Thursday, March 11, 2010

Bukan Pinda Tapi Mansuh ISA !

Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) yang dianggotai lebih daripada 80 buah organisasi terdiri daripada Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), Parti-parti Poliltik, Badan Hak Asasi Manusia, Wanita, Mahasiswa, Majlis Peguam dan Pertubuhan Pekerja, menggesa Kerajaan untuk menghentikan cadangan pindaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) tetapi sebaliknya mencadangkan ISA dimansuhkan. Gesaan ini dibuat memandangkan Kerajaan dijangka membentangkan cadangan pindaan tersebut dalam Sesi Parlimen akan datang yang akan bermula pada 15 Mac 2010.

Kempen supaya ISA dimansuhkan sudah berjalan sejak 20 tahun lalu dan telah berjaya mencipta gelombang kesedaran dan perubahan hasil daripada kempen GMI dan anggota gabungannya. Ianya mendapat dokongan rakyat walaupun pelbagai halangan, ugutan dan ancaman yang dilontarkan terutamanya menggunakan ISA sebagai alat menggerunkan.

Isyarat jelas perubahan ialah keputusan dalam Pilihanraya Umum ke-12, 8 Mac 2008 dan kejayaan Himpunan Mansuhkan ISA pada 1 Ogos 2009. Pada masa yang sama, lebih ramai di kalangan bekas tahanan ISA yang telah berani menampilkan diri mendedahkan tentang kezaliman ISA. Rakyat memahami kemungkaran dan kezaliman yang berlaku bertopengkan ISA dan percaya bahawa perubahan tidak boleh berlaku hanya dengan meminda ISA tetapi memansuhkannya.

Pada 28 Januari 2010, wakil-wakil daripada GMI dan badan NGO yang lain telah menghadiri sesi pertemuan awam berkaitan kajian pindaan ISA yang diatur oleh Kementerian Dalam Negeri. Walaupun dipanggil agak lewat dan GMI antara badan yang terlibat langsung dengan isu ISA berbanding dengan banyak lagi badan-badan yang lain, namun jemputan tersebut telah diraikan.

baca artikel penuh...di sini.

0 komen:

Related Posts with Thumbnails

YB ADUN Sura Untuk Semua

 

Arkib Laman

Blog YB ADUN Sura © 2008 | Ripped by SamarQondy | Coordinated by Team IT DUN Sura