Friday, November 6, 2009

Hujan Lebat Kelantan, Terengganu Peringkat Merah

HUJAN LEBAT DI KELANTAN DAN TERENGGANU

DITINGKATKAN KEPADA AMARAN MERAH

KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Amaran hujan sekejap-sekejap dan kadang kala lebat yang berlaku di Kelantan dan Terengganu sejak beberapa hari lepas telah ditingkatkan kepada amaran "peringkat merah" pada pukul 4 petang Jumaat.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi daerah yang terlibat di Kelantan ialah Tumpat, Pasir Mas, Tanah Merah, Jeli, Bachok, Kota Baharu, Pasir Puteh, Machang dan Kuala Krai, manakala di Terengganu adalah Besut.

Keadaan ini dijangka berterusan sehingga Ahad ini.

Amaran peringkat merah merujuk kepada ribut tropika atau taufan dengan kelajuan angin sekurang-kurangnya 60km sejam disertai hujan sederhana menjadi lebat.

Keadaan itu dijangka menyebabkan banjir di beberapa kawasan rendah di tebing-tebing sungai, kata kenyataan itu.

-- BERNAMA

> HUJAN BERTERUSAN DI UTARA, LEBIH 1,500 DIPINDAHKAN DI TERENGGANU

> AMARAN HUJAN LEBAT

> KRITERIA MENGELUARKAN AMARAN CUACA BURUK

0 komen:

Related Posts with Thumbnails

YB ADUN Sura Untuk Semua

 

Arkib Laman

Blog YB ADUN Sura © 2008 | Ripped by SamarQondy | Coordinated by Team IT DUN Sura