Monday, March 2, 2009

Speaker Perak Pecat Setiausaha DUN





Written by Editor
Monday, 02 March 2009 00:00
http://buletinonline.net/images/berita/pecatSUDUN.jpg
Kemaskini jam 10.15 malam - Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V Sivakumar, memecat Setiausaha DUN, Abdullah Antong Sabri, dan melantik Misbahul Munir Masduki mengisi jawatan itu.

Misbahul ialah setiausaha politik bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin. Pada sidang media pada 7.45 malam tadi, Sivakumar turut memberi amaran kepada Ketua Polis Perak, Datuk Zulkefli Abdullah, bahawa beliau boleh dipenjara sehingga tujuh tahun mengikut Seksyen 124 Kanun Keseksaan jika menghalang sidang DUN.
http://buletinonline.net/images/berita/dun_polis_2.jpg

Amaran Sivakumar kepada Zulkefli Abdullah berikutan kenyataanya petang tadi.

Zulkefli berkata, pentadbiran Bangunan SUK Negeri telah memaklumkan kepada polis yang sidang DUN tidak akan berlangung esok dan bangunan tersebut hanya membenarkan pekerja-pekerja pejabat SUK dan orang-orang yang mendapat kelulusan sahaja.

"Mengikut kenyataan Setiausaha Dewan Negeri yang diterima hari ini, sidang tergempar dewan negeri yang diadakan esok tidak sah kerana tidak mendapat perkenan Sultan Perak", katanya ketika dihubungi hari ini.


Polis telah pun meletakkan halangan di hadapan Bangunan Perak Darul Ridzwan dengan kawalan anggota simpanan persekutuan (gambar kiri)

Sebelum itu, menurut mStar, Menteri Besar Barisan Nasional Dato’ Dr. Zambry Abdul Kadir membalas tindakan dengan dua kes difailkan di Mahkamah Tinggi di sini terhadap Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak.

Kedua-duanya difailkan beberapa jam selepas Sivakumar dikemukakan notis oleh Exco kerajaan negeri Perak, Mohd. Zahir Abdul Khalid untuk dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan atas dakwaan telah menghina Sultan Perak dan salah laku.


Dr. Zambry Abdul Kadir mahu mahkamah mengeluarkan perintah bahawa keputusan Sivakumar menggantung beliau dan enam Exco yang lain bercanggah dengan perlembagaan negeri.

sumber : Buletinonline

0 komen:

Related Posts with Thumbnails

YB ADUN Sura Untuk Semua

 

Arkib Laman

Blog YB ADUN Sura © 2008 | Ripped by SamarQondy | Coordinated by Team IT DUN Sura