Friday, November 20, 2009

Kota Seputeh : Tangguh Kekosongan Diputus Isnin

KUALA LUMPUR, Nov 20 - Mahkamah Tinggi akan membuat keputusan Isnin ini berhubung permohonan penangguhan yang difailkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terhadap keputusannya mengisytiharkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Siputeh, Kedah sebagai kosong.

Hakim Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin menetapkan tarikh itu selepas mendengar penghujahan panjang lebar daripada Peguam Kanan Persekutuan Datuk Kamaluddin Md Said, yang mewakili SPR dan Sulaiman Abdullah, peguam bagi Speaker DUN Kedah Datuk Dr Abdul Isa Ismail.

SPR memfailkan permohonan itu pada Rabu lalu selepas Alizatul mengisytiharkan kerusi DUN itu kosong dan memutuskan bahawa Datuk Abu Hassan Sharif bukan lagi wakil rakyat kawasan berkenaan selepas gagal menghadiri persidangan DUN dua kali berturut-turut tanpa kebenaran.

Pada 1 September, Abdul Isa memfailkan semakan kehakiman selepas SPR menerima sijil cuti sakit Abu Hassan berikutan ketidakhadirannya dalam persidangan DUN serta mengisytiharkan bahawa tidak berlaku kekosongan bagi kerusi itu dan wakil rakyat BN itu masih merupakan Adun kawasan berkenaan.

Di samping permohonan penangguhan, SPR dan Abu Hassan turut memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan.

Mahkamah memutuskan kerusi itu kosong Isnin lalu, sekali gus mengarahkan SPR mengadakan pilihan raya kecil.

- MalaysianInsider

0 komen:

Related Posts with Thumbnails

YB ADUN Sura Untuk Semua

 

Arkib Laman

Blog YB ADUN Sura © 2008 | Ripped by SamarQondy | Coordinated by Team IT DUN Sura