Tuesday, May 27, 2008

Schism (The Bible Version of Fitna)


JEDDAH : Seorang penulis blog Arab Saudi berjaya menghasilkan sebuah video selama enam minit berjudul Schism dengan memetik ayat dalam kitab Injil yang menghalalkan peperangan, sebagai reaksi tindakan ahli parlimen Belanda Geert Wilder menghina Islam menerusi filem bertajuk Fitna.

Raid Al-Saeed, 33, menunjukkan di dalam filemnya, beberapa petikan kitab Injil yang menggalakkan peperangan dan membuat tambahan dengan klip rakaman memperlihatkan kumpulan ekstremis Kristian menyampaikan ceramah berunsur keganasan.

“Saya menghasilkannya dalam tempoh kurang 24 jam. Dalam ‘Schism’ saya menggunakan metodologi sama digunakan Wilders dan ia membabitkan petikan yang disalah tafsir,” katanya.

Beliau berkata langkah yang diambil untuk menghasilkan filem itu adalah bagi membuktikan bahawa adalah salah untuk mengadili dan menilai Islam dengan menonton Fitna. Petikan ini dicatatkan Raid pada penghujung filemnya.

“Memang mudah untuk memetik mana-mana bahagian dalam kitab suci dan menyalah tasfirkan petikan itu sehingga membuat ia seolah-olah kelihatan seperti sebuah kitab yang tidak mempunyai nilai kemanusiaan.”

“Inilah yang dilakukan Geert Wilders untuk mendapat sokongan bagi ideologinya yang penuh perasaan kebencian. Berikutan itu saya menghasilkan Schism sebagai satu reaksi balas,” katanya.

Raid berkata beliau tidak percayai ada kitab suci menggalakkan keganasan dan pertumpahan darah.

Beliau berkata Fitna dibuat ‘berasaskan kebencian’ dan Wilders menyalahgunakan ‘kebebasan bersuara yang dinikmatinya,” kata beliau yang menambah, filem Wilders menunjukkan perasaan perkauman dan kebencian yang dimilikinya.

Apabila Raid mengirim klipnya ke YouTube pada 1 Mac, ia dibatalkan 12 jam kemudian dengan satu pesanan daripada laman itu yang menyatakan klip berkenaan bercanggah dengan terma yang ditetapkan.

Raid menulis semula kepada You Tube dan bertanya mengapa filemnya dibatalkan sedang Fitna dibenarkan untuk terus dilayari. Beliau memuat naik filem itu sekali lagi dan menambah mesej kepada pentadbir laman meminta mereka menyaksikan Wilders sebelum membatalkan ‘Schism’.

Video beliau sudah disaksikan lebih 1,800 kali dan kembali semula ke YouTube sejak 2 Mac. Ia juga boleh disaksikan melalui Google.

Raid menegaskan matlamat beliau bukan untuk menyemarakkan kebencian sebaliknya untuk memberitahu dunia bahawa seseorang itu tidak boleh mengadili sesuatu agama atau ideologi dengan tafsiran yang menyalahi hakikat dan perkara sebenar. – Agensi

Boikot Utusan dan Mingguan Malaysia bermula hari ini ! - Pakatan Rakyat

Terkini! | KUALA LUMPUR, 27 Mei (Hrkh) - Pakatan Rakyat hari ini melancarkan kempen memboikot akhbar Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia yang didakwa menyiarkan laporan berbaur perkauman dan berat sebelah.

Kenyataan itu dibuat bersama antara Presiden Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Presiden PAS, Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi Awang yang diwakili oleh Timbalannya, Ustaz Nasharudin Mat Isa dan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang diwakili Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng di Lobi Parlimen dalam sidang media tergempar pagi tadi.

Menurut Dr Wan Azizah yang membacakan kenyataan bersama itu,selepas pilihan raya umum lalu, akhbar-akhbar arus perdana sudah mula menunjukkan keterbukaan terhadap laporan mereka sedikit.

Namun, ada juga akhbar sebaliknya membuat laporan berat sebelah dan berbaur perkauman selain laporan yang tidak tepat terhadap pemimpin Pakatan Rakyat (PAS, DAP dan KeADILan), ujar wan Azizah. <> "Yang paling teruk sekali ialah akhbar Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia, mereka masih terus memburuk-burukkan pemimpin-pemimpin dalam pakatan secara tidaka dil seolah-olah mereka masih jalankan kempen pilihan raya walaupun pilihan raya telah tamat lebih tiga bulan lalu," dakwanya.

Selain itu dakwanya, Utusan juga mengapi-apikan sentimen perkauman sempit dengan tujuan jelas menimpulkan kemarahan orang Melayu terhadap parti dan pemimpin utama Pakatan Rakyat.

"Kami sentiasa mendukung Perlembagaan Persekutuan, dan kami ingin membela nasib semua rakyat tanpa mengira kaum agama dan gender,

"Kami tidak mahu melihat kekayaan negara dibolot oleh segelintir pemimpin berkuasa dan kroni yang kaya," katanya.

"Justeru kami (Pakatan rakyat) menyeru Utusan dan Mingguan Malaysia diboikot hari ini.Pengiklan-pengiklan juga digesa berhenti dari melanggan iklan di akhbar tersebut," katanya.

Monday, May 26, 2008

Isu doktor ada 'lesen untuk membunuh' gamatkan Dewan Rakyat

KUALA LUMPUR, 26 Mei (Hrkh) - Gara-gara kesilapan Timbalan Menteri Kesihatan Dato' Dr Abdul Latif Ahmad (BN-Mersing) menyatakan bahawa kecuaian para doktor boleh ditakrifkan dan dikhuatiri menjadi sebagai 'license to kill' (lesen untuk membunuh) menyebabkan Dewan Rakyat hari ini menjadi gamat dan kecoh.

Kegawatan Dewan itu adalah disebabkan oleh bantahan daripada ahli parlimen yang terdiri daripada Pakatan Rakyat yang menyelar kenyataannya itu sekali gus menggesa supaya ia ditarik balik.

Abdul Latif berkata demikian ketika menjawab soalan lisan yang dimajukan oleh Alexander Nanta Linggi (BN-Kapit) berkaitan sebab-sebab mengapa masih ada masalah kekurangan doktor yang berkhidmat bagi semua hospital dan klinik di luar bandar di negeri Sarawak.

Situasi ini mengundang protes hampir keseluruhan ahli parlimen yang bergelar doktor termasuk yang masih menjalankankan khidmat perubatan.

Dr Hatta Ramli (PAS-Kuala Krai) yang bangun beberapa kali menyatakan kenyataannya itu jelas mencemar nama baik profesion kedoktoran yang ada dalam negera ini.

"Kecuaian tidak boleh ditakrifkan sebagai 'lesen untuk membunuh'. Ini kenyataan bahaya dan saya minta Yang Berhormat tarik balik kenyataan itu," katanya.

Protes yang sama dibuat oleh Dr Wan Azizah Ismail (KeADILan-Permatang Pauh), Dr DZulkifli Ahmad (PAS-Kuala Selangor), Dr Lo' Lo' Ghazali (PAS-Titiwangsa)

Speaker Dewan Rakyat, Yang Dipertua Tan Sri Pandikar Amin ketika menenangkan keadaan dilihat cuba membela ahli parlimen Mersing itu dan berpendapat ia bukanlah kenyataan yang bersifat prejudis atau salah sangka malah berjanji bahawa ahli parlimen terbabit tidak akan mengulangi ayat yang bersifat offensive.

"Saya mengikut pendapat Kepong supaya ia jangan diulangi lagi," katanya yang merujuk kepada teguran Dr. Tan Seng Giaw (DAP-Kepong)

Bagaimanapun perkara ini dibantah oleh Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur) dan menggesa ia ditarik bailk kerana akan mengundang kemarahan ramai para doktor yang menjalankan tugas di seluruh negara.

"Jangan lupa dengan begitu sahaja. Perkara ini mesti ditarik balik. Adakah kita mahu tunggu sehingga para dokotor seluruh negara membuat protes di Parlimen ini," katanya.

Perkara itu dibantah sama oleh Lim Guan Eng (DAP- Bagan) bahawa adalah salah menunjukkan seolah-olah para dokotor seumpama 'James Bond' yang boleh melakukan pembunuhan sesuka hati dan perkara ini juga tidak adil kepada semua dokor termasuk yang ada dalam dewan yang mulia ini.

Sementera itu Gobala Krishnan (KeADILan-Padang Serai) dengan tegas menyatakan insiden yang sama telah berlaku ke atas dirinya minggu lepas sewaktu Dewan bersidang yang mana beliau diarahkan oleh Yang Dipertua untuk menarik balik kenyataannya yang dianggap tidak berdisplin.

"Beberapa hari sudah saya diminta untuk tarik bailk dan atas dasar menghormati Parlimen, saya tarik balik.

"Hari ini berlaku kepada ahli parlimen BN, kenapa tidak diarah tarik bailik? Perlukah saya menghormati Parlimen jika keadaan macam ini," katanya yang sedikit berang.

Dalam suasana tegang itu Mersing yang ketika itu masih mempertahankan hujah dan tidak mahu menarik balik kenyataannya itu.

Kedegilannya membuatkan Dewan semakin kecoh dengan bantahan daripada ahli-ahli parlimen Pakatan Rakyat sehingga Spekaer Dewan terpaksa menenangkan keadaan.

Suasana gamat yang mengambil masa kira-kira 25 minit itu, membuatkan Speaker yang pada awalnya berbolak-balik dengan arahan beliau, akhirnya mengarahkan Mersing menarik balik perkataan itu.

"Saya tidak minta maaf tetapi saya tarik balik kenyataannya itu," kata Mersing menamatkan polemik yang dicetusnya awal tadi. - mns

Sumber : Harakah Daily

Sunday, May 18, 2008

Kenali ADUN Sura (2)


YB Ustaz Wan Hassan sememangnya dikenali sebagai seorang yang mesra dengan rakyatnya disamping mementingkan kebajikan rakyat dikawasan beliau. Seringkali kelihatan beliau memenuhi undangan dan jemputan mengajar dimana-mana surau dan masjid sehinggalah ke kawasan Marang. Beliau tidak pernah jemu dalam mencurahkan ilmu kepada masyarakat, seingat penulis beliau mengajar ilmu agama semenjak berusia muda lagi. Penulis pernah terjumpa catatan jadual mengajar beliau, ternyata amat banyak dan padat jemputan mengajar.

Disamping itu juga, YB Ustaz Wan Hassan tidak pernah menolak untuk membaca talkin sekiranya berlaku kematian dikalangan masyarakat setempat melainkan beliau mempunyai urusan yang tidak dapat dielakkan. Begitulah prihatinnya YB Ustaz walaupun semasa beliau tidak menjawat jawatan tersebut. Sikap dan keramahannya amat menyelesakan masyarakat setempat berbanding dengan UMNO yang tidak pernah lekang dengan skandal penyelewengan, rasuah, korupsi dan lain-lain lagi.

Bersambung akan datang...

Saturday, May 17, 2008

KERAJAAN BN YANG ZALIM DAN GILA. Antara Janji dan Jasa

Untuk tontonan bersama... fikir-fikirkan....

Rakyat perlu bijak menilai berita media perdana - Presiden PAS

KUALA LUMPUR, 14 Mei (Hrkh) - Media perdana dilihat cuba melaga-lagakan barisan Pakatan Rakyat bagi menimbukan rasa resah dan kekeliruan di kalangan rakyat berhubung kerjasama Pakatan Rakyat, khususnya antara PAS dengan DAP.

ImagePresiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, rakyat perlu bijak menilai segala berita atau cubaan yang dibuat media perdana bagi memburukkan kerjasama antara Pakatan Rakyat.

Beliau berkata demikian apabila diminta penjelasan tentang pendirian PAS berkenaan slogan 'Malaysian Malaysia' yang dibawa DAP.

"Saya suka berpijak di alam nyata pada hari ini, yang mana pada hari ini melalui pilihan raya umum, rakyat telah memecahkan tembok perkauman dan agama, sekali gus ia dilihat sangat menarik. Apa yang penting, bukan istilah tetapi objektif untuk mewujudkan perpaduan dan keadilan," jelas beliau dalam sesi dialog bersama media sempena Majlis Makan Malam Rakan Media PAS, di sebuah hotel di ibu kota, malam semalam.

Menurut Ustaz Hadi, PAS bersifat terbuka dalam hal ini, dan perlu memberi Imagepenekanan terhadap titik persamaan, dan bukannya titik perbezaan yang wujud di antara Pakatan Rakyat.

Jelasnya, dalam menghadapi keperitan, seperti ISA contohnya semua tahanan ISA menerima layanan dan keadaan yang sama, tanpa sebarang perbezaan yang perlu diperjuangkan bersama.

"Orang PAS yang ditahan ISA, dihantar ke Kamunting. Begitu juga Hindraf. Semua dihantar ke Kamunting, tiada bezanya. Orang DAP juga yang ditahan, dibawa ke Kamunting. Tiada bezanya dan titik persamaan itu perlu diperjuangkan bersama," tegas beliau.

Dalam pada itu, Ustaz Hadi mengakui yang menjadi masalah kepada Pakatan ImageRakyat hari ini ialah peranan media yang cuba melaga-lagakan Pakatan Rakyat.

"Saya pernah buat pepatah 'jangan kita menjadi seperti lesung dan alu, yang kenyang ayam'. Lesung dan alu tumbuk-menumbuk, sakit...yang kenyang, tetap ayam. Jadi kalau kita lawan sama-sama kita (Pakatan Rakyat), yang untung nanti lawan kita. Yang penting bukan istilah, tapi pengisiannya yang membawa kebaikan kepada semua pihak tanpa mengira kaum dan agama," tegas beliau.

Beliau turut menjelaskan bahawa tiada peruntukan berkenaan 'negara Islam' dalam Perlembagaan PAS, tetapi wujud hukum yang tertinggi iaitu al-Quran, ImageSunnah, Qias, Ijmak Ulama' mewujudkan negara yang memerintah berasaskan ajaran Islam yang ada di dalamnya keadilan.

Sementara itu, dalam respons berhubung peranan blogger, Menteri Besar Perak, Dato' Seri Ir Nizar Jamaluddin, yang turut hadir di majlis itu berkata, media perdana hari ini begitu tersepit kerana mereka cuba menyesuaikan diri dengan kehendak pemerintah, sedangkan di lima buah negeri sudah berubah pemerintahannya.

"Media perdana hari ini tersepit kerana mereka tidak berlandaskan kebenaran. Jika saudara-saudara, sebagai blogger yang jujur dan ikhlas, sudah pasti tidak tersepit dengan keadaan hari ini dalam melaporkan kebenaran," jelas beliau.

ImageDalam pada itu, Nizar turut meminta para blogger yang dahulunya lantang mengkritik kelemahan BN agar berbuat serupa terhadap kelemahan yang dilakukan Pakatan Rakyat.

"Kalau dulu saudara-saudara kritik dengan begitu hebat BN, maka sekarang untuk mengkritik Pakatan Rakyat juga perlu diteruskan, dalam menyatakan kebenaran," tegas beliau lagi, sambil menerima tepukan gemuruh daripada para blogger dan hadirin.

Majlis makan malam itu diadakan sebagai tanda penghargaan PAS kepada para media, termasuk blogger yang memainkan peranan besar dalam memberikan keputusan pilihan raya umum, 8 Mac lalu.

Majlis tersebut turut dihadiri Lajnah Penerangan PAS Pusat, Mahfuz Omar, Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub; Ketua Muslimat PAS, Nuridah Salleh; Timbalan Ketua Muslimat, Wan Hasrina Wan Hassan; ahli-ahli Parlimen PAS; Exco kerajaan negeri Selangor, Ronnie Liu; pimpinan PAS di peringkat negeri, pengendali laman web Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin dan isteri; blogger Sang Kelembai, dan beberapa blogger lain. - mns

Sumber : HarakahDaily

Wednesday, May 14, 2008

Kenali ADUN Sura (1)

YB Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli atau lebih dikenali sebagai Ustaz Wan Hassan oleh masyarakat setempat di Dungun khususnya merupakan ADUN N.27 Sura. Beliau yang bertanding diatas tiket PAS berjaya menewaskan calon Be End iaitu Rosli Harun yang mewakili Ameno dengan majoriti 1,000 undi. Pengiraan matematik yang mudah bagi senario Pilihanraya ke-12 di DUN Sura iaitu PAS (7,000 undi) berjaya menolak Be End (6,000 undi) = 1,000 undi yang memenangkan Islam dan membina sebuah Pakatan Rakyat yang berkebajikan mengikut kemampuan yang ada padanya.

Kelibat Ustaz Wan Hassan sememangnya tidak asing lagi bagi masyarakat di DUN Sura. Seringkali kelihatan YB akan meronda dan bermesra dengan rakyat dengan menaiki motorsikal. Ya! Motorsikal... kadang-kadang dengan kereta juga. Seringkali juga penulis terjumpa beliau dengan motorsikal cubnya.

Bersambung pada posting akan datang...


Blog oh blog...

Assalamualaikum...

Pertamanya, segala puji bagi tuhan yang berkuasa bagi seluruh alam ini dan diatas kehendakNya jualah kita selaku umat manusia bisa bernafas didunia yang fana' ini.

Keduanya, terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada para pengunjung blog ini yang sudi singgah meluangkan masa dan mata, tidak kurang juga yang melontarkan pandangan dan keluhan terhadap perkembangan Blog DUN Sura ini.

Penulis memohon maaf diatas kelesuan/ketidakaktifan penulis dalam meng'update' blog sejak akhir-akhir ini. Penulis sewajibnya menyelesaikan beberapa perkara lain yang harus didahulukan dalam tempoh yang terdekat ini. tidak pula bermaksud penulis akan pasif didalam meng'update' blog ini.

Di sini penulis paparkan satu lagi Klip Kuliah Ust Azhar Idrus di Surau Tuan Guru Hj Zainal Abidin, Dungun pada 15 Ogos 07.

"Berilah peringatan, sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada orang mukmin"

Wednesday, May 7, 2008

DUN Terengganu - Sidang Sebenar Bermula Hari Ini

The image “http://buletinonline.net/images/berita3/siap%20sdia.jpg” cannot be displayed, because it contains errors.
(Foto : Siap sedia!)

Sidang sebenar Mesyuarat Yang Pertama, Penggal Persidangan Yang Pertama, Dewan Undangan Negeri Terengganu (Sidang DUN) Yang Kedua Belas akan bermula hari ini (7 Mei)

Bermula jam 9.30 pagi, sebanyak tujuh kertas-kertas kerja dan laporan akan dibentangkan sebaik sahaja ucapan Yang DiPertua Dewan dan Ucapan Terima Kasih ditangguhkan.

Kertas dan laporan yang akan dibentang tersebut adalah;
1. Penyata Kewangan Lembaga Tabung Amanah Warisan 2005,The image “http://buletinonline.net/images/berita3/siap%20sdia1.jpg” cannot be displayed, because it contains errors.

2. Penyata Kewangan MBKT 2006,

3. Penyata Kewangan Yayasan Terengganu 2006,

4. Penyata Kewangan Yayasan Islam 2006,

5. Laporan dan Penyata Lembaga Muzium 2006,

6. Laporan Ketua Audit Negara berkaitan Jabatan/Agensi Kerajaan 2006 dan

7. Laporan Ketua Audit Negera berkaitan Penyata Kewangan Terngganu 2006.

Lapan orang ADUN akan menerima jawapan dari soalan-soalan bertulis yang telah mereka kemukakan. Dari jumlah lapan ADUN tersebut, lima daripadanya adalah ADUN PAS.

Sesi soal jawab soalan lisan dijangka akan mengambil masa yang panjang sehingga 8 Mei. Ia adalah kerana 11 ADUN yang telah disahkan akan membentangkan soalan-soalan mereka dan pihak kerajaan hendaklah menjawab soalan-soalan tersebut secara spontan.

PAS yang mempunyai kekuatan dua kali ganda di Dewan Undangan Negeri Terengganu sesi ini (berbanding sesi lalu) telah menyusun langkah bagi memastikan rakyat akan mendapat maklumat yang jelas, telus dan bertanggungjawab daripada pihak kerajaan.

The image “http://buletinonline.net/images/berita3/siap%20sdia2.jpg” cannot be displayed, because it contains errors. Selain meletakkan tanggungjawab setiap ADUN PAS mengikut portfolio (Exco bayangan), Ketua Whip PAS bagi penggal ini, Dato’ Usaz Harun Taib dijangka akan memainkan peranan sebagai Ketua Pembangkang yang berkesan.

Sebagai orang lama dalam Dewan Undangan Negeri Terengganu, bekas Exco Kerajaan dan bekas Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat itu memang cukup dikenali mempunyai kepetahan berhujjah. Pasti akan mengasak pihak kerajaan dan akan membuatkan barisan anggota Exco baru Mad Said perlu membuat ‘kerja rumah tambahan’.

Lebih-lebih lagi tindakan pihak kerajaan negeri yang menyiarkan perjalanan sidang DUN secara langsung melalui internet dilihat akan memberi impak secara langsung kepada rakyat negeri Terengganu.

Rakyat umumnya mahu melihat satu perubahan yang jelas dari segi mutu perbahasan dan jawapan yang diberikan dipihak kerajaan, bukan hanya menghambur jeritan dengan perkataan-perkataan yang jelek dan hodoh.

Wakil-wakil rakyat kini perlu benar-benar menjadi penghubung kepada suara dan hasrat rakyat untuk membawa rakyat kepada kehidupan yang lebih baik.

Sidang Dewan Udangan Negeri adalah wadah muhasabah yang paling baik bagi pihak kerajaan untuk menghasilkan dasar-dasar kerajaan negeri yang lebih baik, bukan dasar yang tempang, berat sebelah dan penuh prejudis

Sumber : BuletinOnline

Monday, May 5, 2008

Pengeluaran Padi Hanya Cakap-cakap Kosong – YB Wan Hassan

YB Ustaz Wan Hassan Ramli menggesa Kerajaan Negeri Terengganu untuk menyelesaikan dahulu dasar Pertanian Negeri terutamanya dasar yang berkaitan padi

sebelum terus mengeluarkan kenyataan-kenyataan tentang rancangan penanaman padi.

Beliau yang juga Pengerusi Lajnah Pertanian PAS Negeri Terengganu menyatakan rasa sukacita sekiranya kerajaan negeri dapat menghidupkan semula sawah-sawah terbiar, namun mestilah ada perancangan yang rapi dan tersusun.

Menurut beliau sehingga kini kerajaan UMNO/BN Terengganu belum membuat apa-apa ‘blueprint’ hala tuju pertanian negeri Terengganu sejak mengambil alih pemerintahan dari PAS tahun 2004.

”Sehingga kelmarin sudah banyak kenyataan yang dikeluarkan samada oleh MB atau pihak Jabatan Pertanian berkenaan padi,

”Namun ia hanya cakap-cakap kosong sahaja, kerana kerajaan negeri belum merancang apa-apa dasar.” kata Wan Hassan yang ditemui selepas mesyuarat Pra-Sidang Dewan Undangan Negeri Terengganu di Pejabat Perhubungan PAS hari ini.

”Sebagai contoh cadangan MB untuk membuka 3,200 ekar di Setiu sebenarnya tidak timbul langsung dalam Rancangan Pembangunan Negeri Terengganu (RPNT) 2004-2008 yang dikeluarkan kerajaan lalu,

”yang ada untuk padi dalam RPNT hanyalah menumpukan kepada sektor KETARA.” jelas beliau

Justeru beliau mencadangkan kerajaan Negeri menggunapakai Pelan Induk Pertanian Negeri Terengganu 2001-2010 (PIPNT) yang dikeluarkan oleh Unit Perancang Ekonomi Negeri Terengganu.

Kelmarin, Menteri Besar Terengganu menyatakan Kerajaan negeri bercadang memajukan tanah pesaka khususnya kawasan sawah terbiar di negeri ini sebagai kawasan penanaman padi secara komersial.

Dalam berita yang sama Pengarah Jabatan Pertanian Terengganu, Md.Yusof Maidin sebelum ini berkata, pihaknya mendapati 290 hektar sawah terbiar di seluruh negeri ini berpotensi untuk diusahakan semula dengan tanaman padi.
Md. Yusof menambah, apabila penanaman semula di 290 hektar sawah itu dijalankan, ia dijangka dapat memenuhi keperluan bekalan beras di negeri ini sehingga 90 peratus.

Apabila diminta mengulas kenyataan Pengarah Pertanian tersebut Wan Hassan berkata beliau akan cuba meminta penjelasan tersebut dari kerajaan Negeri dalam sidang DUN yang akan bermula esok.

Sumber : Buletinonline

Kuliah Ust. Azhar Idrus di Surau Kubur, Kg Molek.



Kuliyah Maghrib Minggu ke-3 Ustaz Azhar Idrus Di Surau Kubur - Kg Molek - Dungun pada 16 Januari 2008

Kuliah seterusnya : pada 21 mei 2008 di Surau Kubur, Kg Molek.

Kenyataan Akhbar: Royalti Petroleum Terengganu

Bismillahirrahmannirrahim. Assalamualaikum w.b.t.

MAMPAT merakamkan ribuan terima kasih kepada YAB Dato’ Ahmad Said yang telah memberi respon yang sama dengan pernyataan yang dibuat oleh Majlis Permuafakatan Rakyat yang akan mula diperjuangkan. Pernyataan yang dinaksudkan telah dikeluarkan oleh MAMPAT menerusi blogs kami iaitu di http://mampat.blogspot.com bertarikh 18 April 2008 bersamaan dengan hari Jumaat yang lalu bertajuk Royalti VS Duit Ihsan.

Untuk makluman semua, jawatankuasa tertinggi MAMPAT telah mengadakan mesyuarat khas di rumah Penaung MAMPAT iaitu di rumah Tengku Seri Paduka Raja Tengku Ibrahim Bin Tengku Ismail pada hari Khamis, 17 April 2008. Menerusi mesyuarat tersebut, satu keputusan telah dibuat dimana MAMPAT akan memperjuangkan Hak & Maruah Rakyat Negeri Terengganu.

Memandangkan isu terbesar yang dihadapi oleh Raykat Terengganu adalah bagaimana untuk mendapatkan kembali ROYALTI, MAMPAT dengan ini ingin mengistiharkan bahawa MAMPAT akan mengetuai gerakan memohon dan menuntut agar dikembalikan semuala Hak & Maruah Rakyat Negeri Terengganu iaitu ROYALTI.

MAMPAT berpendapat isu ini adalah isu Rakyat dan akan didokongi oleh semua lapisan Rakyat Terengganu. Mengikut maklumat yang kami perolehi, rakyat Sabah dan Sarawak sehingga kini masih menikmati hasil ROYALTI sebanyak 5 % dan dijangkakan, kedua-dua rakyat negeri tersebut akan mendapat tambahan sebanyak 5 % lagi dan ini menjadikan mereka akan mendapat nikmat ROYALTI sebanyak 10 %.

Yang menjadi persoalannya adalah, KENAPA dan MENGAPA Rakyat Terengganu telah dinafikan Hak kami untuk mendapat dan menikmati rahmat ROYALTI sedangkan di antara Terengganu, Sabah & Sarawak, ketiga-tiganya mempunyai perjanjian yang serupa.

MAMPAT merasakan adalah tidak keterlaluan bagi kami Rakyat Terengganu untuk menuntut agar dikembalikan ROYALTI kepada kami Rakyat Terengganu sepertimana yang dinikmati di Sabah dan Sarawak. Ini adalah kerana Terengganu merupakan negeri ke 2 termiskin di Malaysia dan Negeri Termiskin di Semenanjung Malaysia sedangkan Terengganu merupakan pengeluar minyak tertinggi Negara ( lebih dari 56 %)

MAMPAT juga akan mengadakan satu KONVENSYEN yang berkaitan dengannya yang akan membabitkan semua pihak bag menggerakkan Gagasan Rakyat untuk menuntut kembali ROYALTI . Kembalikan Hak & Maruah kami Rakyat Terengganu.

MAMPAT juga yakin, Kerajaan Negeri pimpinan Dato’ Ahmad Said akan bersama-sama dengan Gelombang Rakyat yang dipimpin oleh MAMPAT, demi menjaga kepentingan Rakyat negeri Terengganu Darul Iman.

MAMPAT mengalu-alukan mana-mana NGO lain untuk turut bersama kami untuk menggerakkan Gelombang Rakyat ini dalam isu Menuntut agar dikembalikan ROYALTI kepada Rakyat Terengganu. MAMPAT boleh dihubungi melalui talian 013-9238685 iaitu Pengerusi MAMPAT iaitu Cikgu Mohamad Fauzi Bin Hj Abu Samah.

wassalam


Mohamad Fauzi Abu Samah
Pengerusi
Related Posts with Thumbnails

YB ADUN Sura Untuk Semua

 

Arkib Laman

Blog YB ADUN Sura © 2008 | Ripped by SamarQondy | Coordinated by Team IT DUN Sura