Sunday, November 29, 2009

Sekitar Kemeriahan Majlis Qurban Di DUN Sura

DUNGUN 29 Nov AHAD - Cuaca yang baik bermula Khamis, memberi peluang kepada sebahagian besar umat Islam untuk menyempurnakan ibadah qurban sempena Aidil Adha pada tahun ini.
YB ADUN Sura, Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli
meninjau sembelihan qurban di Alor Tembesu

Sebanyak lebih 60 ekor lembu di DUN Sura telah dikorbankan sempena Aidiladha sepanjang hari raya pertama dan kedua baru-baru ini. Majlis Tindakan DUN Sura telah mengambil inisiatif menyelaras qaedah agihan daging qurban bermula sejak tahun lalu.

Di Kampung Molek

Sementara itu sebanyak 365 kampit beras yang disumbangkan melalui YB ADUN Sura, Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli turut diagihkan kepada faqir miskin di seluruh cawangan dalam DUN Sura, setiap penerima diagihkan daging qurban dan sekampit beras yang diserahkan melalui PAS Cawangan ke setiap rumah yang telah dikenalpasti. Setiap PAS Cawangan mengenalpasti seramai sekurang-kurangnya 25 hingga 30 orang faqir miskin sebagai penerima sumbangan ini.


Di Alor Tembesu

Melalui qaedah penyelarasan ini, cawangan-cawangan yang melaksanakan sembelihan qurban akan menghantar daging qurban ke pusat pengumpulan daging yang ditetapkan untuk diserahkan kepada wakil cawangan-cawangan yang tidak melaksanakan sembelihan qurban.


Di Bukit Chatak 2

Cawangan-cawangan yang tidak melaksanakan sembelihan qurban pula, akan menerima daging qurban di pusat pengumpulan daging yang ditetapkan seterusnya mengagihkan daging yang diterima kepada faqir miskin di cawangan masing-masing.

Di Padang Jambu

PAS Cawangan Bukit Chatak 1 telah dipilih sebagai pusat pengumpulan daging qurban pada hari raya pertama, bertempat di Surau Ustaz Haji Omar Shukri, sementara PAS Cawangan Alor Tembesu/Sura Gate sebagai pusat pengumpulan daging qurban pada hari raya kedua, bertempat di Surau Pak Anum, Alor Tembesu.

Di Sungai Buaya

Pada tahun lalu, PAS Cawangan Bukit Chatak 1 turut dipilih sebagai pusat pengumpulan daging qurban pada hari raya pertama, sementara PAS Cawangan Bukit Chatak 2 sebagai pusat pengumpulan daging qurban pada hari raya kedua.

Pengarah MTD Sura merangkap ADUN Sura dan YDP PAS Kawasan Dungun, Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli melahirkan kesyukuran di atas kerjasama yang diberikan oleh semua pihak dalam menjayakan perancangan yang telah disusun.

Setiausaha MTD Sura, Encik Mohamed Ibrahim Sini Mohamed turut merakamkan ucapan terima kasih kepada semua PAS Cawangan yang terlibat, " Usaha murni ini akan diteruskan lagi di tahun-tahun akan datang, kita yakin usaha yang mendapat dokongan padu daripada YB ADUN Sura ini akan berterusan jika semua pihak mengekalkan tekad dan dikurniakan kekuatan oleh Allah SWT untuk melaksanakan program kemasyarakatan ini, insyaAllah.


... warna-warni Qurban di DUN Sura :
- PADANG JAMBU
- KAMPUNG MOLEK
- SUNGAI BUAYA

... gambar-gambar menarik kemeriahan majlis qurban
di DUN Sura akan menyusul.

0 komen:

Related Posts with Thumbnails

YB ADUN Sura Untuk Semua

 

Arkib Laman

Blog YB ADUN Sura © 2008 | Ripped by SamarQondy | Coordinated by Team IT DUN Sura