Thursday, March 12, 2009

Ziarah Warga Emas

YB Ust Hj Wan Hassan Mohd Ramli bersama Ketua PAS Cawangan Kg Molek,
Hj Abdullah Ibrahim mengunjungi seorang warga emas

Selain bertanya khabar, sumbangan peribadi turut dihulurkan sebagai
tanda prihatin dan penghormatan kepada golongan warga emas


DUNGUN 12 Mac Khamis - PAS Cawangan Kg. Molek telah menyusun satu ziarah singkat terhadap beberapa orang warga emas yang berada di bawah pentadbirannya baru-baru ini. Ziarah ini turut disertai oleh YB ADUN Sura, Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli.

Menurut Ketua PAS Cawangan Kg. Molek, Haji Abdullah Ibrahim yang mengiringi ziarah tersebut, seorang pelajar cemerlang PMR 2008 turut menerima sumbangan penghargaan melalui ibunya dari YB ADUN Sura sejurus sebelum ziarah warga emas tersebut.


Sesi ziarah diakhiri dengan kunjungan kepada seorang pesakit kronik yang akan bertolak ke Institut Jantung Negara (IJN) untuk pemeriksaan lanjut pada 18 Mac Rabu depan.


Sementara itu, menurut Ketua JK Pendidikan MTD Sura, Haji Mohd Amin Hamid, pihaknya dengan kerjasama PAS Cawangan-cawangan sedang mengumpul maklumat berhubung pelajar cemerlang STPM dan SPM 2008 yang keputusannya baru sahaja diumumkan.

"Saya telah diarah oleh YB Pengarah MTD Sura supaya mengumpul maklumat berhubung kejayaan para pelajar ini, sumbangan penghargaan dijangka diadakan selepas pilihan raya kecil P.059 Bukit Gantang," tambahnya.

0 komen:

Related Posts with Thumbnails

YB ADUN Sura Untuk Semua

 

Arkib Laman

Blog YB ADUN Sura © 2008 | Ripped by SamarQondy | Coordinated by Team IT DUN Sura