Sunday, January 2, 2011

PRK Tenang : PAS Pilih Calon Sesuai 9 Januari

LABIS : PAS akan bermesyuarat pada 9 Januari ini bagi memilih calon parti yang dijangka membuat kejutan dan memenangi pilihan raya kecil kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang yang dijadualkan pada 30 Januari depan.

Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang, berkata mesyuarat itu meneliti calon yang bakal diturunkan di Tenang.

“Kami belum terima nama-nama calon tetapi saya dimaklumkan ada wanita yang dicalonkan (dicadangkan). Calon wanita itu dari Johor. Walaupun dikatakan kubu kuat Barisan Nasional (BN), bukan memeranjatkan kemenangan mampu dicapai PAS berdasarkan keupayaan menang dalam beberapa pilihan raya kecil di kawasan yang dikuasai Barisan Nasional (BN).

“Ini terbukti di Arau dan Kuala Terengganu. Kita (PAS) menang, tidak mustahil kita boleh menang di Tenang. Keyakinan itu berikutan beberapa faktor termasuk (PAS) berjaya menurunkan majoriti besar antara Pilihan Raya Umum 2004 dan 2008.

“Pada pilihan raya kecil kali ini, kita juga akan disertai rakan (dalam pakatan pembangkang) yang mempunyai pengalaman dalam beberapa pilihan raya kecil sebelum ini.

Malah, kita turut melakukan kajian ‘post mortem’ setiap kali kita menang mahupun kalah,” katanya.
“Itulah yang menjadi kekuatan kita,” katanya pada sidang media di Bilik Gerakan PAS Labis, di sini, lewat petang semalam.

Hadir sama, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub.
Sementara itu, Hadi berkata, PAS akan mengadakan mesyuarat pada 9 Januari depan bagi meneliti calon yang bakal diletakkan di Tenang.

“Kami belum terima nama-nama calon tetapi saya dimaklumkan ada wanita yang dicalonkan. Calon wanita itu dari Johor,” katanya.

Sementara itu, Salahuddin Ayub ketika melancarkan Jentera Pemuda Pakatan Rakyat, berkata PAS berjanji akan membuat kejutan pada pilihan raya kecil Tenang.

“Kita sedar Johor adalah kubu kuat BN tetapi itu tidak bermakna kita tidak boleh buat kejutan. Tunggu saja strategi serta program yang kita akan laksanakan nanti,” katanya.

sumber : bharian.com

0 komen:

Related Posts with Thumbnails

YB ADUN Sura Untuk Semua

 

Arkib Laman

Blog YB ADUN Sura © 2008 | Ripped by SamarQondy | Coordinated by Team IT DUN Sura