Saturday, December 11, 2010

PRU-13 : DUN Sura Ikrar Pertahankan Kemenangan PAS

DUNGUN 12 Disember, Ahad (kemaskini gambar) - Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya DUN Sura telah disempurnakan oleh Y.B. Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Presiden PAS, 8 Disember Rabu baru-baru ini.

Mengiringi DS Tuan Guru di majlis berkenaan ialah Ustaz Ariffin Deraman, Pengarah Jabatan Pilihan Raya Negeri (JPN) Terengganu dan Y.B. Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli, YDP PAS Kawasan Dungun merangkap Pengarah MTD Sura.



Ketibaan rombongan DS Tuan Guru pada sebelah petang disambut dan diiringi oleh konvoi bermotorsikal berkuasa tinggi dan pacuan empat roda dari Pakatan Rakyat Dungun Adventure Team (PADAT).



Sebaik selesai solat maghrib berjamaah, satu taklimat Bilik Gerakan telah disampaikan oleh Setiausaha MTD Sura, Encik Mohamed Ibrahim Sini Mohamed kepada DS Tuan Guru dan Ustaz Ariffin Deraman.






Majlis pelancaran yang diadakan di Surau Kubur, Kampung Molek itu, bermula sebaik selesai solat isya' berjamaah, dimulai dengan ucapan aluan oleh YDP PAS Kawasan Dungun merangkap Pengarah MTD Sura, Y.B. Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli, diikuti ucapan oleh Pengarah JPN Terengganu, Ustaz Ariffin Deraman dan ucapan pelancaran oleh DS Tuan Guru Presiden.




Sebaik selesai ucapan pimpinan, DS Tuan Guru telah menyempurnakan gimik pelancaran diikuti penyerahan bendera dan modul latihan gerak kerja pilihan raya kepada semua wakil PAS Cawangan-cawangan, Pemuda dan Muslimat DUN Sura.





Pelancaran Tabung Pilihan Raya DUN Sura turut diadakan sempena majlis tersebut. Penyerahan sumbangan melibatkan para dermawan dan korporat serta semua PAS Cawangan-cawangan dalam DUN Sura.

Lebih daripada RM40 ribu termasuk derma kilat berjaya dipungut sempena pelancaran ini. Semua sumbangan telah diserahkan sendiri oleh para penyumbang dan wakil masing-masing kepada DS Tuan Guru Presiden.


Selepas penyerahan sumbangan untuk Tabung Pilihan Raya DUN Sura, Penolong Pengarah 1 MTD Sura, Ustaz Haji Wan Mohd Sufiyan Ismail telah megetuai pembacaan ikrar bagi mempertahankan kemenangan PAS dalam pilihan raya umum ke-13 akan datang.


Majlis yang berakhir dengan bacaan doa penutup oleh DS Tuan Guru itu, turut mencapai sasaran kehadiran minima yang telah ditetapkan oleh pihak Jabatan Pilihan Raya Negeri Terengganu.

0 komen:

Related Posts with Thumbnails

YB ADUN Sura Untuk Semua

 

Arkib Laman

Blog YB ADUN Sura © 2008 | Ripped by SamarQondy | Coordinated by Team IT DUN Sura