kira tengahari tadi.
NONEMenurut skrin yang dirakamkan oleh seorang pengguna Facebook, jumlah responden mencecah 1.3 juta pada jam 12.25 tengah hari berbanding 527,330 yang dicatatkan pada jam 6.11 pagi ini, yang dirakamkan menerusi laman Google Cache.

Soalan yang dikemukakan berbunyi 'Apa pandangan anda berhubung perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai?, 1,312,917 responden menjawap 'Ia sepatutnya dibenar diteruskan' pada 12.25 tengahhari.


Manakala pilihan satu lagi - 'Ia harus dibatalkan' - hanya dipilih oleh 14,222 responden.

sumber : malaysiakini.com

Sunday, June 19, 2011

Suhaizan Kaiat & Chegu Bard Di Dungun 22 Jun

DUNGUN, 19 Jun Ahad - Exco Dewan Pemuda PAS Pusat, Suhaizan Kaiat akan berceramah di Dungun pada Rabu, 22 Jun. Beliau akan disertai oleh Chegu Bard dan ADUN Sura, Y.B. Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli.

http://tvsnews.net/v1/news_images_upload/suhaizan2.jpg

Ketua Lajnah Penerangan DUN Sura, Encik Mohd Yusof Ismail berkata, "Ceramah ini akan diadakan di Kampung Padang Jambu dan dijangka Suhaizan (gambar) akan menyentuh isu kegerunan dan karenah UMNO-BN terhadap himpunan Bersih 2.0 yang bakal berlangsung pada 9 Julai ini dan selaku Ketua DPP Johor beliau turut dijangka menyentuh isu warga Singapura dibogel dan dikenakan ketuk ketampi baru-baru ini,"

View Image

"Seperti biasa Chegu Bard (gambar) akan melakukan pelbagai pendedahan kepincangan UMNO-BN khususnya melibatkan pentadbiran Najib dan kroninya dan selaku tuan rumah pula Ustaz Wan Hassan dijangka akan mengulas pembentukan kabinet baru PAS Terengganu dalam menghadapi PRU-13 khususnya dalam konteks negeri Terengganu, " jelas beliau lagi.

"Saya menyeru warga Dungun khususnya di sekitar DUN Sura supaya hadir mendengar sendiri ceramah isu semasa ini di saat Najib masih teragak-agak untuk membubarkan parlimen," akhiri beliau.

Thursday, June 16, 2011

Negara Berkebajikan : PAS Tubuh Panel Pelaksana, Rangka Buku Hijau



Panel khas itu akan memperincikan konsep negara berkebajikan, yang
diketengahkan dalam ucapan dasar Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang
pada 3 Jun lalu. - gambar fail

KUALA LUMPUR, 17 Jun - PAS menubuhkan satu panel khas pelaksana yang akan memperincikan konsep negara berkebajikan - dalam bentuk "Buku Hijau" - bagi menjelaskan kepada rakyat menjelang pilihan raya umum ke-13.

Pembentukan panel khas itu diputuskan pada satu mesyuarat parti itu di sini petang semalam.

Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub berkata panel itu, yang dibentuk dalam dua minggu selepas muktamar parti tersebut, akan memperincikan konsep negara berkebajikan untuk dijelaskan kepada rakyat dalam waktu terdekat.

Panel khas itu akan mengadakan mesyuarat pertama pada Isnin ini untuk memperincikan konsep negara berkebajikan, yang diketengahkan dalam ucapan dasar Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada 3 Jun lalu.

Ucapan dasar itu bertemakan “Membangun Negara Berkebajikan”.

Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian akan mengetuai panel itu.

Ia turut dianggotai oleh Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, dua ahli jawatankuasa kerja pusat Dr Dzulkefly Ahmad dan Idris Ahmad, Pengerusi Institut Kajian Polisi PAS Dr Zuhdi Marzuki dan Timbalan Ketua Dewan Muslimat Dr Siti Mariah Mahmud.

“(Peranan) panel khas ini berkuat kuasa hari ini,” katanya ketika dihubungi.

“Melalui panel ini, kami akan memperincikan konsep negara berkebajikan dengan mengemukakan ciri-ciri sebuah negara berkebajikan dan kita akan dokumenkan konsep ini,” kata Salahuddin.

“Kita akan dokumenkan konsep ini dalam bentuk buku dan Buku Hijau ini akan diedarkan di seluruh negara dalam masa terdekat,” katanya.

Meskipun ini bukan kali pertama PAS mengetengahkan konsep negara kebajikan, tetapi ia diserang hebat oleh Umno.

Manifesto pilihan raya umum 2008 PAS juga bersandarkan tema negara kebajikan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, keputusan pemilihan PAS yang memihak kepada golongan profesional adalah kemenangan kepada DAP kerana parti itu berjaya “mempengaruhi” parti Islam itu mengubah dasar memperjuangkan negara Islam kepada negara berkebajikan.

Selain itu dua bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi turut mengkritik konsep itu.

Hadi pada sidang media yang diadakan hujung minggu lalu berkata negara berkebajikan boleh dibuktikan sekiranya Pakatan Rakyat diberi mandat untuk memerintah negara.

Selain itu, Ahli Parlimen Marang itu juga berkata, beliau akan mengeluarkan sebuah buku tentang negara berkebajikan.

sumber : malaysianinsider.com

Wednesday, June 15, 2011

Kepimpinan Baru PAS Terengganu Dibentuk Sabtu 18 Jun

KUALA LUMPUR, 16 Jun : PAS Terengganu akan membentuk kabinetnya atau jawatankuasanya yang baru dalam masa terdekat bagi membolehkannya bergerak lebih aktif mendepani cabaran.

Sehubungan itu, satu mesyuarat khas berhubung perkara itu akan diadakan paling lewat Sabtu ini, bagi membolehkan barisan kepimpinan PAS yang mantap dapat dibentuk segera di negeri itu.

Pesuruhjaya PAS Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut (gambar) berkata, kabinet baru PAS Terengganu yang akan dibentuk itu adalah kabinet pilihanraya.

Menurut beliau, ini kerana barisan kabinet yang akan dibentuk itu adalah untuk menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 yang akan diadakan tidak lama lagi.


Katanya, sejajar dengan itu, barisan jawatankuasa itu adalah tertdiri daripada mereka yang ternyata berkebolehan, berwibawa dan boleh diharapkan untuk PAS Terengganu menghadapi PRU Ke-13 dengan baik.


"Kabinet baru yang akan dibentuk itu adalah gabungan golongan ulama, profesional dan aktivis dalam PAS. "Ini sejajar dengan langkah yang diambil oleh PAS Pusat yang memilih dan melantik kabinetnya dengan gabungan ketiga-tiga golongan itu dalam parti," katanya ketika ditemui di lobi bangunan Dewan Rakyat.

Bagaimanapun, demi kepentingan tertentu, beliau tidak mahu menjelaskan nama-nama calon barisan kabinet baru yang akan dibentuknya itu.


"Saya akan memanggil mesyuarat khas bagi membincangkan perkara itu pagi Sabtu ini di Markas Tarbiyah PAS Kuala Terengganu. "Sebaik sahaja selesai mesyuarat itu, saya akan mengadakan sidang akhbar di tempat yang sama.

Jadi saya bercadang untuk mengumumkan nama-nama barisan kabinet itu pada sidang akhbar itu," katanya.
Untuk membentuk kabinet barunya itu, beliau mengakui mengalami kerumitan walaupun Terengganu sememangnya mempunyai ramai calon yang berkelayakan.

"Memang Terengganu mempunyai ramai calon yang berkelayakan. Tapi ada ramai calon yang berkelayakan juga turut menyebabkan saya pening kepala kerana ia menyebabkan saya menjadi serba salah untuk membuat pemllihan.

"Sebab itulah saya tak mahu mengumumkannya sekarang. Saya mahu membuat pemilihan hasil dari rumusan dalam mesyuarat yang akan diadakan Sabtu ini kerana itulah langkah terbaik yang patut dibuat," jelasnya.

Perlantikan terhadap beliau sebagai Pesuruhjaya PAS Terengganu oleh Presiden PAS, Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang, turut mengejutkan beliau kerana ia di luar jangkaannya sama sekali.


"Pada hal di Terengganu masih ramai lagi orang yang berkelayakan untuk dilantik sebagai pesuruhjaya. Saya tidak menyangka sama sekali Presiden akan melantik saya untuk melaksanakan amanah ini," katanya.


Beliau berjanji akan melaksanakan amanah yang diberikan itu dengan baik bersama rakan-rakannya, bagi membolehkan PAS Terengganu terus maju seperti yang diharapkan oleh seluruh rakyat Terengganu khasnya dan Malaysia amnya.

sumber : Harakahdaily.net

Saturday, June 4, 2011

Kabinet Saya Kali Ini, Kabinet Pilihan Raya - Presiden PAS

KUALA LUMPUR, 4 Jun : Tiada masalah timbalan dan naib-naib presiden bukan dari golongan ulamak, kata Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.


Beliau sebaliknya gembira dengan keputusan yang dibuat perwakilan dalam pemilihan kali ini bagi sesi 2011-2013.

"Saya bersyukur dengan perpaduan yang wujud. Walaupun berbeza pandangan dari segi menentukan calon, tapi kita mendapat keputusan yang penuh kemesraan.

"Semua pihak menghormati keputusan perwakilan dan menerima siapa sahaja yang dipilih menjadi pemimpin khususnya untuk menghadapi pilihan raya umum (PRU) ke-13," kata beliau pada sidang media di muktamar PAS kali ke-57 di Dewan Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad hari ini.

Beliau menambah, PAS memang pernah memilih bekas Yang Dipertua parti yang kedua bukan dari golongan ulamak.

"Ini bukan perkara baru. PAS pernah pilih Haji Abas Alias yang bukan daripada ulamak sebagai yang dipertua PAS yang kedua.

"Tengok kepada AJK PAS Pusat, lapan di kalangan ulamak, dua doktor, dan selebihnya jurutera dan pemimpin masyarakat," katanya yang ditemani timbalan presiden yang baru, Mohammad Sabu dan tiga Naib Presiden, Datuk Mahfuz Omar, Datuk Husam Musa dan Salahuddin Ayub.

Sementara itu, Mohammad Sabu menyatakan komitmennya untuk membantu Ustaz Hadi melebarkan pengaruh PAS di kalangan NGO dan parti-parti lain.

Tegasnya juga, beliau tetap mementingkan kepimpinan ulamak dalam PAS.

"Saya akan cuba bantu Presiden untuk bidang melebar luaskan pengaruh PAS kepada bukan Melayu, bukan PAS dan NGO.

"Kepimpinan ulamak tetap dipertegaskan, bukan macam Umno yang letak Ulamak dalam bentuk biro.Dalam PAS ulamak adalah satu majlis syura dan ada dewan yang akan mengawal dasar parti," katanya.

Dalam pada itu, Ustaz Hadi turut menyifatkan kepimpinan yang baru ini sebagai kabinet pilihan raya.

Mengulas lanjut, beliau yakin kepimpinan baru ini mampu membawa PAS lebih diterima masyarakat sekaligus relevan menggantikan Umno.

"Ahli-ahli memilih saf hadapan untuk pilihan raya. Sebab itu kabinet saya kali ini kabinet pilihan raya," katanya.

sumber : harakahdaily.net

Thursday, June 2, 2011

Kerajaan Terengganu Biayai 33,880 Sejadah Dengan Kos RM999,460

KUALA TERENGGANU - Kerajaan Barisan Nasional (BN) Terengganu di bawah kepimpinan Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Said didedahkan telah membeli sebanyak 33,880 unit sejadah bernilai hampir RM1 juta.

Malangnya, kesemua sejadah-sejadah tersebut tidak diagihkan ke masjid-masjid atau surau tetapi masih tersimpan di Kompleks Sukan Gong Badak, Kuala Terengganu, sejak beberapa bulan lalu.

(Gambar - Sejadah dikatakan disimpan di Stadium Tertutup Gong Badak)

Hal tersebut, didedahkan di Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu dalam jawapan bertulis yang dikemukakan oleh Ahli Dewan Undnagan Negeri (Adun) Sura, Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli.

Soalan asalnya, berapa banyakkah sejadah untuk kegunaan umat Islam menunaikan solat yang dibeli oleh kerajaan negeri dan sila nyatakan syarikat pembekalnya serta berapakah kos pembiayaan yang ditanggung kerajaan negeri Terengganu.

Menjawab soalan tersebut, pihak kerajaan menjelaskan jumlah sejadah untuk kegunaan umat Islam menunaikan solat yang telah dibeli oleh kerajaan negeri ialah 33,880 unit.

Manakala, syarikat yang membekalkan sejadah tersebut adalah BIBI HAWA & SONS yang beralamat di No.33, Aked MARA, Jalan Danby, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang dengan kos sebanyak RM999,460.00.

Kerajaan negeri turut menjelaskan bahawa sejadah tersebut masih lagi disimpan di Kompleks Sukan Gong Badak, Kuala Terengganu sementara menunggu untuk diagihkan kepada masjid-masjid seluruh negeri ini.

Sementara itu, Ustaz Wan Hassan melahirkan rasa dukacita kerana jumlah sejadah yang banyak telah dibeli tetapi tidak diagihkan ke masjid-masjid atau surau.

Bahkan, beliau turut sangsi dengan jawapan tersebut kerana hampir keseluruhan masjid-masjid yang terdapat di Terengganu telah berkarpet.

“Kita (PAS) rasa dukacita kenapa sejadah yang telah dibeli begitu banyak tetapi tidak diagihkan lagi ke masjid-masjid atau surau di seluruh negeri ini.

“Saya rasa sangsi dengan jumlah sejadah yang banyak dengan kos hampir RM1 juta dibelanjakan oleh kerajaan.

Hampir semua masjid di Terengganu dipasang dengan karpet yang tidak lagi menggunakan sejadah,” ujarnya.

sumber : BuletinOnline.com

Wednesday, June 1, 2011

PRU-13 : Perubahan Dan Pembaharuan Besar Bermula Dengan Pertukaran Rejim Di Peringkat Persekutuan

Adakah kenaikan tarif elektrik dan kemungkinan peningkatan harga bahan api akibat harga minyak global yang terus melambung akan melewatkan pilihan raya umum ke-13 (PRU Ke-13)? Jangkaan pelbagai pihak termasuk penganalisa politik popular Bridget Welsh nampaknya tidak yakin dengan kemungkinan PRU Ke-13 diadakan pada tahun ini.

Pelbagai faktor dilontarkan dalam teka-teki sedemikian. Namun saya berpendapat, tidak kira sebesar mana kesan kenaikan tarif elektrik kepada rakyat jelata, Perdana Menteri Najib (gambar kiri) akan menghadap Yang di-Pertuan Agong dan mengumumkan pembubaran Parlimen ke-12 dalam masa singkat - seawal bulan Jun tahun ini - ya, seawal bulan ini! Malahan saya menjangkakan dan berharap, PRU Ke-13 diadakan seawal bulan Julai tahun ini dan selewat-lewatnya akhir tahun ini juga.

Saya masih ingat, semasa teka-teki tarikh PRU Ke-12 mula menjadi hangat, pendapat sesetengah pihak adalah bahawa Parlimen ke-11 hanya akan dibubarkan selepas "projek koridor Pak Lah" menampakkan hasil pada peringkat awal yang dapat meyakinkan pengundi bahawa Kerajaan Pak Lah berkemampuan mentadbir urus ekonomi negara dengan baik dan berkesan. Maka PRU Ke-12 tidak akan diadakan seawal Mac 2008 seperti yang umum sedia maklum.

baca artikel penuh...di sini.

Related Posts with Thumbnails

YB ADUN Sura Untuk Semua

 

Arkib Laman

Blog YB ADUN Sura © 2008 | Ripped by SamarQondy | Coordinated by Team IT DUN Sura