Friday, January 21, 2011

Pilihan Raya Kecil Sejak Mac 2008 Hampir Atasi Rekod 1987-90

KUALA LUMPUR, 21 Jan - Sebanyak 15 pilihan raya kecil yang disaksikan sejak 8 Mac 2008 menghampiri jumlah pilihan raya kecil kecil yang berlangsung antara tahun 1987 dan 1990 tetapi masih kurang dua berbanding angka sepanjang tempoh 1995-1999.

Negara menyaksikan 16 pilihan raya kecil selepas pilihan raya umum ketujuh dan tiga bulan sebelum pilihan raya umum kelapan pada November 1990.

Malah, sebanyak 16 pilihan raya kecil diadakan antara tempoh selepas pilihan raya umum 1990 menjelang pilihan raya umum April 1995.

Pun begitu negara pernah berhadapan dengan 17 pilihan raya kecil – jumlah tertinggi sejak awal 1980-an – yang diadakan sepanjang tempoh selepas pilihan raya umum 1995 dan sebelum pilihan raya umum 1999.

Daripada 17 pilihan raya kecil itu, tiga adalah pilihan raya kecil negeri Sarawak yang lazimnya mengadakan pilihan raya negeri secara berasingan.

Kini, negara bersiap sedia untuk mengadakan pilihan raya kecil kali ke-15 iaitu kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau di Melaka ekoran kematian wakil rakyatnya semalam.

Penyandang kerusi itu meninggal dunia dua hari sebelum penamaan calon pilihan raya kecil ke-14 – kerusi DUN Tenang, Johor – berlangsung di Labis, esok.

Dua hari lalu, DUN Selangor mengisytiharkan kerusi Pelabuhan Klang pula kosong.

“Adalah jelas kerusi DUN Merlimau akan diadakan pilihan raya kecil sebab ia kosong kerana kematian penyandangnya dan SPR akan mengambil tindakan susulan selepas menerima notis daripada spekaer.

“Dalam kes Pelabuhan Klang, sehingga pagi tadi, saya belum mendapat maklumat sebab saya ada di Labis,” kata timbalan pengerusi SPR Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar ketika dihubungi.

Katanya, kekosongan kerusi DUN Merlimau perlu diisi sebab kekosongan wujud sebelum lengkapnya tempoh mandat tiga tahun Parlimen dan DUN.

“Kami tidak menduga begitu banyak pilihan raya kecil akan diadakan, tetapi kami juga tidak terkejut kerana kekosongan boleh wujud disebabkan banyak sebab, antaranya kematian, wakil rakyat letak jawatan, hilang kelayakan dan sebagainya,” kata beliau kepada The Malaysian Insider.

baca artikel penuh...di sini.

0 komen:

Related Posts with Thumbnails

YB ADUN Sura Untuk Semua

 

Arkib Laman

Blog YB ADUN Sura © 2008 | Ripped by SamarQondy | Coordinated by Team IT DUN Sura