Showing posts with label Kejayaan. Show all posts
Showing posts with label Kejayaan. Show all posts

Monday, February 3, 2014

ADUN Sura Menyelusuri Kampung, Ke Rumah Pelajar Cemerlang PMR

DUNGUN, 03 Februari 2014 - Para pelajar cemerlang PMR 2013 mula menerima penghargaan daripada ADUN Sura, Y.B. Haji Wan Hapandi Wan Nik yang berkunjung ke rumah keluarga pelajar terbabit, petang semalam.

Bermula di cawangan Bukit Chatak 1, seramai sembilan orang pelajar dikenalpasti telah memperolehi keputusan cemerlang dalam peperiksaan PMR tahun lalu.
Adik Muhammad Ashrul Ashri bin Jalani
Adik Zawin Izatul Najah binti Mohd Nazri
Di antara mereka ialah dari Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kuala Abang, iaitu adik Nur Afiqah Husna binti Hassim (9A), adik Muhammad Ashrul Ashri bin Jalani (8A) dan adik Zawin Izatul Najah binti Mohd Nazri (7A).
Adik Hazman Hakim bin Hassan
Adik Nur Fatin Solehah binti Fauzi
Dari Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Dungun pula ialah adik Hazman Hakim bin Hassan (7A), adik Mohd Izzad Amirruddin bin Mohd Rashid (7A) dan adik Nur Fatin Solehah binti Fauzi (7A).

Sementara adik Nur Hanina binti Rusli (8A) pula adalah pelajar cemerlang PMR 2013 dari Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Omar yang dikenalpasti oleh cawangan berkenaan.

Dengan menunggang kapcai, ADUN Sura menyelusuri kampung diiringi oleh pimpinan PAS Cawangan mengambil kesempatan mengucapkan tahniah dan menyampaikan saguhati sebagai tanda penghargaan kepada para pelajar berkenaan.

Tuesday, December 13, 2011

Tehran Yakin Miliki Senjata Baru Canggih Tak Lama Lagi

TEHRAN : Iran akan meniru sistem kejuruteraan pesawat kawalan jauh Amerika Syarikat atau ‘drone’ yang dimilikinya dan kini dalam ‘peringkat akhir’ mendapatkan rahsia perisikan senjata canggih itu bertujuan menghasilkannya dengan lebih banyak pada masa depan.
 
PESAWAT kawalan jauh Amerika dilihat di satu lokasi tidak diketahui di Iran berlatar belakang mesej ‘Jatuhkan Amerika, Israel, Britain.’
PESAWAT kawalan jauh Amerika dilihat di satu lokasi tidak diketahui 
di Iran berlatar belakang mesej ‘Jatuhkan Amerika, Israel, Britain.’
Ketua Jawatankuasa Keselamatan Kebangsaan Iran di Parlimen, Parviz Sorouri, memberitahu semalam: “Tindakan kami berikutnya adalah untuk meniru sistem kejuruteraan pesawat itu,” kata Parviz yang dilaporkan laman web televisyen tempatan Iran. 

“Pada masa akan datang, kami akan berupaya mengeluarkannya secara besar-besaran. Jurutera Iran tidak lama lagi akan membangunkan sebuah pesawat canggih sama seperti pesawat Amerika,” katanya lagi.

Iran berkata, ia memiliki pesawat canggih Amerika berbentuk kelawar yang melakukan misi pengintipan diberi nama RQ-170 Sentinel pada 4 Disember lalu ketika ia berada di ruang udaranya.

Iran menyatakan, sebuah unit perang siber Pengawal Revolusi menggodam kawalan penerbangan pesawat pengintip itu.

Pihak berkuasa Amerika yang dilaporkan berkata pesawat hendap itu melakukan misi CIA di atas ruang udara Iran, tetap tidak percaya bahawa Iran memiliki teknologi untuk membangunkannya.

Mereka berkata, kemungkinan pesawat itu mengalami kegagalan teknikal. Mereka juga menyatakan keraguan berhubung keupayaan Iran meniru pesawat terbabit, sekurang-kurangnya tanpa bantuan Russia atau China.

Namun, Sorouri bertegas dengan menekankan: “Kami berada dalam peringkat akhir memecahkan kod pesawat intip terbabit.”

Beliau juga meramalkan, ‘Iran akan memperoleh perisikan berharga menerusi usaha mentafsir maklumat perisikan dan pengintipan sulit sebaik saja kod rahsianya dipecahkan’.

Sorouri juga berkata: “Kami tidak memerlukan kerjasama Russia atau China untuk meniru pesawat itu. Mereka sudah pasti tidak akan terbabit.

“Keupayaan pertahanan hebat dengan memiliki pesawat seperti itu adalah untuk kegunaan kami saja dan kami tidak bersedia berkongsi dengan pihak lain.

“Kami akan menggunakan keupayaan ini sebagai satu pencegahan (terhadap serangan musuh). Saya ragu-ragu kerajaan Iran akan berkongsi teknologi dengan negara lain.” - AFP

sumber : beritaharian.com

Thursday, November 17, 2011

ADUN Sura Ucap Tahniah Kepada Pelajar Cemerlang UPSR 2011


DUNGUN, 17 November Khamis - ADUN Sura merangkap YDP PAS Kawasan Dungun mengucapkan tahniah kepada semua pelajar UPSR 2011 yang memperolehi keputusan cemerlang. Keputusan peperiksaan tersebut diumumkan hari ini, Khamis 17 November.

" Tahniah! Kepada semua pelajar yang telah berjaya dengan cemerlang, semoga kejayaan ini dapat diteruskan lagi selepas melangkah ke alam sekolah menengah nanti, yang pastinya di sebalik kejayaan para pelajar ini ialah para guru yang mengajar dengan penuh dedikasi juga didokong oleh para ibubapa dan penjaga yang sentiasa mendoakan kejayaan anak jagaan masing-masing, " ujar ADUN Sura, Y.B. Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli.
ADUN Sura, Y.B. Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli ketika menyampaikan 
sumbangan penghargaan kepada salah seorang pelajar cemerlang UPSR 2010, 
adik Anis Adilla binti Abd Fatah di hadapan kediaman ibubapanya 
di Taman Telok Lipat 1, di sini, tahun lalu.


Sementara itu, keputusan keseluruhan calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2011 merupakan yang terbaik dalam empat tahun mengikut Gred Purata Nasional (GPN), sungguhpun pencapaian calon cemerlang semua A mengalami sedikit penurunan berbanding tahun lepas.

Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Seri Abdul Ghafar Mahmud berkata seramai 46,012 daripada 485,160 calon memperoleh keputusan cemerlang semua A, namun pencapaiannya menurun daripada 10.02 peratus pada tahun lepas kepada 9.48 peratus tahun ini.

Ketika mengumumkan analisis keputusan UPSR 2011 di Kementerian Pelajaran hari ini, beliau berkata peratusan calon yang mendapat pencapaian baik iaitu minimum gred C bagi semua mata pelajaran yang diduduki meningkat daripada 54.38 peratus tahun lepas kepada 55.45 peratus tahun 2011.

Dipetik laporan Bernama Online, Abd Ghafar berkata calon yang mendapat semua mata pelajaran di bawah tahap pencapaian minimum iaitu D, E atau kedua-duanya pula berkurangan iaitu daripada 3.39 peratus kepada 2.88 peratus tahun ini.

Friday, April 1, 2011

ADUN Sura Hargai Kejayaan Pelajar STPM 2010 Di Bukit Chatak 1

DUNGUN, 2 April Sabtu - Para pelajar yang mengambil peperiksaan STPM tahun 2010 lalu, menerima ucapan tahniah dan sumbangan penghargaan daripada ADUN Sura di atas kejayaan masing-masing dalam peperiksaan yang telah mereka hadapi penghujung tahun 2010 lalu.
Di kampung Bukit Chatak 1, seramai 6 orang pelajar telah dikenalpasti oleh PAS Cawangan berkenaan sebagai penerima sumbangan penghargaan tersebut.
Mereka ialah Nurul Zaidah bt Razali, Iffah Fadiah bt Adnan dan Nurfarah Syahida bt Ab Rahim dari Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Omar, Dungun.

Tiga orang dari Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Intan Zaharah, Dungun - Mohd Shahrul Naim bin Fauzi, Muhammad Rasydan bin Razali dan Siti Nooraishah bt Mohd Din.

ADUN Sura merangkap YDP PAS Kawasan Dungun, Y.B. Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli sengaja meluangkan masa untuk menyampaikan sumbangan ke rumah setiap pelajar berkenaan semata-mata untuk bertemu dan bersua muka bersama para pelajar dan keluarga masing-masing.

Sebahagian sumbangan diterima melalui wakil pelajar - abang, ibu saudara dan bapa para pelajar berkenaan kerana kebetulan ketika kunjungan dilakukan mereka tidak berada di rumah.

Turut mengiringi ADUN Sura ialah Setiausaha PAS Cawangan Bukit Chatak 1 merangkap Ketua Penerangan MTD Sura, Encik Mohd Yusof Ismail.

Kunjungan penghargaan dilakukan pada waktu petang, 27 Mac Ahad, baru-baru ini.

Di sebelah paginya, melalui wakilnya beliau menyampaikan penghargaan sempena Ulangtahun Hari Polis ke-204.

Monday, February 14, 2011

ADUN Sura Bersama Kejayaan Pelajar Cemerlang PMR 2010 Di Kampung Alor Tembesu & Sungai Buaya

DUNGUN 14 Februari, Isnin - Seperti beberapa tahun sebelumnya, para pelajar yang memperolehi kejayaan cemerlang dalam peperiksaan awam yang mereka hadapi akan menerima kunjungan keraian oleh ADUN Sura, Y.B. Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli.

Di kampung Alor Tembesu, baru-baru ini, sebahagian daripada calon peperiksaan PMR 2010 yang mendapat keputusan cemerlang telah menerima sendiri sumbangan penghargaan daripada ADUN Sura, sebahagiannya menerima melalui ibu, bapa atau keluarga masing-masing.



Mereka ialah adik Nurul Bahirah bt Hussein (9A) dan adik Tengku Salwani bt Tengku Zarawi (9A) dari Sekolah Menengah Agama Sultan Ismail, Dungun.

Adik Hamidah bt Ab Latif (9A), adik Nur Izzati bt Abd Aziz (9A) dan adik Muhammad Faiz b Mohd Noor (8A) dari Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kuala Abang.





Adik Mohd Zulfahmi b Radzi (8A) dan adik Hafizati Izuani bt Musa (8A) dari Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Dungun, adik Nor Shahirah Aishah bt Zulkifli (8A) dan adik Muhammad Fadhli b Ahmad Sanusi (7A) dari Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Omar dan adik Wan Nur Aisyah bt Wan Mohd Solah (9A) dari Sekolah Menengah Agama Imtiaz Dungun.

Sementara itu, di Kampung Sungai Buaya, seramai 8 orang pelajar cemerlang telah diraikan oleh ADUN Sura.


Mereka ialah adik Muhammad Syafiq b Mohd Sakri (7A) daripada Sekolah Menengah Agama Sultan Ismail, adik Noor Niza bt Mohd Rizan (8A) dan adik Amirah bt Azmi (8A) daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Dungun.


Adik Nur Shazwani bt Shaary (9A) daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kuala Abang, adik Azlini bt Mat Ali (8A) daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Omar dan adik Nur Syarah Adila bt Othman (8A) daripada MRSM Kuala Berang.




Adik Zus Syakirah bt Haji Zunil Fauzi (9A) daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tok Jiring dan adik Muhammad Hisyamuddin b Salman (9A) daripada Sekolah Menengah Agama Imtiaz Dungun.

Thursday, December 30, 2010

Penghargaan Cemerlang UPSR Di Sura Utara

DUNGUN 31 Disember, Jumaat - Seramai enam orang lagi pelajar cemerlang UPSR 2010 dikunjungi ADUN Sura, Y.B. Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli, kali ini di cawangan Sura Utara sebagai meraikan kejayaan masing-masing dalam peperiksaan tersebut.



Empat orang dari Sekolah Kebangsaan Sura ialah adik Amirul Mukmin bin Muhammad Zulkarnain, adik Puteri Nur Ainul Sofwa bt Kamarul Hisham, adik Kamel Haqeem bin Saifulakmal dan adik Muhammad Asyraaf bin Riduan.

Dua orang lagi ialah adik Nuur Elly Sofia bt Abd Halim dari Sekolah Kebangsaan Sultan Omar dan adik Ng Kai Sheng (7A) dari Sekolah Kebangsaan ( C ) Kwang Hwa.


ADUN Sura merangkap YDP PAS Kawasan Dungun mengambil kesempatan mengucapkan tahniah, bertanya khabar dan berinteraksi secara langsung bersama ibu bapa pelajar berkenaan darihal penyambungan pelajaran anak-anak mereka sehingga isu-isu semasa politik tempatan dan nasional.

Monday, December 27, 2010

UPSR 2010 : Non-Muslim Turut Terima Penghargaan ADUN Sura

DUNGUN 28 Disember, Selasa - Tanpa mengira agama dan bangsa, keraian kepada para pelajar yang berjaya dalam peperiksaan UPSR baru-baru ini terus gigih dilakukan oleh ADUN Sura, Y.B. Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli.
Dalam jadual sumbangan sempena kejayaan peperiksaan UPSR ini, terkini di Kampung Bunga Raya, seramai enam orang telah dikenalpasti sebagai pelajar cemerlang.

Dua orang daripadanya ialah adik Staalemond Ong Teck Keith (6A - gambar atas, diperhatikan ibunya di Taman Himiran) dan adik Rachel Lo Xin Hee (7A) dari Sekolah Jenis Kebangsaan ( C ) Kwang Hwa.
Seorang dari Sekolah Kebangsaan Sultan Omar, iaitu adik Siti Nur Syahira bt Othman (gambar, diperhatikan bapanya Encik Othman bin Mohamed).

Sementara tiga orang daripada Sekolah Kebangsaan Sura, iaitu adik Nursyahirah bt Zulkifli, adik Syazalia bt Che Suhaimin dan adik Muhammad Syakur bin Mohd Sabri.

ADUN Sura merangkap YDP PAS Kawasan Dungun diringi Setiausaha PAS Cawangan Bunga Raya, Haji Che Razlan Omar semasa sumbangan penghargaan ini dilakukan pada petang 26 Disember, Ahad.

Thursday, December 23, 2010

PMR 2010 : Tahniah Kepada Semua Yang Berjaya

DUNGUN 24 Disember, Jumaat - ADUN Sura merangkap YDP PAS Kawasan Dungun, Y.B. Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua pelajar di daerah Dungun khususnya di dalam kawasan DUN Sura yang mencapai kejayaan cemerlang dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun ini.

Bergambar kenangan...ADUN Sura, adik Mohd Afiq Iqram bin Rohaidi
(8A PMR 2009 dari SMK Sultan Omar),
Encik Rohaidi dan Encik Baharuman

" Saya mengambil kesempatan ini,mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua pelajar yang telah berjaya di dalam PMR baru-baru ini, semoga kecemerlangan akademik yang diperolehi seimbang dengan pencapaian akhlaq yang seharusnya turut diberi perhatian, "

" Saya juga ucapkan tahniah dan syabas kepada warga pendidik yang sememangnya merupakan di antara faktor yang turut membantu kejayaan para pelajar ini, " ujar beliau yang sentiasa mengambil berat dan cakna kepada kejayaan para pelajar.

Sementara itu, seramai 30,863 daripada 439,456 calon peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun ini memperoleh semua A, peningkatan 0.65 peratus berbanding 28,188 calon tahun lepas.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abdul Ghafar Mahmud berkata Gred Purata Nasional (GPN) pada tahun ini adalah 2.74 berbanding 2.78 tahun lalu, menunjukkan peningkatan pencapaian pelajar pada tahun ini.

"Pada keseluruhannya, pencapaian calon PMR tahun 2010 dalam 16 mata pelajaran adalah yang terbaik daripada perbandingan empat tahun," katanya semasa membentangkan analisis keputusan PMR 2010 di Putrajaya hari ini.

Pada tahun ini, calon yang mendapat semua E menurun kepada 386 orang daripada 397 orang tahun lepas. Abdul Ghafar berkata bagi calon luar bandar, pencapaian mereka mencatatkan peningkatan daripada segi nilai GPN, pencapaian semua A dan pencapaian melepasi tahap minimum.

Tuesday, December 21, 2010

ADUN Sura Rai Kejayaan Pelajar UPSR Di Tanah Lot

DUNGUN 21 Disember, Selasa - Seramai tiga orang pelajar cemerlang UPSR 2010 dari Kampung Tanah Lot menerima sumbangan penghargaan daripada ADUN Sura, Y.B. Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli petang Sabtu, 18 Disember baru-baru ini.

Ketiga-tiga mereka adalah pelajar perempuan dari tiga sekolah yang berasingan. Mereka ialah adik Norshazatie bt Ramlee dari Sekolah Kebangsaan Sultan Omar, adik Nur Aishah Zafirah bt Bahari dari Sekolah Kebangsaan Bandar Dungun dan adik Nasuha bt Mohamad Khan dari Sekolah Kebangsaan Pusat Dungun.

ADUN Sura diiringi oleh Ketua PAS Cawangan Tanah Lot, Encik Mohd Razali Haji Aman dan Naib Ketuanya, Haji Mohd Amin Hamid.

Saturday, December 18, 2010

ADUN Sura Bersama Kejayaan Cemerlang Pelajar UPSR Di Alor Tembesu Dan Bukit Chatak 1

DUNGUN 18 Disember, Sabtu - Kejayaan para pelajar dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) 2010 terus menerima penghargaan daripada ADUN Sura, Y.B. Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli.



Di Kampung Alor Tembesu, seramai 13 orang pelajar cemerlang yang memperolehi keputusan 5A telah dikenalpasti oleh PAS Cawangan.

ADUN Sura diringi oleh Ahli Jawatankuasa PAS Cawangan Alor Tembesu/Sura Gate ketika penghargaan tersebut dilakukan - dari rumah ke rumah pelajar berkenaan.



Mereka ialah adik Nurul Ain Shafiqa bt Mat Yatim dan adik Nurul Faiqah bt Mohd Noor dari Sekolah Kebangsaan Pusat Dungun,

Tujuh orang dari Sekolah Kebangsaan Sultan Omar ialah adik Asiah Nabihah bt Ishak, adik Muhammad Faris Aiman bin Hisham, adik Nur Hakimah bt Mohd Sakeri, adik Puteri Wan Najihah bt Wan Abd Razak, adik Wan Mohd Adam bin Wan Ismail, adik Muhammad Syahmi bin Mohd Suhaidi dan adik Sharmeen Ashikeen bt A. Halim.

Adik Mohd Faizul Hisham bin Mohd Alizam dan adik Mohd Khairil Anuar bin Abdullah dari Sekolah Kebangsaan Pulau Serai.

Dua orang lagi ialah adik Nur Hanina bt Rusli dari Sekolah Kebangsaan Kuala Dungun dan adik Siti Umaira bt Ishak dari Sekolah Kebangsaan Batu 48, Dungun.

SEMENTARA ITU, di Cawangan Bukit Chatak 1 seramai sembilan orang pelajar cemerlang turut menerima ucapan tahniah dan penghargaan daripada ADUN Sura.


Sebahagian sumbangan diserahkan melalui bapa pelajar berkenaan. Para pelajar tersebut ialah adik Muhammad Faiz bin Kamaruddin dari Sekolah Kebangsaan Pusat Dungun dan adik Ahmad Irwanshah bin Mazait yang belajar di salah sebuah sekolah kebangsaan di Setapak, Kuala Lumpur.

Tujuh orang lagi ialah adik Aiman Wadihah bt Ruslan, adik Izyan Syazwani bt Hasbullah, adik Norsalwana bt Ibrahim, adik Nur Afiqah Husna bt Hassim, adik Siti Maryam bt Zurkifli, adik Siti Sarah Aqilah bt Harun dan adik Nina Dasima bt Mohd Ghani. Semuanya dari Sekolah Kebangsaan Sultan Omar, Dungun.



Adik Aiman Wadihah bt Ruslan menerima penghargaan melalui bapa saudaranya, Encik Jamaluddin Ismail, sementara sepupu Aiman Wadihah yang merupakan pelajar Sekolah Kebangsan Batu 48, turut menerima ucapan tahniah dan penghargaan daripada ADUN Sura.




Di kesempatan penyampaian sumbangan penghargaan kepada pelajar cemerlang UPSR ini, ADUN Sura sempat menziarahi dan bertanya khabar seorang pesakit buah pinggang, Encik Mohd Ghani bin Abd Rashid, 60, di kediaman beliau di Jalan Teratai.

Beliau adalah bapa kepada pelajar cemerlang dari Sekolah Kebangsaan Sultan Omar, adik
Nina Dasima bt Mohd Ghani.
Related Posts with Thumbnails

YB ADUN Sura Untuk Semua

 

Arkib Laman

Blog YB ADUN Sura © 2008 | Ripped by SamarQondy | Coordinated by Team IT DUN Sura