Thursday, November 26, 2009

Gunakan Gerbang Maya Untuk Perjuangan


LAPTOP HP PAVILION tx1000z - Ampang

oleh USTAZ IDRIS AHMAD

Zaman sekarang ialah zaman maklumat, siapa yang banyak menguasai maklumat ia akan menang dalam peperangan moden pada masa kini. Kalau dahulu agak sukar kita hendak menerangkan dasar perjuangan Pas kepada orang luar yang jauh di beberapa benua sana. Begitu juga jika kita hendak menjawab fitnah yang dilemparkan oleh musuh kepada kita. Tetapi dengan anugerah Allah kepada manusia maka suasana ini sudah berubah. Waktu sekarang dengan beberapa saat kita sudah dapat menghubungi saudara kita. Kita dapat mengetahui perkembangan mutaakhir dunia dengan hanya memetik jari di computer sahaja tanpa mengambil masa yang panjang. Peluang ini perlu direbut oleh ahli jamaah dan penyokong Pas supaya kesempatan ini tidak berlalu begitu sahaja. Gerbang maya adalah satu saluran yang cukup berkesan untuk memberikan keuntunagan kepada perjuagan kita. Ia juga boleh meruntuhkan jamaah jika kita menyalahgunakan kemudahan ini untuk menjadi anai-anai kepada perjuangan Pas.

Kita mengharapkan supaya semua pimpinan dan penyokong Pas hendaklah sentiasa menggunakan kemudahan ini untuk mempertahankan parti dan jamaah, bukan sebaliknya mendedahkan pertelingkahan peribadi, apa yang berlaku dalam mesyuarat dan mendedahkan rahsia parti dalam blog peribadi dan sebagainya. Kita jangan menyenangkan tugas SB untuk mengetahui rahsia dalaman parti. Jangan berikan maklumat percuma tanpa mereka bersusah payah mendapatkan maklumat tersebut. Kerana ia didedahkan sendiri oleh ahli mesyuarat. Jangan jadikan rahsia parti lebih murah daripada harga untuk masuk tandas awam yang perlu dibayar. Sepatutnya masalah peribadi dan pertelingkahan peribadi jangan dimuntahkan dalam blog. Selesaikan peringkat dalaman parti. Kalau kita tidak puas hati luahkan dalam mesyuarat dan program dalaman. Jangan pula apabila pandangan kita tidak diterima maka kita dedahkan dalam blog pula sebagai tanda protes dan memuaskan nafsu kita sahaja. Mendedahkan dan memburukkan parti dalam blog sama seperti kita memburuk-burukan parti di dalam ceramah, forum, kuliah di masjid atau surau. Kerana ada yang hadir ialah mereka yang masih mencari-cari kebenaran. Mendedahkan rahsia parti sama seperti orang mendedahkan rahsia rumahtangga walaupun sudah bercerai. Lebih malang lagi kita sebagai sebuah parti Islam menggunakan perkara ini untuk ditatapi orang di seluruh dunia. Walau pun ia berhujah kerana marah kepada individu tertentu dalam parti , tetapi kalau pertelingkahan itu dibuat dalam gerbang maya, maka orang akan menganggap ini adalah masalah Pas. Ia akan memberi kesan kepada jamaah. Orang ramai tidak anggap ini adalah masalah peribadi, sebaliknya persepsi masyarakat akan menganggap ini adalah masalah Pas. Bagaimana kita hendak menarik minat orang atas pagar mendekati Pas, jika kita sendiri mendedahkan kelemahan dalam parti kepada tatapan umum. Mungkin kita boleh berbeza pandangan dalam suatu hal tetapi ia bukan suatu perkara yang kita perlu uar-uarkan dalam alam maya, akhirnya yang rugi ialah Pas. Janganlah kita pula dianggap “Perjuangan Pas terhalang oleh orang Pas sendiri”. Lebih parah lagi kalau ia adalah berita fitnah terhadap individu tertentu dalam pimpinan atau sesame ahli. Menuduh tanpa bukti seorang itu ejen umno, sedangkan perkara tersebut tidak berlaku. Maka ini adalah amat membahaya, kerana fitnah tulisan ia akan kekal sampai hari kiamat orang membaca, kerana sukar untuk hilang (dengan izin Allah). Maka jika kita tidak memohon maaf ia akan mendapat azab di akhirat kelak. Sebagai mana maksud firman Allah yang bermaksud“Fitnah lebih merbahaya daripada membunuh” Perlu diingat bidang penulisan adalah satu perjuangan jangka panjang dan memerlukan komitmen yang tinggi dan konsisten. Ia tidak berlaku semalaman. Perlu ada pembinaan prinsip seorang penulis terutama yang bertaraf pimpinan untuk mempertahankan maruah parti. Kerana penulisan yang kita lakarkan akan memberi impak yang besar dalam memberi kefahaman masyarakat.

Peranan kita di gerbang maya -Terangkan dasar perjuangan Pas -Terangkan kejayaan Pas dalam politik Malaysia -Terangkan kejayaan Pas bersama dengan Pakatan Rakyat - Jadikan mekanisme untuk perpaduan dalam jamaah bukan sebagai memecah belahkan jamaah dan parti. - Jangan mendedahkan rahsia parti - Menjawab fitnah dan salah faham terhadap Pas dan pimpinan Pas Menyalurkan maklumat yang paling berkesan dan efektif. - Mendedahkan kelemahan musuh dan kejahatan mereka kepada masyarakat. - Mendedahkan kegagalan kerajaan BN setelah memerintah negara selama 52 tahun. - Mendedahkan projek-perojek gagal dan pembaziran wang negara seperti pendedahan audit negara.

Gambar 4GB USB + Spy Recording Pen

Ingatlah! Pena adalah pedang jihad bukan senjata yang memuntahkan peluru-peluru fitnah, tohmahan dan seumpamanya.Sentiasa menimbang dengan dosa dan pahala sebelum melakukan penulisan.

0 komen:

Related Posts with Thumbnails

YB ADUN Sura Untuk Semua

 

Arkib Laman

Blog YB ADUN Sura © 2008 | Ripped by SamarQondy | Coordinated by Team IT DUN Sura