Wednesday, July 29, 2009

H1N1 - Pesanan YB ADUN Sura

DUNGUN 29 Julai Rabu - Penularan wabak H1N1 harus juga dilihat dari sudut agama, bukan dari aspek kesihatan semata-mata.

" Wabak ini diturunkan Allah SWT kepada hambanya dan ia amat berbahaya, sebagai manusia yang mengaku sentiasa mengabdikan diri kepada penciptaNya, kita mesti merenung kembali apakah kesilapan kita kepada Tuhan.


" Mungkin kita telah melakukan kesilapan besar dengan mengabaikan perintahNya, meninggalkan segala hukum yang sudah termaktub dalam kitab suci Al-Quran sehingga bala seperti ini diturunkan kepada kita, justeru, dalam situasi ini marilah kita sama-sama berdoa kepada Allah SWT supaya dihindari penyakit yang boleh membawa maut ini, " demikian kenyataan YB Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli, ADUN Sura yang dipetik dari tabloid Sinar Harian, Selasa 28 Julai.

" Jika anda mengalami tanda yang disyaki menghidap penyakit H1N1, segeralah berjumpa doktor. Dapatkan maklumat penting daripada pihak hospital dan juga agensi kerajaan berkaitan, " tambah beliau lagi selaku YDP PAS Kawasan Dungun, yang turut bercadang untuk mengadakan majlis solat hajat bagi memohon dijauhkan bala H1N1 ini selain usaha berterusan yang dilakukan oleh pihak berwajib.

maklumat terkini
SITUASI SEMASA INFLUENZA A (H1N1)
Setakat 29 Julai, 2009 - Jam 8.00 pagi

0 komen:

Related Posts with Thumbnails

YB ADUN Sura Untuk Semua

 

Arkib Laman

Blog YB ADUN Sura © 2008 | Ripped by SamarQondy | Coordinated by Team IT DUN Sura