Thursday, July 26, 2012

Parlimen Perlu Dibubarkan Paling Lewat 25 Ogos

Tidak banyak masa yang tinggal untuk Perdana Menteri Najib Razak.  Ramai yang berkata, seandainya pilihan raya umum ke-13 tidak diadakan pada September tahun ini, maka ia kemungkinan besar akan jatuh pada awal tahun depan.

Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU) telah membuat satu analisa berdasarkan tarikh pembubaran parlimen, hari pencalonan dan pengundian untuk 12 PRU dari tahun 1959 hingga 2008, sejak kemerdekaan.  Analisa ini mendapati, daripada 12 kali pembubaran parlimen, enam kali berlaku pada awal tahun, iaitu Februari, Mac atau April; empat kali pada pertengahan tahun, iaitu Jun atau Julai, dan dua kali pada akhir tahun, iaitu Oktober atau November.

Beberapa bulan lalu ketika Najib mengumumkan pembentangan Belanjawan 2013 pada 28 September, ramai mula meramalkan tarikh PRU 13 berkisarkan tarikh ini.  Padahal, tarikh pembentangan belanjawan telah ditetapkan sebelum bermulanya Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen ke-12.  Ketika Abdullah Ahmad Badawi menyandang jawatan Menteri Kewangan, tarikh pembentangan belanjawan juga diawalkan dari Oktober (secara tradisional) kepada 29 Ogos, disebabkan bulan puasa dan faktor teknikal yang lain.


baca artikel penuh...di sini.

Monday, July 23, 2012

Agihan Kurma Ramadhan 1433 Di Pasar Besar Dungun

DUNGUN 23 Julai, Isnin - Hampir 500 peniaga muslim di Pasar Besar Dungun menerima kunjungan mengejut rombongan ADUN Sura merangkap YDP PAS Kawasan Dungun, Y.B. Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli dan Pengarah MTD Sura, Haji Wan Hapandi Nik.
Program tahun kedua DUN Sura ini, mendapat dokongan padu daripada tenaga pemuda DUN Sura yang mengambil peranan besar bagi menyempurnakannya.
Selain sekotak kurma, para peniaga turut diberikan sebotol air penawar, sekeping manifesto PRU-13 PAS Terengganu dan taqwim berbuka puasa.
Setiap peniaga menerima kunjungan tanpa mengira fahaman politik masing-masing. Program pada hari Ahad 22 Julai itu, bermula hampir jam 10.00 pagi dan berakhir lebih kurang jam 12.00 tengah hari.

Tetapi Apabila Ia Menjadi Tema Sambutan Kemerdekaan Negara...Itu Masalah!

Ramai sedia maklum, "Janji Ditepati" menjadi platform utama Perdana Menteri, Najib Razak dalam jelajah ke seluruh negara bagi melaungkan retorik transformasi dan menjadi pentas untuk menyerang Pakatan Rakyat terutama sekali apabila "Janji Ditepati" singgah di negeri - negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat iaitu, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan dan Selangor.  Jika “Janji Ditepati" menjadi jenama jelajah politik Perdana Menteri, saya tiada punya masalah, tetapi apabila ia menjadi tema sambutan Kemerdekaan negara yakni "55 Tahun Merdeka, Janji Ditepati" - itu masalah!

"Janji" membawa maksud pernyataan kesediaan untuk berbuat atau memberi sesuatu; manakala "Ditepati" bermaksud tidak memungkiri atau memenuhi janji yang telah dilafaz.  Jika "55 Tahun Merdeka, Janji Ditepati" menjadi tema sambutan Kemerdekaan negara, makanya kita harus merujuk kepada janji yang mana?  Adakah janji Program Transformasi Kerajaan (GTP), atau janji manifesto Cemerlang,Gemilang,Terbilang, atau janji Wawasan 2020?  Janji yang mana yang eksekutif hari ini maksudkan yang telah mereka penuhi dan tepati?

Bagi berlaku adil baik untuk rakyat dan sang pemerintah, wajar kita menyoroti kembali latar masa sejarah, 55 tahun ke belakang iaitu tanggal 31 Ogos 1957, tarikh keramat di mana Tunku Abdul Rahman melaungkan "Merdeka" selepas beliau membacakan satu pemasyhuran keramat.  Arakian pemasyhuran tersebut menandakan detik perubahan dalam sejarah tanahair.  Beralihnya dari status sebuah negara terjajah kepada negara bangsa yang bebas dan merdeka.  Maka tiada "janji-janji" lain yang lebih layak untuk diangkat sebagai "Janji" melainkan teks keramat - Pemasyhuran Kemerdekaan.

Ketika Pemasyhuran ini mula diperkenalkan, seluruh rakyat diminta membaca dan menghayatinya.  Rakyat ketika itu rata-rata menyebut bahawa isi kandungan pemasyhuran tersebut sebagai sesuatu yang amat bernilai, sesuatu yang diibaratkan sebagai "sijil kelahiran" negara merdeka.  Malangnya, berbeda dengan dokumen penting negara lain seperti "Sumpah Pemuda 1928" di Indonesia, pidato "Tryst with Destiny" oleh Jawaharlal Nehru, Pengisytiharan Kemerdekaan Amerika Syarikat yang dikarang Thomas Jefferson; pemasyhuran negara ini telah karam hampir tidak dibaca, apatah lagi diwacanakan secara serius.  Apa yang penulis paling khuatiri adalah dengan pudarnya dakwat pemasyhuran, maka semangat idealismenya juga turut terhakis.


baca artikel penuh...di sini.

Cikgu Pa : UMNO Hina Artis


KUALA LUMPUR, 23 Julai - PAS menganggap Umno menghina artis apabila mengatakan PAS terdesak sehingga terpaksa menggunakan artis untuk meraih undi kata setiausaha agung, Datuk Mustafa Ali.
Tambahnya lagi, Umno menganggap artis sebagai orang yang boleh diperalatkan oleh parti politik sedangkan pendirian dan keyakinan seseorang itu tidak mudah diubah kata Mustafa Ali(gambar) yang mesra dengan panggilan Cikgu Pa.
“Setiap orang mempunyai sikap dan pendirian mereka, begitu juga artis. Sokongan artis dan pegawai tinggi kerajaan terhadap Umno telah berubah kerana mereka melihat sendiri penyelewengan parti itu.
“Kita tidak pernah memaksa mereka. Mereka menilai dan memperakui pendirian parti sehingga membuatkan mereka mendapat keyakinan baru untuk menyertai parti ini,” lapor Sinar Harian hari ini.
Menurut Cikgu Pa lagi, Umno berada dalam keadaan takut dengan perkembangan yang berlaku pada PAS menyaksikan golongan artis menyertai parti tersebut secara beramai-ramai.
Oleh kerana sudah terdesak, Umno terpaksa mengeluarkan kenyataan sedemikian, kata setiausaha agung PAS itu lagi dalam laporan Sinar Harian.

Thursday, July 19, 2012

ADUN Sura & Pengarah MTD Sura Mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan al-Mubarak 1433

DUNGUN, 20 Julai Jumaat - ADUN Sura, Y.B. Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli dan Pengarah MTD Sura, Haji Wan Hapandi Wan Nik mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan al-Mubarak 1433 kepada semua pengundi dan warga DUN Sura samada yang menetap di DUN Sura atau yang sedang bertugas dan berkhidmat di luar kawasan.
"Semoga kehadiran Ramadhan tahun ini dikurniakan kekuatan dari sisiNya untuk meningkatkan ketaqwaan seterusnya menghasilkan natijah yang bermanfaat samada kepada diri sendiri, keluarga, masyarakat seterusnya negeri serta negara yang akan mendapat keampunan daripada Allah S.W.T" - ADUN Sura, Y.B. Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli dan Pengarah MTD Sura, Haji Wan Hapandi Wan Nik.


Sementara itu, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Datuk Syed Danial Syed Ahmad mengumumkan tarikh permulaan puasa bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia telah ditetapkan pada Sabtu ini, 21 Julai 2012, bagi mengikut perintah Yang di-Pertuan Agong setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.
   
Majlis Raja-Raja mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan Rukyah dan Hisab.

Wednesday, July 18, 2012

Rock, Pengaruh Artis & Ketakutan Pemerintah

Di mana-mana dalam dunia ini tidak dapat dinafikan, golongan artis atau selebriti dunia hiburan sangat berpengaruh dan sering menjadi ikutan orang ramai khususnya anak-anak muda.  Berbagai jolokan untuk mereka seperti "role model", "trendsetter" atau ikon yang bisa memberi impak kepada dunia.  Kerenah atau aksi mereka menjadi ikutan.  Jika mereka menceburi politik mudah sahaja mereka menang bertanding.  Bayangkan Ronald Reagan, seorang pelakon cerita-cerita koboi boleh menjadi Presiden Amerika Syarikat.  Begitu juga penggusti Jesse Ventura ataupun si "Terminator" Arnold Scwarzenegger boleh menjadi gabenor.  Di Filipina artis bernama Joseph Estrada juga pernah menjadi orang nombor satu.

Inilah ketakutan yang sering menghantui ahli politik.  Bintang Hollywood seperti Mel Gibson, Al Pacino atau Robert DeNiro mudah sahaja membelasah pentadbiran Rumah Putih jika dasar yang dijalankan tidak dipersetujui dan peminat mereka menyambut dan menyokong pandangan idola pujaan mereka.  Selebriti seperti Michael Douglas, Angelina Jolie dan Edward Norton dipilih menjadi duta pelbagai kempen seperti kempen keamanan, alam sekitar atau sayangi haiwan.  Pengaruh mereka diperlukan untuk menarik orang ramai.

Di Malaysia fenomena artis menyokong parti pembangkang semakin hebat sekarang ini tetapi tidak dapat dinafikan kebanyakan artis yang berhijrah ini sudah kurang popular dan telah melepasi usia.  Yang baharu-baharu masih mahu cari makan, tidak boleh lawan.  Bayangkan apa akan berlaku jika artis yang sedang meletup, berpengaruh dan menjadi ikon hari ini tiba-tiba melaungkan slogan "Reformasi"?  Saya teringat ketika muzik rock menjadi anutan anak muda Malaysia pertengahan 1980-an dahulu.  Mereka lantang memperjuangkan lanun cetak rompak yang begitu berleluasa sekali.  Barangkali pihak yang terbabit dengan sindiket cetak rompak (mungkin orang yang berpengaruh terlibat dengan kegiatan ini seperti yang digambarkan di dalam filem Kembara Seniman Jalanan) berasa tergugat maka muzik rock telah diharamkan.  Alasan kambinghitamnya ialah rock membawa budaya negatif seperti dadah, seks bebas dan alkohol.  Peraturan diketatkan seperti berambut panjang tidak dibenarkan muncul di dalam program televisyen.  Apa kena mengena rambut dengan muzik?  Tetapi itulah sang kuasawan.  Taringnya tajam menggigit mangsa yang lemah.  Peraturan ini bagaimanapun gagal memadamkan api muzik rock dan pengaruhnya.  Album kumpulan rock terus laku dan mereka menyampaikan mesej perjuangan yang keras melawan kerenah birokrasi ini.  Lagu "Keadilan" nyanyian kumpulan Lefthanded yang liriknya ditulis S.Amin Shahab lantang memprotes:-
  " Bukankah kita ini punya akal dan hati
    bisa ambil juga beri pendapat sendiri
    Jangan ikut sesuka hati kelak engkau susah sendiri"



baca artikel penuh...di sini

Sunday, July 15, 2012

ADUN Sura Santuni Faqir Miskin Menjelang Ramadhan

DUNGUN, 15 Julai Ahad - Seminggu menjelang tibanya bulan Ramadhan al-Mubarak, seramai 130 orang faqir miskin sekitar DUN Sura, di sini, mendapat perhatian daripada ADUN Sura merangkap YDP PAS Kawasan Dungun, Y.B. Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli.
Majlis sumbangan ini yang berlangsung di Bangunan DUN Sura merupakan di antara aktiviti tahunan di DUN Sura sejak ianya dimenangi semula oleh PAS pada pilihan raya umum ke-12 lalu.
Para  penerima sumbangan yang dipilih daripada seluruh cawangan dalam DUN Sura ini tidak  melalui sebarang proses penapisan dari segi pegangan politik masing-masing.

Majlis sumbangan telah diadakan pada pagi 14 Julai Sabtu dan berakhir menjelang waktu tengahari.
Sumbangan telah disampaikan oleh ADUN Sura, Y.B. Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli, Pengarah DUN Sura, Haji Wan Hapandi Wan Nik, Ketua Muslimat DUN Sura, Hajjah Rokiah Yusoff dan Ketua Hubungan Antara Kaum DUN Sura, Enche Alias Muda.
Hadir sama Timbalan Pengarah DUN Sura, Haji Mohd Amin Hamid, Setiausaha DUN Sura, Mohamed Ibrahim Sini Mohamed dan sebahagian AJK DUN Sura.

Sumbangan diberikan dalam bentuk kewangan dan keperluan harian seperti beras, minyak masak, gula, gandum dan susu.

Saturday, July 14, 2012

YDP PAS Dungun Gesa Siasatan Menyeluruh Penyelewengan RM1j LRTSB


KUALA TERENGGANU– PAS menggesa pihak berkuasa mengadakan penyiasatan secara menyeluruh ke atas pihak-pihak yang terbabit berhubung kait dengan penyelewe ngan sebanyak RM1 juta Dana Kebajikan Ladang Rakyat Terengganu Sdn Bhd (LRTSB), sebuah anak syarikat kerajaan negeri Terengganu.
Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura, YB Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli (gambar ketika sumbangan penghargaan UPSR 2011 kepada warga Tionghua), ia melibatkan dana awam yang sepatutnya digunakan bagi membantu membasmi kemiskinan dan meningkatkan taraf kehidupan rakyat.

baca artikel penuh...di sini.
Related Posts with Thumbnails

YB ADUN Sura Untuk Semua

 

Arkib Laman

Blog YB ADUN Sura © 2008 | Ripped by SamarQondy | Coordinated by Team IT DUN Sura