Saturday, May 29, 2010

Remaja 19 Tahun Kalah Judi 8 Juta !

Seorang remaja berusia 19 tahun terpaksa kerugian 8 juta akibat kalah judi yang menjadi hobinya sejak berusia 16 tahun.


Remaja itu yang merupakan anak jutawan, mengikut jejak langkah bapanya yang mempunyai hobi yang sama, menghabiskan wang kekayaan bapanya dengan bertaruh dalam perlawanan bolasepak luar negara melalui internet.

Disebabkan hobi berjudi itu, remaja itu terkenal dengan gelaran ‘Little Dragon’. Remaja tersebut membesar dalam keadaan melihat bapanya berjudi seawal usia 16 tahun. Suatu hari, beliau berjudi dengan had yang dikenakan oleh ejen perjudian sebanyak RM100,000. Setiap kali beliau kalah teruk, bapanya akan membayarnya. Selama tiga tahun beliau berjudi, sudah beberapa kali bapanya terpaksa menjamin beliau akibat ditimbus hutang judi yang melambung tinggi.

Perkara ini didedahkan oleh Pengerusi Barisan Nasional Klang, Datuk Teh Kim Poo. Teh berkata remaja terbabit sedang melanjutkan pelajaran di sebuah kolej swasta di Petaling Jaya yang mengadakan program ijazah berkembar dengan Universiti di Australia.

Sudah beberapa kali remaja itu terpaksa menggunakan wang yuran kolej untuk bayar hutang judi. Beliau sanggup membohongi bapanya dengan mengatakan kolej minta wang yuran lagi untuk mendapatkan duit untuk bayar hutang judi.

Apabila remaja itu tidak mampu lagi bayar hutang, Ejensi perjudian akan hantar along meminta wang dari bapanya.

sumber : feryco.com

Thursday, May 27, 2010

PAS Kesal, Najib Gadai Tanah KTMB Dengan Sebiji Durian

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) kesal kerana Presiden Umno, Dato’ Seri Najib Tun Razak hanya mengambil masa beberapa jam untuk berbincang dengan Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong untuk memutuskan penyerahan tanah milik Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Tanjung Pagar kepada syarikat usaha sama Malaysia-Singapura, M-S Pte Ltd.
Quantcast

Dua hari selepas dijamu makan durian di Pulau Sentosa, Najib mengunakan kuasanya sebagai Perdana Menteri tanpa merujuk kepada Parlimen dan kabinet. Beliau membuat keputusan menerima kerjasama Hsien Loong yang diajukan tanpa sebarang kertas cadangan dan kajian rasmi. Keputusan ini dicurigai rakyat yang menganggap Najib gadai tanah KTMB dengan sebiji buah durian sahaja!

271 hektar tanah milik KTMB di Tanjung Pagar, Kranji dan woodlands serta tiga keping tanah di Bukit Timah kini diserahkan kepada sebuah syarikat yang belum lagi ditubuhkan. Syarikat usaha sama Malaysia-Singapura yang dikenali sebagai M-S Pte Ltd, akan ditubuhkan sebelum 31 Disember tahun ini. Khazanah Nasional memegang 60% kepentingan dan Temasek Holdings Limited akan memegang baki 40%.

baca artikel penuh...di sini.

Tuesday, May 25, 2010

Syarikat Perjudian Malaysia No. 1 Dalam Dunia !

Syarikat Perjudian Malaysia berjaya mengalahkan kelab perjudian terbesar dunia hatta di Las Vegas, USA. Sedarilah tiada satu agama di dunia ini yang menghalalkan judi untuk penganutnya. Hanya penjahat dan penyagak sahaja yang merestuinya. Bilakah akan tersedar? Mungkin sedikit masa lagi, akan kelihatan dua syarikat Malaysia dalam list tersebut, hasil lesen judi bola Piala Dunia. – Ust Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman

genting-highlands

baca artikel penuh...di sini.

Monday, May 24, 2010

Najib : You Help Me, I Help You (Video)

Biarpun ditawarkan dengan RM 5 juta, pengundi Sibu tetap membalas dengan tamparan sengit kepada Perdana Menteri Najib Razak, apabila memberikan kemenangan kepada DAP-Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil baru-baru ini.

PRK Sibu telah melabuh tirai. Tetapi kes rasuah "You help me, I help you" baru sahaja dibuka tirainya. Ucapan ini bukan sahaja berbau rasuah, malah memperlihatkan keangkuhan pemimpin ini.

Dari ucapannya, jelas Najib (gambar kanan) langsung tidak berniat untuk menjejak Sibu. "Saya langsung tak perlu datang ke sini... Ini bukan tempatnya PM harus datang." Sekiranya kandungan ini bukan bermakna "memperlekehkan", maka kita perlu menyunting kamus yang baru.

Paling menjijikan, apabila Najib menarik undi dengan satu nada yang tidak serius, selaku seorang PM. Apabila beliau menyebut, "Let's make a deal", dan "you help me, I help you", ia seolah-olah nada ketika seorang bos bercakap dengan orang bawahannya.



baca artikel penuh...di sini.

PAS Terengganu Bersedia Hadapi PRU Ke-13

http://buletinonline.net/images/stories/berita26/pru12a.jpgKUALA TERENGGANU - Setiausaha Agung PAS, Dato’ Mustafa Ali menjangka Pilihan Raya Umum (PRU) Ke -13 akan diadakan lebih awal dan meletakkan April 2011 sebagai satu tempoh masa yang paling munasabah.

Dengan jarak masa yang agak singkat itu, Buletinonline meninjau persiapan bagi kawasan-kawasan untuk menghadapi pilihanraya tersebut, dalam tempoh kurang dari setahun.

(Gambar - YDP Setiu, Ustaz Pauzi pada hari penamaan calon PRU - 12, Mac, 2008)

Yang Dipertua PAS Dungun, Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli beranggapan tarikh April 2011 yang dilontar oleh Setiausaha Agung itu, sebagai ‘signal’ untuk jentera PAS agar lebih aktif.

Menurutnya, PAS Kawasan Dungun memulakan langkah pertama sebagai ‘respon’ dari kenyataan tersebut, mengadakan pertemuan dengan seluruh jawatankuasa PAS cawangan-cawangan.

“Kita (PAS Dungun) akan mulakan dengan program pertemuan dengan jawatankuasa PAS cawangan dan jentera parti peringkat ‘akar umbi’ termasuk Majlis Tindakan Dun (MTD).

“Kita (PAS) ada masa lebih kurang setahun dari sekarang dan jentera parti Pemuda, Ulama’ dan Muslimat perlu lebih aktif lagi,” ujarnya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sura, menjelaskan keperluan rakyat serta para pengundi di setiap Dewan Undangan Negeri (Dun) wajar diambilkira dari sekarang.

Katanya, kepentingan kebajikan pengundi mesti diberi perhatian disamping melihat kekuatan dan kelemahan parti.

Yang Dipertua PAS Kemaman, Ismail Harun berkata PAS Kemaman akan menyusun gerak kerja parti ke arah yang lebih sistematik dan tersusun.

Sebelum ini, katanya gerak kerja parti telah dilakukan sepanjang masa sama ada pilihan raya tersebut cepat atau lambat.

“Kita (PAS) tidak ada masa lagi untuk ‘main-main’ (leka) dan akan kita susun gerak kerja parti dengan lebih sistematik dan tersusun.

“Kita (PAS) selalu bersedia dan bekerja sepanjang masa tidak kira pilihan raya itu cepat atau lambat yang penting matlamat untuk ‘menang’ (pilihan raya),” jelasnya ketika dihubungi.

Yang Dipertua PAS Setiu, Ustaz Mohd Pauzi Muda berkata, semangat bekerja di kalangan ahli parti semakin meningkat dengan kemenangan Pakatan Rakyat di Sibu, baru-baru ini.

Katanya, kemenangan tersebut bukan kerana DAP sahaja tetapi kerjasama padu tiga parti dalam Pakatan Rakyat.

“Kita (PAS) sentiasa bersedia ‘sokmo’ (selalu) dan kemenangan DAP-Pakatan Rakyat di Parlimen Sibu telah meningkatkan semangat jentera parti PAS, DAP dan Parti KeADILan Rakyat (PKR).

“Masa setahun dari sekarang ini memerlukan kita (PAS) dan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat bersiap sedia dengan tenaga dan kewangan,” ujarnya.

Menurutnya, tarikh April 2011 itu menuntut agar jentera parti disemua peringkat bekerja ke arah mencapai kemenangan dalam PRU Ke -13 itu nanti.

sumber : Buletinonline

Sunday, May 23, 2010

Sentuhan Perasaan Dalam Perjuangan : Rosli Dhobi Seorang Syuhada' - Presiden PAS

Friday, May 21, 2010

Himpunan Bantahan Kelulusan Lesen Judi Bola Di Pengadang Baru, Kuala Terengganu (Video)

Thursday, May 20, 2010

Sekitar Gambar Penyampaian Kek Sempena Hari Guru 2010


Penyampaian kek tersebut telah disempurnakan oleh Bendahari DUN Sura, Haji Abdullah Ibrahim, Ketua Penerangan DUN Sura, Encik Mohd Yusof Ismail, Ketua Keselamatan DUN Sura, Encik Ridzuan Mohamad Noor, Ketua Pengangkutan DUN Sura, Haji Hassan Abdul Aziz dan isteri ADUN Sura sendiri, Puan Hajjah Siti Zaliha Mohd.

16 Mei Ahad...
Di Pejabat Pelajaran Daerah Dungun dan sekolah-sekolah menengah termasuk Pusat Harian Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Bandar Dungun
...







Di sekolah-sekolah kebangsaan termasuk Sekolah Rendah (J) Kebangsaan Cina Kwang Hwa dan Sekolah Rendah Agama Bersepadu Zainal Abidin...






Di tadika...




Di TBK Kemas dan Perpaduan...












17 Mei Isnin...
Di semua PASTI Qaryah Kuala Dungun termasuk TBK Kemas Batu 48...







PENDIDIK PENCETUS TRANSFORMASI MODAL INSAN
GURU PEMBINA NEGARA BANGSA...TERIMA KASIH CIKGU

Beri Wang Hanya Jika Menang : Pengundi Rasa Dirinya Terhina - Tian Chua

Ketua Biro Strategi PKR, Tian Chua menuding jari kepada Najib Razak, yang mengubah "pendekatan tradisional" Barisan Nasional, dengan mengenakan syarat apabila menabur gula pilihan raya, sehingga pengundi rasa dirinya terhina, dan akhirnya menjurus kepada kekalahan BN dalam PRK Sibu.

Ketika mengulas keputusan beberapa PRK yang lalu, dari Bagan Pinang, Hulu Selangor sehinggalah Sibu, Tian Chua (gambar kiri) menganggap tema dan mesej kempen BN cukup jelas dan konsisten, iaitu penekanan kepada gagasan "1 Malaysia " dan "pembangunan".

Namun demikian, berbeza dengan pendekatan BN sebelum ini, iaitu menabur peruntukan dana tidak kira menang atau kalau, pendekatan Najib yang mengenakan syarat "beri (peruntukan) hanya jika menang", mencungkil rasa jijik di kalangan pengundi. "Ia menyentuh soal maruah, pengundi merasakan diri mereka terhina (insulted)," kata Tian Chua.

Perdana Menteri merangkap Pengerusi BN, Najib Razak menjanjikan peruntukan RM 3 juta kepada SRJK (C) Rasa ketika berkempen dalam PRK Hulu Selangor, kemudian membuat janji yang sama dengan penduduk Rejang Park semasa PRK Sibu, dengan menambah peruntukan kepada RM5 juta. Janji ini jelas tidak membawa "pulangan yang setimpal" kepada BN apabila pengundi Rasa memberi 82% sokongan kepada PKR-PR dalam PRK Hulu Selangor, dan pengundi Rejang Park pula menambah sokongannya kepada DAP-PR dalam PRK Sibu.

Berdepan secara langsung dengan khalayak yang berbilang kaum

Demikianlah analisa Tian Chua dalam satu forum yang membincangkan PRK Sibu, anjuran MerdekaReview bersama Jawatankuasa Sosial-Ekonomi Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor, semalam. Selain Tian Chua, barisan ahli panel termasuklah ADUN Teratai-DAP Jenice Lee, Penyelaras Sibu Election Watch (SEW) Ong Boon Keong dan wartawan MerdekaReview, Wong Shu Qi.

Kemenangan DAP di Sibu bagaimanapun dilihat sebagai kemenangan bersama parti komponen PR oleh Tian Chua, menjelaskan bagaimana PKR dan PAS membentuk satu pakatan yang berbilang kaum dengan DAP untuk menentang SUPP-BN. Tian Chua melihat "kepelbagaian" sebagai kekuatan PR, yang boleh diuji secara terbuka. Barisan pimpinannya yang terdiri daripada pelbagai kaum, perlu berdepan dengan khalayak yang juga daripada pelbagai kaum.

"Maka, Nizar (pemimpin PAS) perlu berdepan dengan pengundi kristian yang mempertikaikan PAS," jelas Tian Chua, sebaliknya BN walaupun memperlihatkan kepelbagaian lantaran tekanan yang dihadapinya sejak kemunculan PR, tetapi ia berbentuk "kepelbagaian secara berasingan". Tian Chua berkata, BN masih beroperasi dalam model di mana pemimpinnya hanya berdepan dengan kelompok yang khusus secara berasingan, tetapi bukan berdepan secara langsung khalayak yang majmuk.

Bagaimana golongan bawahan dimanfaatkan secara langsung?

Dalam keadaan sedemikian, Tian Chua yakin bahawa PR akan terus mendominasi wacana politik tempatan, sehingga PRU yang akan datang. Persoalannya, sejauh manakah PR berjaya mengolah persetujuan golongan bawahan bahawa politik baru yang didukung PR boleh memanfaatkan mereka secara langsung?

baca artikel penuh...di sini.

Tuesday, May 18, 2010

Sibu - Politik Baru Terus Diperkasa

Bagi saya samada pimpinan Umno/BN terima atau tidak kekalahan ini adalah tidak penting. Samada mereka mahu menunaikan pelbagai janji yang telah pun mereka tabur kepada pengundi di Sibu adalah urusan mereka.

Bagi saya yang penting adalah hakikat ‘Politik Baru’ kian terserlah. Saya tidak hanya mengatakan ini setelah kemenangan YB Wong Ho Leng yang mewakili DAP/Pakatan di Sibu. Saya tetap menyebutkan fenomena ini setelah kekalahan tipis Pakatan di Hulu Selangor. Ia tidak bersabit samada Pakatan memang atau kalah.

Antara ciri utama Politik Baru ialah rakyat dan pengundi tidak lagi mampu digula-gulakan oleh pihak yang berkuasa. Pengundi bertindak dengan maklmat. Media baru memerdekakan mereka. Pemberian saat saat akhir meskipun berjumlah jutaan ringgit tidak akan dinilai oleh rakyat/pengundi. Mungkin mereka mengambil segala pemberian tetapi mereka tidak jamin akan memberi undi kepada si pemberi kalau pun mereka itu Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri.

Ini jelas telah disaksikan di Hulu Selangor meskipun tidak merata kepada semua kaum etnik. Kaum Cina lebih tegas dari orang Melayu atau India disegi ini. Kelompok pengundi bandar atau pinggir bandar atau lebih tepat lagi yang memilikki maklumat dan informasi, lebih tegas pendirian mereka tentang hal ini.

Mereka menolak cubaan ’merasuah’ mereka di saat-saat akhir. Mendapat 48% undi bukan satu perkara mudah apatah lagi berdepan dengan sogokan lebih RM 100 juta. RM 3 juta SRJK (C) di Rasa Hulu Selangor dan RM 5jta di Rejang Park di Sibu akan terpahat sebagai tanda aras kekebalan pengundi dalam Politik Baru.

PRK Sibu sekali lagi menunjukkan fenomena kesedaran yang sama. Peningkatan undi kepada calon Pakatan bukan sahaja disaksikan di kalangan pengundi Cina, bahkan di kalangan Melayu-Melanau, walaupun sedikit. Saya berkempen 4 hari di Sibu merentasi semua kaum etnik dan mendapati yang di rumah panjang sekalipun sudah faham siapa yang berkhidmat dan siapa yang hanya beri benda dan wang ringgit pada waktu berkempen sahaja. Umno/BN gagal membawa kembali rakyat/pengundi di negara ini kepada garis dan amalan Politik Lama tajaan mereka.

baca artikel penuh...di sini.

PAS Rancang Perluas Tapak Di Sabah Dan Sarawak

KUALA TERENGGANU, 18 Mei - PAS merancang untuk meluaskan pengaruhnya di Sabah dan Sarawak berikutan reaksi baik yang diterima parti itu sepanjang pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Sibu, kata Setiausaha Agungnya Datuk Mustafa Ali.


Beliau berkata PAS yakin masyarakat Sabah dan Sarawak semakin mengenali parti itu selepas melihat kempen yang dijalankannya semasa pilihan raya kecil Sibu yang berakhir pada Ahad lepas.

"Sehubungan itu, kita akan buka lebih banyak cawangan di sana (Sabah dan Sarawak)," katanya kepada pemberita di sini pada Selasa.

Beliau berkata kemenangan DAP pada pilihan raya kecil itu juga memberi keyakinan kepada PAS untuk mengukuhkan tapaknya di kedua-dua negeri tersebut.

Diminta mengulas mengenai kedudukan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dikatakan menjadi liabiliti dalam pakatan pembangkang berikutan ramai pemimpinnya keluar parti, Mustafa berkata masalah itu adalah perkara biasa bagi sebuah parti baru.

"PKR bukan satu liabiliti. Biasalah, ianya parti yang masih belum stabil kerana parti baru. Macam PAS juga, mungkin bila dah lama nanti dan bila wakil rakyat yang jadi duri dalam daging semuanya dah keluar, ianya akan diterima," katanya.

Beliau juga menafikan PAS kini khususnya di Kelantan dan Kedah dilanda krisis dan berkata semua yang berlaku adalah mainan media semata-mata.

Sejak kebelakangan ini desas-desus mengatakan kerajaan Kedah yang diteraju PAS semakin goyah kerana beberapa wakil rakyat PKR didakwa akan bertindak keluar parti, sementara kerajaan PAS di Kelantan pula dilanda kemelut yang menyelubungi Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

sumber : bernama.com

Sunday, May 16, 2010

Kemaskini...DAP Menangi Pilihan Raya Kecil Sibu (BERNAMA)

SIBU, 16 Mei - Calon DAP Wong Ho Leng memenangi pilihan raya kecil kerusi Parlimen Sibu dengan majoriti 398 undi. Beliau memperolehi 18,845 undi bagi mengalahkan calon Barisan Nasional Robert Lau Hui Yew yang mendapat 18,447 undi dan calon Bebas Narawi Haron yang beroleh 232 undi.

Peraih undi Pakatan Rakyat.
Dalam usaha untuk memujuk para pengundi mengundi parti
yang disokong mereka - rajahmas.blogspot.com


sumber : bernama.com

teliti ucapan sebelum hari pembuangan undi...
Dato' Seri Tuan Guru Presiden PAS

sila baca artikel terkini...
DAP Rampas Kembali Sibu, Bayangan Benci Taib

lihat keputusan penuh...

Pilihan Raya Kecil Kerusi Parlimen Sibu

Kisah Sahabat Nabi : Abdul Rahman Bin Auf

SAIDINA ABDUL RAHMAN BIN AUF

Abdul Rahman Bin Auf adalah salah seorang sahabat Rasulullah yang akrab. Beliau juga adalah salah seorang sahabat Rasulullah yang terkaya sebagaimana juga halnya dengan Saiyidina Uthman Bin Affan r.a. Menurut ahli sejarah, Abdul Rahman Bin Auf dilahirkan 10 tahun sesudah tahun gajah dan beliau hidup sebagai seorang pemuda Quraisy di kota Mekah yang ketika itu penuh dengan bermacam-macam kemaksiatan jahiliah berupa penyembahan berhala maupun kejahatan-kejahatan lainnya. Namun demikian Abdul Rahman terhindar dan bermacam-macam kejahatan yang berleluasa ketika itu. Bahkan sebelum memeluk agama Islam lagi, Abdul Rahman Bin Auf telah mempunyai anggapan bahawa minuman arak itu adalah terlarang.

Abdul Rahman Bin Auf telah memeluk Islam sebelum Rasulullah s.a.w memasuki Darul Arqam lagi. Dengan hal demikian nyatalah bahawa beliau tergolong orang-orang Islam yang permulaan dan menurut riwayat beliau adalah orang yang 8 dan orang-orang permulaan yang memeluk Islam. Adalah diriwayatkan bahawa ibu Abdul Rahman Bin Auf sesudah mengetahui Abdul Rahman Bin Auf memeluk Islam, iapun berkata kepada anaknya, "Aku akan berjemur di panas matahari yang terik di waktu siang dan di waktu malam yang sejuk aku akan bermalam di ruang lapang, hinggalah engkau mengaku akan kembali semula kepada agama nenek moyangmu. Demikian ibunya mengancam. Sungguhpun begitu Abdul Rahman Bin Auf tetap tegak memeluk ugama suci dan mencintai Rasulullah S.A.W.

Adapun nama asal Abdul Rahman sebelum beliau memeluk Islam ialah Abdul Ka'abah, tetapi kemudian setelah Islam beliau menukar namanya kepada Abdul Rahman. Sebagai seorang sahabat Rasulullah yang akrab, Abdul Rahman mempunyai satu keistimewaan yang khas iaitu berjuang untuk menegakkan ugama Allah bukan saja dengan pedangnya bahkan dengan harta dan kekayaannya. Beliaulah antara para sahabat yang banyak sekali mengorbankan kekayaannya untuk memperjuangkan kepentingan Islam. Abdul Rahman pernah membahagikan dua kekayaannya untuk dibahagikan kepada fakir miskin dan pernah pula menyerahkan seluruh kekayaannya untuk keperluan sabilillah demi menegakkan panji-panji Islam.

Ramai sahabat yang telah memimpin perjuangan Islam dan menyebarkan syiar Islam yang berjuang sebagai panglima atau sebagai pahlawan Islam yang dikenal sejarah, tetapi Abdul Rahman Bin Auf telah melakukan kepahlawanannya dengan jalan menyerahkan seluruh kekayaannya dalam menegakkan Islam.

Sebagai seorang Islam yang permulaan, Abdul Rahman Bin Auf juga telah mengalami berbagai penderitaan dan penyiksaan dari masyarakat Quraish di Mekah. Oleh kerana memandangkan keadaan kaum Muslimin yang sangat sedikit itu sementelahan pula mengalami berbagai macam ancaman maka Rasulullah s.a.w akhirnya telah memerintahkan para pengikutnya supaya melakukan hijrah ke negeri Abbysinia kerana menurut Rasul di sana ada sebuah kerajaan yang tidak berlaku zalim terhadap rakyatnya. Tidak lama kemudian maka berangkatlah rombongan pertama yang melakukan hijrah yang terdiri dan 10 orang lelaki dan 4 orang wanita dan 17 wanita serta anak-anak. Dan di antara yang melakukan hijrah yang terdiri dan 10 orang lelaki dan 4 orang wanita lalu disusul dengan rombongan kedua yang terdiri dan 83 lelaki dan 17 wanita serta anak-anak. Dan di antara yang melakukan hijrah tersebut termasuklah Abdul Rahman Bin Auf.

baca artikel penuh...di sini.

Saturday, May 15, 2010

Dr Asri : Pelacuran Bakal Dilesen, Jika Alasan Lulus Judi Bola Diguna Pakai

Bekas Mufti Perlis, Dr Asri Zainal Abidin bimbang corak kerajaan pemerintah menangani masalah judi dengan menghalalkannya melalui pemberian lesen judi, suatu hari bakal mendorong pelacuran menjadi industri yang dilesenkan.

Bercakap kepada TV Selangor, beliau mendapati trend kerajaan pemerintah kebelakangan ini dilihat lebih gemar bersikap menghalal perkara haram apabila gagal mengekang sesuatu masalah jenayah.

Katanya, amalan kerajaan Umno Barisan Nasional ini bakal membawa keruntuhan institusi keluarga dan merosakkan masyarakat dan negara dengan perlahan-lahan tetapi secara keseluruhan.

Lantaran itu, Dr Asri bimbang wabak judi ini, suatu hari kelak akan mendorong kerajaan pemerintah menghalalkan industri seks atau pelacuran.

"Kemungkinan esok akan ada pelacur berlesen atas alasan sama iaitu untuk mengelak orang melanggan pelacur tidak berlesen kerana masalah AIDS, maka kerajaan saran pergi kepada pelacur berlesen.

"Pelbagai alasan boleh dikeluarkan untuk membenarkan aktiviti yang salah ini. Yang sebenarnya di sebalik semua ini ialah hasrat kerajaan untuk mencukaikan rakyat. Masalah kerajaan pemerintah, mereka mentakrifkan kalau berlesen, ia bukan jenayah," katanya.

Dr Asri tetap menganggap judi adalah jenayah sama ada ia berlesen mahupun tidak dan menyifatkan motif kerajaan di sebalik apa jua alasan mereka meluluskan lesen judi bola, semata-mata berpaksikan wang ringgit. "Ini semua hanya alasan sahaja, saya tidak lihat apa-apa perkara yang kukuh di sebalik itu melainkan kerajaan ingin memperolehi cukai dari lesen judi ini," katanya.

sumber : tvselangor.com

Sempena Hari Guru, 16 Mei : Peranan Guru Dan Pembangunan Akhlaq Islamiah

Oleh : Ust. Abdul Ghani Shamsuddin

Muqaddimah

Dalam mencapai aspirasi pembangunan manusia adalah unsur yang paling menentukan. Pembangunan akan tidak bererti kalau manusia itu sendiri runtuh. Dalam sebuah hadith Rasulullah s.a.w. menerangkan; "Anak Adam itu ialah binaan/bangunan Allah."

guru2

Sudah pasti yang dimaksudkan. dengan perbuatan meruntuh ini bukan sekadar membunuh atau merosak hakikat jasmaniahnya sahaja, malah merangkumi usaha merosakkan pemikiran, hati nurani, akhlaq dan aqidahnya.

Manusia yang runtuh kemanusiaannya tidak dapat menjadi sendi ketenteraman dan kesajahteraan masyarakat. Ia kabur tentang hakikat dan tujuan hidupnya sendiri. Pembangunan itu menurutnya tidak lain dari usaha mencurahkan aspirasi dan khayalan cita-cita yang tidak berteraskan nilai dan norma samawi. Ia menbina gedong, institusi, rancangan-rancangan yang pada hakikatnya menghakis dan meruntuhkan nilai-nilai kemanusiaan dan ketuhanan. Pada hal nilai- nilai abadi ini lebih penting ditekankan untuk kesejahteraan jangka panjang manusia itu sendiri. Apabila nilai-nilai, kesedaran. dan komitment terhadan nilai semakin lemah dan longgar , manusia mula berhadapan dengan persoalan keruntuhan keperibadian, akhlaq dan peradabannya.

Oleh sebab itu soal membangun manusia merupakan soal asas bagi agama samawi. Para Rasul diutus untuk membanqun kemanusiaan yang semakin pudar dan larut dihanyutkan oleh badai nafsu dan godaan syaitan. Pudar lantaran mengikut pimnpinan manusia munafiq dan tidak punya pegangan. Apabila rasul-rasul yang diutus untuk mendidik manusia telah pulang ke rahmat Allah tugas ini dipikul oleh para alim ulama' Mereka mendidik umat rasul dengan ajaran-ajaran yang diwarisi oleh Tuhan Pencinta manusia yang mereka warisi dari para rasul. Demikianlah, pula terus berkembang. Perkembangan membawa kemajuan dan kesan-kesannya.

Perkembangan ledakan ilmu pengetahuan membawa berbagai perubahan dalam berbagai bidang kehidupan . Antara yang datang dengan kemajuan ialah penjajahan .

Penjajahan yang datang silih berganti menguasai negara Islam bukan sahaja menjajah kekayaan umat tetapi juga merosakan keperipadian dan meninggalkan pendekatan keilmuan yang sekular. Golongan apa yang dipanggil agamawan bukan sahaja diketepikan tetapi juga diruntuhkan imej mereka sebagai golongan ulama' atau ustaz dakwaan yang dikatakan sebagai palsu. Institusi agama dikembirikan.

Ilmu-ilmu yang tidak bertitik tolak dari agama tetapi kerap didorong menentang nilai-nilai agama. Gejala kemunduran yang lahir daripada kemiskinan dan hasil pemunggahan penjajahan terhadap kekayaan umat atau hasil tidak keadilan sosial ...

Pergertian akhlaq dalam tasawur Islam tidak difahami dan 'dihayati. Persoalan ketuhanan atau ibadah tidak ada kena mengena dengan masalah akhirat. Seseorang boleh dianggap contoh insan berakhlaq atau bermoral meski ia tidak pernah mengenal dan menyembah Tuhan atau mengindahkan nilai agama Akhlaq tidak ada kena mengena dengan keadilan sosial dan kemestian mematuhi undang-undang Allah.

Demikianlah, perubahan demi perubahan dilalui. Kini pendidikan tidak lagi merupakan golongan ustaz atau ulama. Sifat' dan pesatnya perkembangan ilmu itu sendiri tidak lagi memungkinkan demikian. Yang mungkin ialah para pendidik ilmu diserapkan dengan pendekatan Islam dalam bidang ilmu takhassus yang mereka pelajari. Dengan penyerapan ini diharapkkan unsur-unsur akhlaq akan membajai pengajaran mereka dalam berbentuk keperibadian bangsa dan warganegara.

Di samping proses Islamisasi ilmu-ilmu. yang bercorak sekular. Para pendidik tersebut perlu memperdalamkan pencapaian dan peningkatkan bentuk penghayatan mereka terhadap ajaran Islam. Dengan demikian ber berkuranglah perbedaan dalam kesan pembelajaran yang ditinggalkan oleh para guru terhadap murid-murid. Mereka perlu didampingkan dengan para ulama untuk merujuk pandangan Islam dalam hal-hal yang mereka sendiri kurang arif. Hubungan ini perlu demi mamastikan pertautan semula pemikiran Islam di kalangan umat Islam Dalam waktu yang sama para ulama harus meningkatkan daya penggarapan mereka terhadap ilmu umum demi meneguhkan kepercayaan umat terhadap kecendikiawanan mereka.

baca artikel penuh...di sini.

Related Posts with Thumbnails

YB ADUN Sura Untuk Semua

 

Arkib Laman

Blog YB ADUN Sura © 2008 | Ripped by SamarQondy | Coordinated by Team IT DUN Sura