Monday, August 29, 2011

Menjelang Aidilfitri, Ibu-Ibu Terabai Mendapat Perhatian ADUN Sura

DUNGUN 29 Ogos, Isnin - Menjelang dua hari tibanya Aidilfitri, nasib golongan kurang bernasib baik di DUN Sura terus diberi perhatian, khususnya melalui usaha gigih oleh ADUN Sura, Y.B. Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli.

Di Surau Hajjah Aishah, Jalan Kenanga, Sura Jeti, hari Sabtu 27 Ogos lebih kuang jam 9.00 pagi seramai lebih 30 orang ibu dari kalangan yang berpisah hidup dengan suami masing-masing menerima bantuan sekampit beras dan kewangan bagi meringankan beban menghadapi Aidlfitri.
Menjelang Ramadhan baru-baru ini, golongan faqir miskin turut menerima sumbangan menyambut kemuliaan Ramadhan dan sebaik sahaja tibanya 1 Ramadhan, ADUN Sura bersama warga kerja DUN Sura turun ke Pasar Besar Dungun, mengagihkan kurma dan taqwim Ramadhan yang turut disertai oleh Ustaz Haji Azman Shapawi Abd Rani dengan sumbangan air zam-zam.

Kurang dua minggu menjelang Aidilfitri, seramai lebih 200 anak-anak yatim daripada lebih seratus keluarga turut mendapat perhatian dan kecaknaan ADUN Sura melalui program tahunan anjuran Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan DUN Sura.

Monday, August 22, 2011

FOTO | Pemuda Bersamamu 7.0


oleh : Team IT & Penerangan Pemuda Dun Sura

'PRIHATIN KAMI TAK BERTEPI,MEMBANTU SEKADAR TERMAMPU'

Penghargaan tak terhingga buat dermawan dan para petugas yang komited di sepanjang program.

Juga jutaan terimakasih buat ADUN Sura,Ustaz Wan Hassan Md Ramli dan juga Ustaz Azman Syapawi yang sempat meluangkan masa walaupun padat dengan program kebajikan di sepanjang hari tersebut.

Jazakallahu Khairan Khathira..ALLAHUAKHBAR !!

Nabi s.a.w bersabda: “Tidak ada satu hari yang terbit mataharinya melainkan ada di kiri kanan matahari itu: dua Malaikat yang menyerukan seruan yang didengari oleh semua makhluk Allah selain dari manusia dan jin, katanya: “Wahai sekalian manusia! Marilah kamu semua berusaha mengerjakan amal bakti kepada Tuhan kamu, kerana sesungguhnya pendapatan-pendapatan yang sedikit serta mencukupi keperluan hidup di dunia adalah lebih baik daripada pendapatan-pendapatan yang banyak serta melalaikan bekalan akhirat; dan tidak masuk matahari melainkan ada di kiri kanannya dua Malaikat yang menyerukannya seruan yang didengarinya oleh semua makhluk Allah selain dari manusia dan jin, katanya: “Ya Tuhan kami! Berikanlah ganti yang berganda-ganda kepada orang yang mencurahkan nikmat-nikmat yang dikurniakan kepadanya pada jalan yang diredhai Allah, dan timpakanlah kerugian yang besar ke atas orang yang menahan nikmat-nikmat Allah itu daripada mengeluarkannya pada jalan yang dituntut oleh Allah.”

Abu ad-Dardaa’ r.a










Lagi gambar-gambar menarik DI SINI

Sunday, August 21, 2011

Anak-Anak Yatim DUN Sura Dicakna Menjelang Aidilfitri

DUNGUN, 21 Ogos Ahad - Selepas 20 hari menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan al-Mubarak, warga kerja DUN Sura dengan dikepalai Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatannya terus merealisasikan konsep "Membangun Negara Berkebajikan" dengan mensasarkan golongan anak-anak yatim sebagai penerima sumbangan menjelang Aidilfitri yang akan menjelang tidak kurang dua minggu sahaja lagi.

ADUN Sura, Y.B. Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli yang hadir menyampaikan sumbangan kepada sebahagian penerima, bergegas pula untuk menyampaikan sumbangan melalui program kebajikan "Pemuda Bersamamu 7.0" yang kebetulan turut diadakan pada hari yang sama, 20 Ogos Sabtu.

Sebelum ini, di ambang Ramadhan al-Mubarak golongan faqir miskin turut mendapat perhatian apabila sumbangan turut dihulurkan kepada mereka untuk sama-sama meraikan kehadiran bulan mulia ini.

Hadir sama menyampaikan sumbangan, ialah isteri ADUN SURA, Puan Hajjah Siti Zaliha Mohd, Bendahari DUN Sura, Haji Abdullah Ibrahim, Ketua Muslimat DUN Sura, Puan Hajjah Rokiah Yusof dan AJK DUN Sura, Encik Mohd Razali Haji Aman.

Pihak Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan DUN Sura merakamkan ucapan berbanyak terima kasih kepada warga prihatin yang telah menyumbangkan beras dan kewangan sehingga program amal ini berjaya diadakan.

"Sebaik sahaja selesai program tahun ini, pihak kami terus membuka peluang kepada para dermawan untuk terus menyumbang sebagai persiapan awal program di tahun akan datang", ujar Ketua Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan DUN Sura, Haji Zakariah.

Seramai 256 orang anak-anak yatim daripada 121 keluarga sekitar DUN Sura telah menerima sumbangan pada tahun ini, jumlah yang bertambah berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Majlis sumbangan telah diadakan di Surau Kubur, Kampung Molek pada pagi hari Sabtu, 20 Ogos, 2011.

Monday, August 8, 2011

Ikhwanul Muslimin Pilih Pucuk Pimpinan

MESIR : Parti politik terbesar Mesir, Ikhwanul Muslimin, mengadakan pemilihan pucuk pimpinan terbuka yang pertama kelmarin sejak penyingkiran Presiden Hosni Mubarak, dalam usaha meningkatkan kewibawaan mereka menjelang pilihan raya Parlimen akhir tahun ini. Selepas beberapa dekad sekadar bergerak di bawah tanah kerana diharamkan, pemilihan itu juga adalah sebahagian daripada usaha kumpulan berkenaan mendekati rakyat dan menolak reputasi sebagai pertubuhan rahsia dan tertutup.


Parti itu diramal menang besar dalam pilihan raya November ini berikutan kekuatan kempen politik yang dilakukan secara terancang selain program kemasyarakatan yang dilaksanakannya. Pemimpin Ikhwanul Muslimin, Mohammed Badie, memuji undian kelmarin, yang bertujuan memilih tiga anggota baru pertubuhan itu bagi menduduki lembaga eksekutif dan menyatakan ‘pilihan raya terbuka dan telus menunjukkan kepada dunia bahawa Ikhwanul Muslimin sentiasa berusaha untuk mengembalikan semula kebebasan Mesir.’

Bercakap kepada perhimpunan di Nasser City, Badie, berkata undian itu adalah antara ‘hasil’ kebangkitan rakyat Mesir. Pertubuhan berkenaan juga mengundang wartawan dan jurukamera ke pemilihan itu yang menyaksikan lebih 100 anggota pembuat dasar membuang undi dalam kotak lut sinar.

“Ini adalah petanda kumpulan ini menghormati demokrasi. Tidak ragu-ragu lagi Mesir sudah banyak berubah,” kata jurucakap Ikhwanul Muslimin, Mahmoud Ghozlan.
Anggota Ikhwanul Muslimin memilih tiga calon menyertai badan eksekutif yang mengandungi 17 ahli untuk menggantikan mereka yang menyertai kepemimpinan parti politik pertubuhan itu, Parti Kebebasan dan Keadilan yang baru dilancarkan.

Ghozlan berkata, badan pembuat dasar pertubuhan itu tidak dapat bersidang dengan sepenuhnya sejak tahun 1995 kerana bimbang penangkapan besar-besaran terhadap mereka.
Pertubuhan itu mendaftarkan Parti Kebebasan dan Keadilan Jun lalu dan berkata ia akan bertanding separuh daripada kerusi di Parlimen. Beberapa parti liberal dan berhaluan kiri Mesir bimbang Ikhwanul Muslimin mungkin menguasai Parlimen baru yang bertanggungjawab membentuk Perlembagaan baru negara yang menitikberatkan agama.

Pakar pergerakan Islam, Dia Rashwan, berkata undian terbuka itu adalah cara Ikhwanul Muslimin mengukuhkan kedudukannya dari segi undang-undang terutama apabila ia sukar untuk bergerak menerusi saluran yang sah.

Katanya, disebabkan pengharaman, status undang-undang pertubuhan berkenaan masih tidak jelas.

Ikhwanul Muslimin yang dibentuk pada 1928, diharamkan pada tahun 1954 selepas dituduh melakukan keganasan ke atas pembangkang. Ia menafikan tuduhan itu tetapi kekal diharamkan.

Di sebalik sekatan ke atas kumpulan itu, Ikhwanul Muslimin masih mampu mengemukakan calon dalam pilihan raya parlimen sebagai wakil bebas dan terbukti menjadi pasukan politik paling terancang ketika pemerintahan Mubarak selama tiga dekad.

sumber : bharian.com

Friday, August 5, 2011

PEMUDA BERSAMAMU 7.0 : Konvoi kebajikan Pemuda Dun Sura dekati fakir miskin

oleh : Ketua Lajnah Kebajikan & Kemasyarakatan Pemuda Dun Sura



PRIHATIN KAMI TAK BERTEPI,MEMBANTU SEKADAR TERMAMPU


Program Pemuda Bersamamu kini bukanlah satu perkara asing bagi warga Dun Sura,malah ianya sudah menjadi buah mulut masyarakat setempat yang bermain di bibir warga Dun Sura apabila setiap kali munculnya bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini.

Dimana kini program kebajikan anjuran Pemuda Pas Dun Sura itu sudah mencapai usianya untuk tahun yang ke tujuh.

Program kebajikan khas pada setiap Ramadan ini adalah merupakan satu usaha dan gerakerja yang konsisten daripada pemuda Pas Dun Sura di mana telah berjaya digembelingkan secara tersusun untuk direalisasikan sebagai acara tetap tahunan mereka.

Sudah tentu cabaran untuk menjayakan Pemuda Bersamamu musim ke 7 kini semakin besar dan lebih mencabar terutamanya dalam usaha mengumpul dana dan sumbangan daripada penyumbang berdasarkan kebejatan ekonomi termasuk kenaikan kos harga barang keperluan serta kos sara hidup yang semakin tinggi.

Dengan rendah diri,pasukan petugas Pemuda Bersamamu siri ke 7 daripada warga kerja Pemuda Dun Sura mengambil peluang ini untuk memohon sumbangan orang ramai dalam bentuk wang tunai ataupun beras bagi menjayakan program ini.

Rayuan sumbangan ini diharapkan mendapat perhatian daripada semua pihak yang perihatin serta dapat dipanjangkan lagi rayuan sumbangan derma ini dengan harapan agar usaha dan kerja kebajikan dapat disampaikan kepada golongan sasaran seperti fakir,miskin,anak-anak yatim dan orang kurang upaya(OKU) dapat diagih dengan jayanya.

Mengikut perancangan,Pemuda Bersamamu musim ke 7 akan mengagihkan sumbangan berbentuk sejumlah wang tunai dan sekampit beras telah dijadualkan tarikh pengagihannya pada minggu akhir bulan iaitu pada 20 Ramadan 1432H di mana aktiviti menjurus kepada cakna masyarakat,khusus kepada golongan yang layak untuk menerima sumbangan ini berpusat di Markas pemuda Dun Sura yang telah ditetapkan sebagai pusat operasi program pada tahun ini.

Seperti siri yang lalu, golongan penerima sumbangan program ini akan men
erima kunjungan dari pihak pemuda sendiri yang akan turun berkonvoi ke kediaman mereka yang diketuai oleh ADUN Sura, YB Ustaz Wan Hassan Md Ramli.

Menjayakan Pemuda Bersamamu musim ke 7 ini merupakan satu cabaran yang sudah tentu ianya memerlukan komitmen yang padu daripada seluruh warga kerja Pemuda Dun Sura di mana mereka akan melaksanakan amanah ini sebaik mungkin dengan kadar mengikut kemampuan yang ada sebagaimana slogan Pemuda bersamamu, “Perihatin kami tidak bertepi,membantu sekadar termampu”.

Sebarang sumbangan boleh disalurkan ke akaun Pemuda Bersamamu 7.0,

BIMB 13044010016883 atas nama Tengku Mohd Hisham bin Tengku Ambak
atau hubungi
Ketua Lajnah Kebajikan & Kemasyarakatan Pemuda Dun Sura,
Sdra Shaikh Salmin 013-9328211,
Ketua Pemuda Dun Sura, Sdra Hanafiah 013-9819543
Bendahari Pemuda Bersamamu 7.0, Sdra Yusof Yaakob 012-4518982.

Dan perumpamaan orang yang menginfakkan hartanya untuk mencari redha Allah dan untuk memperteguhkan jiwa mereka, seperti sebuah kebun yang terletak di dataran tinggi yang disirami oleh hujan lebat maka kebun itu menghasilkan buah-buahan dua kali lipat. Jika hujan lebat tidak menyiraminya, maka embun (pun memadai). Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan.” [Al-Baqarah:265]

Thursday, August 4, 2011

Kalimah suci dihina : Majlis Perbandaran Dungun makan gaji buta

oleh : Lajnah Penerangan Pemuda Dun Sura


JANGAN TERKEJUT !! Gambar ini dirakam pada 02 Ogos jam 1 tengahari di laluan utama projek menaiktaraf jalan Sura Gate - Kuala Dungun.Keadaan ini berlarutan sudah lima hari sebelum gambar ini dirakam tanpa pemantauan dan tindakan daripada pihak yang berwajib seperti Majlis Perbandaran Dungun (MPD) dan juga Pejabat Agama Islam Dungun.

Tidak pasti adakah semua ini terlepas pandang atau kurang prihatin dan peka kejadian yang amat memalukan ini.



Adakah pihak MPD akan segera bertindak bilamana jika signboard itu tertera gambar pimpinan Umno BN Dungun.Nescaya sudah tentu kontraktor ini akan disaman atau disenaraihitamkan akibat sikap sambil lewa ini.


Baca seterusnya dan gambar di lokasi..klik DI SINI

Wednesday, August 3, 2011

Nasib Najib Mungkin Lebih Malang Daripada Pak Lah, Kerana Beliau Mempunyai Kes Scorpene Yang Bakal Berlangsung Perbicaraannya Di Perancis!

Melihat kepada lautan manusia pada 9 Julai 2011, ramai menjangka Perdana Menteri Najib Razak tidak berani untuk membubarkan parlimen pada tahun ini. Igauan bagaimana perhimpunan BERSIH pada 10 November 2007 mencetuskan tsunami politik pada 8 Mac 2008 masih menghantui Barisan Nasional. Seandainya PRU ke-13 diadakan pada tahun ini, Najib berkemungkinan besar mengulangi nasib mantan PM, Abdullah Ahmad Badawi.

Lebih-lebih lagi, cara dan pendekatan kerajaan Najib Razak mengendalikan perhimpunan BERSIH 2.0 telah mencungkil ketidakpuasan ramai, dari Sasterawan Negara yang menjadi ikon budaya, hinggalah bekas mufti yang berpengaruh dalam bidang agama; dari mereka yang berada di atas pagar, hinggalah pewaris tokoh UMNO sendiri - Marina Mahathir.

Mengikut perhitungan biasa, kerajaan Najib dijangka memerlukan tempoh dalam setahun untuk memperbaiki keadaaan, atau sekurang-kurangnya meredakan ketidakpuasan ini. Dengan kata lain, PRU 13 paling mungkin diadakan pada tahun 2012 selepas Jun, malah tidak mustahil diheret sehingga awal tahun 2013.

Semakin lama PRU ditunda....

Namun demikian, perkiraan UMNO mungkin tidak mengikut logik biasa. Semakin lama PRU ke-13 ditunda, bermakna semakin berat bebannya. Pertama, UMNO-BN tidak mempunyai alasan untuk menundakan reformasi sistem pilihan raya. Perlu diingatkan bagaimana impak "BERSIH 1.0" memuncak apabila SPR membatalkan penggunaan dakwat kekal empat hari sebelum hari pengundian PRU 12. Kerajaan Najib sama ada kehilangan undi berikutan "ketidaksempatan" melakukan reformasi sistem pilihan raya, ataupun tumbang kerana sistem pilihan raya yang bersih, adil dan bebas.

baca artikel penuh...di sini.

Tuesday, August 2, 2011

ADUN Sura Santuni Faqir Miskin Sempena Ramadhan

DUNGUN, 2 Ogos Selasa - Lebih 60 orang faqir miskin di sekitar DUN Sura di sini menerima sumbangan berupa keperluan dapur menjelang Ramadhan baru-baru ini.

Majlis yang berlangsung di Surau Haji Abdul Jalil, Jalan Lembah itu diadakan pada 30 Julai, Sabtu dua hari sebelum ketibaan Ramadhan.

Beras, gula, gandum, minyak masak dan wang tunai telah disampaikan kepada para penerima yang telah dipilih melalui PAS Cawangan-cawangan DUN Sura.

Sumbangan telah disempurnakan oleh ADUN Sura, Y.B. Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli. Isteri beliau, Puan Hajjah Siti Zaliha Mohd turut hadir menyampaikan sumbangan.

Program tahunan Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan DUN Sura ini mendapat kerjasama daripada para dermawan yang menyumbang dalam bentuk barangan dan kewangan.

Program yang akan ditiru oleh Umno selepas ini.

oleh : Penerangan Penyelaras Pemuda Dun Sura



DUNGUN 01 Ogos 2011 - Sempena ketibaan bulan Ramadhan al-Mubarak, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura, YB Ustaz Wan Hassan Md Ramli telah turun padang mengagihkan sekotak kurma kepada para peniaga di Pasar Besar Dungun bagi meraikan kedatangan bulan yang mulia ini.

Turut mengiringi beliau adalah Ustaz Azman Syapawi, Timbalan Ketua Penerangan PAS Terengganu yang turut menghadiahkan sebotol air zam zam kepada para peniaga.Program kebajikan Majlis Tindakan Dun Sura ini dibantu sepenuhnya oleh petugas dari Penyelaras Pemuda Dun Sura yang diketuai oleh Ketua Pemuda PAS Dungun, Ustaz Sheikh Hanafi dan juga Muslimat Dun Sura yang turut disertai oleh isteri YB ADUN Sura, Hajjah Siti Zaliha Mohamad.

Walaupun dinafikan hak untuk menerima peruntukan DUN dari Kerajaan Negeri Terengganu,pihak MTD Sura tetap menjayakan program ini yang banyak dibantu oleh orang perseorangan dan derma dari pihak yang simpati atas permasalahan ini.

Sudah menjadi kebiasaan bilamana program yang dianjurkan oleh pihak MTD Sura ini akan ditiru sepenuhnya oleh pihak Umno BN yang akan turut turun padang selepas daripada ini.Berlainan dengan program yang dianjurkan oleh pihak PAS,program Umno BN ini sudah tentu menelan perbelanjaan besar puluhan ribu ringgit dan menggunakan wang rakyat yang diselewengkan bagi memastikan dikalangan mereka mendapat habuan yang sewajarnya.

Pihak Majlis Tindakan Dun Sura amat berbesar hati dan merakamkan jutaan terima kasih kepada para penyumbang yang menjayakan program Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Dun Sura ini.Turut tidak dilupakan para petugas dari kalangan pemuda dan muslimat yang mengiringi di
sepanjang program berlangsung.


Gambar-gambar sekitar Sumbangan Kurma oleh YB Dun Sura dan air zam zam oleh Ustaz Azman Syapawi..klik DI SINI
Related Posts with Thumbnails

YB ADUN Sura Untuk Semua

 

Arkib Laman

Blog YB ADUN Sura © 2008 | Ripped by SamarQondy | Coordinated by Team IT DUN Sura