Saturday, September 26, 2009

Flashback : Kebajikan di Ramadhan 1430

Ramadan yang baru berlalu, pasti dirindui ..... adalah bulan pesta kebajikan yang dianjur oleh Allah kepada hamba-Nya supaya membekalkan diri mereka sekadar kemampuan. Sesungguhnya antara pesta kebajikan terbesar adalah bulan Ramadan al-Mubarak.

Sebenarnya, bagi dunia ada peniaganya,
begitu juga akhirat ada peniaganya. Peniaga dunia sentiasa menunggu peluang dan masanya supaya dapat memperolehi keuntungan, demikian juga bagi peniaga akhirat menunggu-nunggu masanya untuk mendapat untung.

Keuntungan peniaga dunia tidak sama dengan untungnya
peniaga akhirat kerana peniaga akhirat untungnya keampunan Allah dan syurga yang mengalir di bawahnya anak-anak sungai, seperti disifatkan oleh Allah dalam firman-Nya yang bermaksud: “… lelaki yang tidak dilalaikan oleh perniagaan dan tidak (pula) oleh jual beli daripada mengingati Allah, dan (daripada) mendirikan solat, dan (daripada) membayarkan zakat. Mereka takut kepada satu hari yang (di hari itu) hati dan penglihatan menjadi goncang.” (Surah al-Nur, ayat 37)

Berbekalkan semangat ini, sebahagian besar PAS Cawangan dalam DUN Sura telah mengadakan program kebajikan masing-masing sempena Ramadhan al-Mubarak dan menjelang Aidilfitri baru-baru ini.

Di Cawangan Bukit Chatak 2, seramai 25 penerima telah dibekalkan barangan keperluan harian yang dihantarkan terus ke rumah mereka oleh pihak PAS Cawangan. Sumbangan kewangan turut dihulurkan selain barangan keperluan harian.

Menurut Encik Mohammad Said, Setiausaha PAS Cawangan Bukit Chatak 2 bahawa program kebajikan ini adalah rutin tahunan cawangan sebagai usaha memasyarakatkan PAS di mata penduduk sekitar.




Sementara di Padang Jambu, PAS Cawangan telah mengenalpasti seramai 30 orang untuk diagihkan barangan keperluan dapur serta sumbangan kewangan.

Encik Baharuman Hj Abdul Hamid, Ketua PAS Cawangan mengucapkan syukur dan terima kasih di atas sumbangan para dermawan bagi menjayakan program yang telah disusun oleh pihaknya. " Pihak PAS Cawangan akan berikhtiar untuk meneruskan usaha ini di tahun akan datang dan kami mengharapkan lebih ramai dermawan yang tampil membantu bagi meringankan bebanan golongan sasaran yang telah dikenalpasti ini, " tambahnya.




Sementara itu, PAS Cawangan Tanah Lot melakukan program kebajikan secara berpusat di mana para penerima telah dijemput hadir ke Surau Kg Tanah Lot. Program yang diadakan di penghujung Ramadhan ini turut dihadiri oleh YB ADUN Sura, Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli yang turut menyampaikan sumbangan kepada para penerima.

Seramai 40 orang penerima telah dikenalpasti untuk menerima sumbangan tersebut, 30 orang daripadanya menerima sumbangan di Surau Tanah Lot, sementara 10 orang lagi menerima sumbangan yang disampaikan ke rumah masing-masing.

Ketua PAS Cawangan Tanah Lot, Encik Mohd Razali Haji Aman bersyukur di atas kejayaan program yang dirancang. Beliau turut merakamkan terima kasih kepada para dermawan yang bersedia menghulurkan sumbangan bagi meringankan bebanan penerima di saat menyambut Aidilfitri baru-baru ini.







PAS Cawangan Kg Nibong pula mengagihkan sumbangan dari rumah ke rumah kepada seramai 20 orang penerima. Selain beras, beberapa keperluan dapur yang lain turut disumbangkan bagi meringankan beban golongan faqir miskin di bawah pentadbirannya.

Di Jalan Lembah, PAS Cawangan turut menyampaikan sumbangan beras kepada 20 orang penerima. Ketua PAS Cawangan, Ustaz Haji Abdull Rahim Abdull Jalil telah menyampaikan sumbangan sambil dibantu oleh para pemuda cawangan.


PAS Cawangan Bukit Catak 1 pula menyantuni seramai 45 orang faqir miskin menjelang Aidilfitri baru-baru ini. Pengagihan yang dibuat di Surau Ustaz Omar Shukri ini melibatkan barangan seperti beras, gula, susu dan kewangan bagi setiap penerima.


Seramai 10 orang menerima sumbangan di Sura Utara berupa barangan keperluan seperti beras, gula dan kewangan. PAS Cawangan telah mengambil pendekatan mengagihkan sumbangan ke rumah penerima yang telah dikenalpasti.


PAS Cawangan Alor Tembesu/Sura Gate pula telah mengenalpasti seramai 30 orang penerima untuk diagihkan sumbangan keperluan dapur. Setiap sumbangan telah disampaikan ke setiap rumah penerima.

Ketua PAS Cawangan, Haji Hassan Abd Aziz berkata bahawa program ini akan diteruskan di masa akan datang dan beliau mengharapkan para penderma terus menyumbang bagi menjayakan program yang dirancang. Beliau turut merakamkan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan program kebajikan ini.

Sementara itu, di Kampung Molek, 30 orang penerima disumbangkan barangan keperluan seperti beras, gula, teh dan susu. Sebanyak RM3,000.00 telah dibelanjakan oleh pihak PAS Cawangan yang dibahagikan kepada 30 orang penerima.

Haji Abdullah Ibrahim, bagi pihak PAS Cawangan Kg. Molek mengucapkan terima kasih di atas kesudian para penderma dalam memastikan usaha membantu golongan faqir miskin diteruskan seperti di tahun-tahun sebelumnya.


PAS Cawangan Sungai Buaya juga telah menyenaraikan seramai 20 orang penerima untuk diagihkan sumbangan beras sempena Ramadhan. Sumbangan telah diserahkan oleh pihak PAS Cawangan ke setiap rumah yang telah dikenalpasti.

Naib Ketua PAS Cawangan, Encik Zolkiffeli Yusoff bersyukur kerana PAS Cawangan masih berjaya meneruskan program kebajikan ini secara tahunan setiap kali tiba Ramahan.

Sebahagian besar beras yang diagihkan kepada para penerima adalah sumbangan yang disampaikan melalui YB Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli oleh para dermawan yang turut sama berusaha untuk mempertahankan kemenangan N.27 Sura di pilihan raya umum ke-13 akan datang.

0 komen:

Related Posts with Thumbnails

YB ADUN Sura Untuk Semua

 

Arkib Laman

Blog YB ADUN Sura © 2008 | Ripped by SamarQondy | Coordinated by Team IT DUN Sura