KUALA TERENGGANU 29 MAC Kemaskini : Seorang buruh terbunuh manakala empat rakannya cedera apabila para besi bagi pembinaan bangunan Institut Oseanografi dan Institut Akuakultur Universiti Malaysia Terengganu (UMT) runtuh, petang ini.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat  Terengganu, Pauzan Ahmad berkata, buruh warga Bangladesh itu tertimbus  dalam konkrit simen yang masih basah dan mati  di tempat kejadian.
Katanya,  empat rakan mangsa cedera termasuk seorang parah akibat dihempap para  besi yang runtuh ketika mereka sedang melakukan kerja pembinaan konkrit  tangki air dan membancuh konkrit.
Pauzan berkata, semua mangsa  dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah untuk menerima rawatan.
Pasukan  Polis, bomba, dan Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) berada di lokasi  kejadian sehingga jam 8 malam bagi menjalankan kerja mencari dan  menyelamat ekoran kejadian jam 5 petang itu.
     
sumber : tvselangor.com...baca juga di BuletinOnline dan di Harakahdaily 
 

 
 
0 komen:
Post a Comment