Monday, December 7, 2009

Penghargaan 5A UPSR di Pdg Jambu & Jln Lembah

DUNGUN 7 Disember Isnin - Kecemerlangan para pelajar dalam peperiksaan UPSR 2009 baru-baru ini terus mendapat perhatian dari Y.B. ADUN Sura, Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli.

Petang tadi, dua orang pelajar yang memperolehi 5A UPSR di Kampung Padang Jambu telah dikunjungi beliau dengan diiringi oleh Ketua PAS Cawangan, Encik Baharuman Abdul Hamid dan AJK PAS Cawangan, Encik Ramli Jusoh.


Adik Muhamad Syammirul Ezani Bin Abdullah
dari Sekolah Kebangsaan Pusat Dungun
sedang menerima sumbangan

Adik Nor Hafiza Binti Aziz dari Sekolah Kebangsaan Pusat Dungun
ditemani bapanya Encik Aziz Bin Hassan, diiringi
Encik Baharuman Abd Hamid dan Encik Ramli Jusoh,
menerima sumbangan daripada Y.B. ADUN Sura

Selepas berkunjung meraikan pelajar cemerlang di Kampung Padang Jambu, beliau bergegas pula ke Kampung Jalan Lembah. Di sini, dua orang pelajar dikenalpasti memperolehi kejayaan cemerlang 5A dalam peperiksaan UPSR baru-baru ini.

Pelajar Sekolah Kebangsaan Sultan Omar,
adik Husna Hayati Binti Mohd Senusi
sedang menerima sumbangan daripada ADUN Sura

Bertanya khabar keluarga pelajar cemerlang,
adik
Husna Hayati Binti Mohd Senusi

Adik Mohd Najah Farhan Bin Zainal dari
Sekolah Kebangsaan Kuala Dungun
sedang menerima sumbangan

Encik Mohd Nafi Abdullah mengiringi ADUN Sura,
ketika bersama bapa
adik Mohd Najah Farhan,
Encik Zainal Abu Bakar

Di Kampung Jalan Lembah, Y.B. ADUN Sura diiringi oleh Setiausaha PAS Cawangan, Encik Mohd Nafi Abdullah. Kesempatan masa yang ada dimanfaatkan untuk bertanya khabar keluarga pelajar cemerlang berkenaan. Selain perbualan yang berkisar berhubung peluang-peluang meneruskan pelajaran anak-anak berkenaan sehingga isu-isu politik semasa yang dibangkitkan oleh keluarga yang dikunjungi tersebut.

Isu-isu semasa seperti Monsoon Cup, Doa Tuan Guru Nik Abdul Aziz telah diberi penjelasan langsung oleh ADUN Sura melalui kesempatan ziarah singkat tersebut.

Para pelajar telah menerima sumbangan penghargaan daripada Y.B. ADUN Sura dan PAS Cawangan masing-masing.

0 komen:

Related Posts with Thumbnails

YB ADUN Sura Untuk Semua

 

Arkib Laman

Blog YB ADUN Sura © 2008 | Ripped by SamarQondy | Coordinated by Team IT DUN Sura