Sunday, July 15, 2012

ADUN Sura Santuni Faqir Miskin Menjelang Ramadhan

DUNGUN, 15 Julai Ahad - Seminggu menjelang tibanya bulan Ramadhan al-Mubarak, seramai 130 orang faqir miskin sekitar DUN Sura, di sini, mendapat perhatian daripada ADUN Sura merangkap YDP PAS Kawasan Dungun, Y.B. Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli.
Majlis sumbangan ini yang berlangsung di Bangunan DUN Sura merupakan di antara aktiviti tahunan di DUN Sura sejak ianya dimenangi semula oleh PAS pada pilihan raya umum ke-12 lalu.
Para  penerima sumbangan yang dipilih daripada seluruh cawangan dalam DUN Sura ini tidak  melalui sebarang proses penapisan dari segi pegangan politik masing-masing.

Majlis sumbangan telah diadakan pada pagi 14 Julai Sabtu dan berakhir menjelang waktu tengahari.
Sumbangan telah disampaikan oleh ADUN Sura, Y.B. Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli, Pengarah DUN Sura, Haji Wan Hapandi Wan Nik, Ketua Muslimat DUN Sura, Hajjah Rokiah Yusoff dan Ketua Hubungan Antara Kaum DUN Sura, Enche Alias Muda.
Hadir sama Timbalan Pengarah DUN Sura, Haji Mohd Amin Hamid, Setiausaha DUN Sura, Mohamed Ibrahim Sini Mohamed dan sebahagian AJK DUN Sura.

Sumbangan diberikan dalam bentuk kewangan dan keperluan harian seperti beras, minyak masak, gula, gandum dan susu.

0 komen:

Related Posts with Thumbnails

YB ADUN Sura Untuk Semua

 

Arkib Laman

Blog YB ADUN Sura © 2008 | Ripped by SamarQondy | Coordinated by Team IT DUN Sura