Saturday, July 4, 2009

PRK N.41 Manek Urai - PAS Masih Kukuh di Laloh

ditulis oleh : Wartawan Kita
Saturday, 04 Julai 2009 14:12

LALOH, 4 Julai - Program-program PAS terus bergerak seiring dengan kegentingan hari pilihanraya yang bakal memuncak kurang sepuluh hari lagi. Laloh sekali lagi menyaksikan rakyatnya berpusu-pusu keluar ke tapak program Cakna Keluarga 2009 di Padang Majlis Daerah Laloh hari ini. Majlis yang dihadiri oleh lebih 1000 orang penduduk tempatan menunjukkan PAS semakin bertapak kukuh di sini.

Antara aktiviti yang paling mendapat sambutan adalah acara tarik tali jentera PAS melawan pemuda tempatan, sambut telur suami isteri, konvoi motor berkuasa tinggi, konvoi Myvi, Viva serta motor klasik, pemeriksaan kesihatan, sukaneka, gubahan nenas pengantin, anyaman daun kelapa, gubahan pengantin serta ceramah motivasi oleh Yang Berhormat Cikgu Aziz bin Abdul Kadir.

Ketua Muslimat Gua Musang, Puan Nur Maini Samsudin, 33 tahun berkata, “ Alhamdulillah. Kami tidak menyangka begitu ramai yang hadir, walaupun promosi program dibuat dalam masa yang begitu singkat. Kehadiran adalah melebihi jangkaan.”

Program dengan kerjasama jentera Bachok, Gua Musang, Laloh dan Terengganu ini dirasmikan oleh Yang Berhormat Haji Wahid bin Endut. Turut diadakan adalah pemberian sumbangan bantuan dan sijil kepada armalah serta Anugerah Warga Emas Sihat 70 tahun ke atas.

Seorang penduduk, Tuan Muhani binti Mat, 45 tahun berkata, beliau sentiasa mengikuti program-program yang dianjurkan Pas. Bercakap kepada pemberita, beliau memaklumkan, “Kami sudah tahu Pas sesak (miskin), tetapi tiada guna menyokong Barisan Nasional(BN). Di dunia tidak mendapat apa-apa, di akhirat apatah lagi."

"Kalau kami yang ibarat kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang ini tidak berusaha sendiri, tidak akan dapat apa-apa. BN selalu berjanji tetapi tiada apa-apa kelihatan selepas pilihanraya. Kami menyokong Pas kerana ingin memperjuangkan Islam. Begitu juga jiran-jiran saya, semuanya Pas", katanya.

0 komen:

Related Posts with Thumbnails

YB ADUN Sura Untuk Semua

 

Arkib Laman

Blog YB ADUN Sura © 2008 | Ripped by SamarQondy | Coordinated by Team IT DUN Sura