Sunday, March 31, 2013

Pengarah MTD Sura Mewakili ADUN Sura Serah Sumbangan Kek Hari Polis

DUNGUN 31 Mac, Ahad - ADUN Sura merangkap YDP PAS Kawasan Dungun, Y.B. Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli seperti tahun-tahun sebelumnya mengambil peluang menghargai peranan dan tugasan anggota polis sempena Ulang Tahun Ke-206 Polis DiRaja Malaysia yang jatuh tanggal 25 Mac baru-baru ini.
Simbolik penghargaan beliau melalui sumbangan sebiji kek telah disampaikan oleh Pengarah MTD Sura, Haji Wan Hapandi Wan Nik sebelum tengahari tadi di Ibu Pejabat Polis Daerah Dungun, di sini.
Turut mengiringi Haji Wan Hapandi ialah timbalannya, Haji Mohd Amin Hamid, Ketua PAS Cawangan Alor Tembesu/Sura Gate, Haji Hassan Abdul Aziz dan Ketua PAS Cawangan Jalan Lembah, Ustaz Haji Abdull Rahim Abdull Jalil.

Sumbangan kek telah diterima oleh seorang kakitangan mewakili Ketua Polis Daerah Dungun, Supt Dahlan Bin Mohd Noor yang kebetulan mempunyai urusan di luar pejabat.

Thursday, March 28, 2013

Selamat Menyambut Ulang Tahun Hari Polis Ke-206 Daripada ADUN Sura & Pengarah MTD Sura

DUNGUN, 28 Mac Khamis - ADUN Sura, Y.B. Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli dan Pengarah MTD Sura, Haji Wan Hapandi Nik serta warga kerjanya merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada Ketua dan seluruh warga polis khususnya di daerah Dungun sempena ulang tahun ke-206 baru-baru ini.
"Terima kasih juga di atas komitmen yang berterusan dalam membanteras jenayah di daerah Dungun, semoga terus bertugas dengan penuh dedikasi dan mencipta rekod perkhidmatan yang cemerlang di masa-masa akan datang," kenyataan ringkas dipetik.

Saturday, February 9, 2013

Sekitar Agihan Limau Sempena Tahun Baru Cina 2013 Oleh ADUN Sura

DUNGUN, 10 Februari Ahad - Kehadiran Perayaan Tahun Baru Cina bagi lebih 200 peniaga kaum Tionghua sekitar bandar Sura Gate dan Kuala Dungun, di sini makin bererti apabila mereka dikunjungi oleh ADUN Sura merangkap YDP PAS Kawasan Dungun, Y.B. Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli berserta rombongan ke premis perniagaan masing-masing.

Program tahunan ADUN Sura bersempena Tahun Baru Cina ini telah disempurnakan pada 5 dan 6 Februari, Selasa dan Rabu baru-baru ini.
ADUN Sura turut disertai oleh Pengarah MTD Sura, Cikgu Haji Wan Hapandi Nik, Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional (LPN) PAS Kawasan Dungun, Puan Serena Lim Abdullah, berserta Ahli Jawatankuasanya, Haji Hassan Abd Aziz dan Abdullah Che Yahya.
Turut mengiringi ADUN Sura dan Pengarah MTD Sura adalah isteri masing-masing, Puan Hajjah Siti Zaliha Mohd dan Puan Hajjah Roslina Harun.

Sementara itu, menurut Haji Hassan Abd Aziz, satu majlis makan malam sempena Tahun Baru Cina akan diadakan sebelum akhir Februari ini di bandar Sura Gate. 

Majlis ini akan diisi di antaranya sumbangan kepada warga emas dan ucapan oleh para pimpinan PAS dan Pakatan Rakyat.

Friday, February 1, 2013

Hampir 100 Orang Pelajar Cemerlang UPSR 2012 Terima Penghargaan Daripada ADUN Sura

DUNGUN 1 Februari, Jumaat - ADUN Sura merangkap YDP PAS Kawasan Dungun,  Y.B. Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli, meneruskan rutin sumbangan penghargaan kepada para pelajar cemerlang UPSR 2012 di sekitar kawasan yang diwakilinya.
Jadual sumbangan yang bermula pertengahan dan berakhir penghujung Januari itu, dilakukan mengikut qaedah seperti tahun-tahun sebelumnya - dari rumah ke rumah ibubapa atau penjaga pelajar cemerlang berkenaan.

Para penerima bukan terdiri dari satu bangsa sahaja, bahkan turut tersenarai sebagai pelajar cemerlang adalah dari bangsa Tionghua.
Sebahagian sumbangan diterima oleh ibubapa atau penjaga, memandangkan para pelajar terlibat dengan aktiviti petang atau berada di sekolah menengah di luar DUN Sura.

Semua cawangan dalam DUN Sura mempunyai senarai pelajar cemerlang UPSR 2012 baru-baru ini.

Selain ADUN Sura, sumbangan turut disampaikan oleh wakilnya yang terdiri daripada di antaranya Pengarah MTD Sura, Cikgu Haji Wan Hapandi Nik dan timbalannya, Cikgu Haji Mohd Amin Hamid.

Hampir 100 orang pelajar cemerlang dari sekolah rendah sekitar DUN Sura menerima penghargaan daripada ADUN Sura dan wakilnya.

Saturday, January 12, 2013

Deklarasi HKR #KL112



1) Menuntut pilihan raya yang bersih dan adil.

2) Menuntut reputasi dan wibawa Felda di selamatkan.

3) Menuntut supaya Sabah dan Sarawak diberikan layanan adil dan setara dengan Semenanjung.

4) Menuntut 20 peratus royalti minyak dikembalikan kepada negeri pengeluar petroleum.

5) Mengiktiraf dan meningkat profesionalisme kakitangan awam.

6) Menuntut alam sekitar yang bersih dan sihat.

7) Menuntut agar Bahasa Kebangsaan dimartabatkan dan Bahasa Inggeris dipertingkatkan.

8) Menuntut pembebasan tahanan politik.

9) Menuntut agar kampung2 tradisi dan tempat-tempat warisan dipelihara, dilindungi dan dipertahankan.

10) Menuntut kehidupan yang lebih baik untuk wanita sebagaimana termaktub di dalam Agenda Wanita Malaysia.

Thursday, January 10, 2013

#KL112 - Himpunan Kebangkitan Rakyat

Wednesday, January 2, 2013

Lebih 300 Anak Yatim & Miskin Terima Pakaian Sekolah Sesi 2013

DUNGUN, 2 Januari Rabu - ADUN Sura, Y.B. Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli terus mengambil berat nasib rakyat di kawasan yang diwakilinya. 

Menjelang seminggu sebelum sesi baru persekolahan bermula, baru-baru ini, beliau telah menyantuni seramai 327 orang pelajar yatim dan miskin dengan sumbangan pakaian sekolah.
Sumbangan yang telah diadakan beberapa tahun sebelumnya ini, turut memperuntukkan sumbangan kepada ibubapa dan penjaga kepada pelajar berkenaan.
Seramai 252 keluarga turut menerima sumbangan keperluan dapur dalam bentuk beras, minyak masak, gula, susu, gandum dan biskut.

Sumbangan tersebut yang diadakan di Bangunan DUN Sura, Kampung Molek di sini, melibatkan kos lebih RM 20 ribu.

Pengarah MTD Sura, Haji Wan Hapandi Wan Nik turut hadir menyampaikan sumbangan di majlis berkenaan.
Related Posts with Thumbnails

YB ADUN Sura Untuk Semua

 

Arkib Laman

Blog YB ADUN Sura © 2008 | Ripped by SamarQondy | Coordinated by Team IT DUN Sura