Tuesday, December 21, 2010

Konvensyen Pakatan Rakyat Kali Ke-2 : UMNO Gagal Sekali Lagi...

Sepanjang seminggu lalu, rancangan Pakatan Rakyat untuk tidak membincangkan isu negara Islam dalam konvensyen kedua di Kepala Batas, Pulau Pinang dimanipulasi oleh Umno sebagai satu bukti kelemahan PAS dalam Pakatan.

Menurut kenyataan pemimpin-pemimpin Umno dan blog-blog penyokong parti itu, PAS telah mengkhianati perjuangan Islam apabila membiarkan agenda penting parti itu tidak menjadi sebahagian agenda konvensyen Pakatan.

Hal ini jelas satu penyelewengan fakta oleh Umno yang tidak memahami persepakatan dalam Pakatan.

Hakikat bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dilapor menyebut perkara itu menambah lagi keseronokan Umno untuk memainkan isu itu.

Anwar dikemukakan oleh Umno sebagai memperkudakan parti-parti Pakatan dan kenyataan itu ditafsir terus oleh Umno sebagai penolakan agenda negara Islam oleh Anwar.

Penerimaan agenda negara Islam, satu asas perjuangan PAS sebagai gerakan Islam bukan isu dalam konvensyen Ahad lalu.

Pakatan telah memilih untuk tidak membincangkan perkara-perkara asas perjuangan parti komponen dalam konvensyen.

Ini bermakna agenda negara Islam PAS tidak menjadi halangan kepada perjuangan Pakatan, dan tidak menghalang kesepakatan dicapai sehingga berjaya mengadakan konvensyen untuk kali kedua.

Konvensyen kedua telah memutuskan untuk membincangkan agenda-agenda bersama, seperti yang dipersetujui pada konvensyen pertama di Shah Alam, Selangor tahun lepas.

Selepas lebih dua tahun wujud sebagai sebuah gabungan parti yang beraspirasi menggantikan kerajaan Barisan Nasional, Pakatan telah semakin matang menangani soal ideologi.

Parti-parti Pakatan tidak memaksa rakan-rakan lain menerima ideologi parti lain dalam gabungan, dan menyedari perbezaan-perbezaan setiap parti.

Sebagai rakan dalam sebuah pakatan, parti-parti anggota menyedari keperluan menghormati satu sama lain, menyedari wujud perbezaan mendasar antara setiap parti dengan parti yang lain.

Pemerhatian Harakahdaily terhadap konvensyen hujung minggu lalu menolak apa yang dikempen oleh Umno itu.

Pakatan telah mempersetujui agenda-agenda bersama, yang telah ditandatangani sebelum konvensyen Ahad, 19 Disember lalu.

baca artikel penuh...di sini.

0 komen:

Related Posts with Thumbnails

YB ADUN Sura Untuk Semua

 

Arkib Laman

Blog YB ADUN Sura © 2008 | Ripped by SamarQondy | Coordinated by Team IT DUN Sura