Sunday, June 7, 2009

Sabar Mengajak Manusia Ke Arah Kebaikan





Ditulis oleh Te@m I.T
SUNDAY, 07 JUNE 2009 08:24

SHAH ALAM, 7 Jun - Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang di dalam ucapan penutupnya mengumpamakan PAS sebagai sebuah bahtera yang kukuh dan selamat walau dilanda pelbagai ombak dugaaan. Islam yang memimpin perubahan kerana hanya Islam yang sempurna dan lengkap. Hanya Islam yang berjaya membina tamadun manusia walaupun pada masa kedatangan Islam, telah wujud pelbagai tamadun lain seperti Rom dan Parsi.

Tugas utama pejuang agama Allah ialah menyelamatkan manusia keseluruhannya. Oleh itu hanya melalui pemerintahan usaha ini dapat dilakukan. Pelbagai pendekatan yang boleh dilakukan dan dibenarkan oleh Islam. Allah mengharamkan umat Islam daripada menyerah kalah, sehingga dibenarkan peperangan dalam usaha mempertahankan Islam.

Image

Namun begitu, pendekatan yang paling utama ialah perdamaian kerana matlamat utama adalah untuk menyelamatkan manusia seluruhnya. Kerana itu, tidak boleh menutup pintu perbincangan dengan mana-mana pihak. Perbezaan yang wujud mestilah ditolak dengan cara yang baik.

Dalam mengajak manusia ke arah kebaikan, pelbagai ujian yang dihadapi. Hanya orang-orang yang bersabar sahaja yang dapat menghayati usaha dalam mengajak manusia ke arah kebaikan. Beliau mengingatkan ahli-ahli akan konsep penting dalam jemaah Islam iaitu:

1. Menyuburkan sifat takwa. Ini kerana takwa adalah asas bagi mendapat kemenangan dan pertolongan daripada Allah.
2. Ketakwaan dan wala’. Islam mengajar kita agar taat kepada pemimpin dalam perkara yang tidak melibatkan maksiat.
3. Ukhuwah atau persaudaraan Islam penting dalam membentuk persatuan tidak kira dalam perkara yang dipersetujui atau dalam perkara yang tidak dipersetujui.

Akhir sekali, Tuan Guru merakamkan berbanyak terima kasih kepada semua pihak yang hadir, termasuklah pihak media dan bloggers.

__________________________________________

SENARAI PENUH AJK PAS PUSAT 2009/2011

SENARAI PENUH AJK DEWAN ULAMA' PAS PUSAT 2009/2011

SENARAI PENUH AJK DEWAN PEMUDA PAS PUSAT 2009/2011

Thursday, June 4, 2009

Darah As-Syahid Daudin Tak Akan Dibayar Percuma

HAMAS : Darah As-Syahid Daudin Tidak Akan Dibayar Percuma.

Written by admin from on May 29th, 2009 | 0 Comments

JUMAAT, 29 Mei 2009 - Gerakan Perlawanan Islam Hamas di Tebing Barat menegaskan, darah As-Syahid Abdul Majid Daudin Abu Himam, 49 tahun yang gugur Khamis lalu di Kota Dora, syahid setelah terjadi pertempuran sengit antara pasukan Israel.

Hamas menekankan pertempuran akan tetap menjadi pilihan gerakannya bagi mengusir penjajah dan mengembalikan hak-hak penduduk Palestin. Zionis akan pasti diusir dari bumi Palestin. Dalam penjelasannya Hamas mengatakan, “Kami di gerakan mengumumkan kehilangan salah seorang pemimpin kami yang telah menghambakan dirinya untuk agama ini.

Daudin yang menamatkan kuliahnya dari Yaman, meneruskan amal dakwahnya menjadi salah satu aktivis di sekolah Yaman. Beliau menjadi guru di sekolah milik Organisasi Sosial di Hebronsebelum kembali ke Palestin. Kemudian beliau menyertai gerakan Al-Qossam dan aktif dalam perlawanan senjata, hingga ia dimasukkan ke dalam penjara. Malah dia juga pernah memimpin sejumlah operasi jihad hingga dicari pemerintah Israel dan dipenjarakan pada tahun 1995.

Disebutkan, Asy-Syahid Daudin tidak pernah diarahkan keluar dari penjara pejuang keamanan sejak ditangkap dan dibebaskan pada tahun 2002. Malah dia terus menjadi buruan militan Israel dan pejuang keamanan Ramallah sehingga kelmarin.

________________________________________________________

SENARAI PENUH AJK DEWAN ULAMA' PAS PUSAT 2009/2011

SENARAI PENUH AJK DEWAN PEMUDA PAS PUSAT 2009/2011

SENARAI PENUH AJK DEWAN MUSLIMAT PAS PUSAT 2009/2011

Wednesday, June 3, 2009

PASTI Dungun Naib Johan Futsal PASTI Terengganu

DUNGUN 3 Jun Rabu - Squad futsal PASTI Dungun menduduki tempat kedua sebagai naib johan di Karnival Sukan PASTI Negeri Terengganu 2009 di Puteri Food Court, Bandar Baru Bukit Mentok, Kemaman yang berlangsung pada 30 Mei 2009 baru-baru ini. Dungun yang dikejutkan dengan jaringan 2-0, terpaksa akur dengan kehebatan lawan, PASTI Marang yang berakhir dengan jaringan 3-2.

Akhir...Dungun vs Marang, bersama di antara tenaga utama
yang membawa squad masing-masing ke perlawanan akhir


Karnival ini telah dirasmikan oleh Timbalan YDP PAS Kawasan Kemaman, Ustaz Alias Abd Hamid sementara perasmian penutup telah disempurnakan oleh Naib Ketua DPP Negeri Terengganu, Ustaz Mohd Ridhuan Hashim. Ketua DPP Kawasan Dungun, Ustaz Haji Jamaluddin Jusoh turut hadir memberi sokongan.

Kontinjen Dungun bersama Chef de Mission dan guru-guru pengiring

Semua 8 kawasan menghantar peserta untuk
menyertai acara yang dipertandingkan


Sedang mendengar ucapan perasmian

Sementara itu, dalam acara bola jaring, PASTI Dungun menduduki tempat ke-3 selepas menewaskan PASTI Kemaman. Squad futsal PASTI Besut pula mendapat tempat ke-3 selepas mengalahkan PASTI Setiu 5-4 melalui penentuan sepakan penalti setelah terikat tanpa jaringan dalam masa penuh.


Squad final...PASTI Dungun di hadapan khemah

Aksi final si cilik...Dungun vs Marang

Tunggang-Langgang Sistem Demokrasi Kita



Gambar bersama Khalid Masyhal (Pemimpin HAMAS) di Damsyik

oleh MOHAMAD SABU
Harakahdaily
Wed | Jun 03, 09 | 8:10:07 pm MYT

TIGA tiang utama dalam pembentukan peraturan hidup rakyat Malaysia menyebabkan negara kita dihormati apabila legislatif, eksekutif dan judiciary tertegak dengan peranan mereka masing-masing dan mempunyai kuasa tersendiri.

Pembuat undang-undang di Parlimen dan Dewan Undangan Negeri, manakala eksekutif yang diketuai oleh Perdana Menteri dan badan kehakiman yang tertegak megah dengan autoriti dan autonominya tersendiri.

Kini kewibawaan tiga tonggak yang menjadi kebanggaan rakyat Malaysia itu mula menuju kehancuran di bawah kerajaan Barisan Nasional. Tempat membuat undang-undang tidak dihormati lagi. Pihak eksekutif dengan sewenang-wenangnya menceroboh tempat legislatif tanpa mengikut peraturan-peraturan yang selama ini dihormati dan diterima pakai dengan baik.

Ditangkap di Parlimen

Dato' Mustafa Ali diserbu dan ditangkap di dalam kawasan Parlimen kira-kira setahun setengah yang lalu. Sedangkan untuk menangkap beliau, boleh sahaja dilakukan di luar kawasan Parlimen, seperti di pejabatnya di Jalan Pahang Barat atau di rumahnya di Kuala Terengganu.

Tetapi kenapa pihak polis sengaja masuk dan menangkap Mustafa di dalam kawasan Parlimen? Bukanlah terlalu "urgent" untuk menangkap beliau sehingga tempat untuk membuat undang-undang pun tidak dihormati.

Kawasan Parlimen terus dicemar lagi apabila sekumpulan Pemuda Umno cuba mengancam Ahli Parlimen Karpal Sigh juga di lokasi sama. Saya boleh faham perasaan Pemuda Umno terhadap Karpal Sigh, tetapi memilih kawasan Parlimen untuk bertindak terhadap beliau amatlah tidak kena.

Karpal boleh "dikepung" di mana saja di luar kawasan Parlimen untuk melepaskan geram Pemuda Umno terhadapnya.

Kalaulah Pemuda PAS atau Angkatan Muda KeADILan melakukan tindakan yang serupa, "mengepung" mana-mana ahli Parlimen BN di dalam kawasan Parlimen, saya akan bangun menentang dan menyatakan rasa tidak bersetuju. Tempat lagislatif itu perlu dihormati, dan jangan dijadikan kawasan Parlimen seperti pasar malam.

Bentara Dun bertukar tugas dengan polis

Lebih dahsyat lagi apa yang berlaku di Perak amat memalukan rakyat Malaysia kepada mata dunia. Bentara Dewan dengan pasukan polis telah bertukar tugas. Bentara Dewan yang menjaga hal ehwal Dun di bawah Speaker dan Setiausaha Dewan, tetapi tugas itu diambil alih oleh pihak berkuasa polis.

Speaker, Menteri Besar dan Adun Perak dihalang oleh "Bentara Dewan Baru" iaitu polis untuk memasuki Dewan. Perbuatan pihak polis itu menyebabkan Sidang Dewan Undangan Negeri yang sah terpaksa dibuat di bawah pokok apabila kuasa legislatif yang terbuka dihina, dan mereka dihalau dan merempat.

Lebih dahsyat daripada segala yang dahsyat telah berlaku di Malaysia apabila Speaker yang mempunyai segala kuasa dalam Dewan Undangan Negeri dan Parlimen kini menjadi seperti sampah hanyut.

Speaker yang selalunya memberi amaran, menggantung tugas seseorang ahli Parlimen atau Dewan Undangan Negeri, menghalau keluar mana-mana ahli Yang Berhormat dari Dewan setelah Speaker mengangap mereka melanggar peraturan atau arahan Dewan, kini di Malaysia, Speaker pula diambil tindakan.

Tak pernah saman Speaker

Beberapa kali Karpal Sigh dihalau keluar, digantung dan juga diberi amaran, sama ada di Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang atau di Parlimen. Setahu saya Karpal tidak pernah menyaman Speaker di atas tindakan yang dilakukan terhadap beliau. Karpal yang bergelar "The Lawyer's Lawyer" amat tahu kuasa yang ada pada Speaker.

Apa yang berlaku dalam Dun Perak apabila Speaker Sivakumar menghalau beberapa Adun keluar dari sidang Dun? Ahli-ahli tersebut tidak mahu keluar sebaliknya Speaker pula diusir keluar dari Dewan!

Dengan segera pasukan "Bentara Polis" masuk ke dalam Dewan dan mengusung Speaker keluar secara kejam dan paksa. Malah mereka mengurung pula Speaker itu, menjadikannya satu peristiwa pahit dalam sejarah demokrasi di Malaysia. Nama Malaysia tercemar dengan cukup teruk sekali ekoran peristiwa itu.

Semua pihak harus mencari jalan bagaimana hendak memulihkan imej Malaysia yang begitu tercemar dengan peristiwa yang berlaku di Perak itu.

Keadaan ekonomi kini pada tahap -6.5%, suasana perundangan dan sistem demokrasi juga menjadi rosak teruk. Imej Najib Razak sebagai Perdana Menteri cuba dilibatkan dengan hal Altantuya. Semuanya membawa kesan amat negatif kepada negara.

Marilah kita berfikir dan bertindak secara waras untuk memulihkan imej Malaysia. Serahkan kembali mandat kepada rakyat Perak untuk menentukan masa depan mereka, bukan rakyat Perak diserahkan kepada "Bentara Polis" bagi menggantikan Bentara Dewan. _

3 Projek Idris Akan Disiasat ?




Written by WAN KAY
Wednesday, 03 June 2009 17:13
http://www.buletinonline.net/images/stories/berita5/3mega.gifKUALA TERENGGANU – Menteri Besar Terengganu, Dato' Ahmad Said telah mengarahkan Jabatan Kerja Raya (JKR) memeriksa tahap keselamatan tiga projek mega di sini iaitu bangunan Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kompleks Renang dan Stadium Tertutup di Gong Badak.

Ketiga-tiga projek tersebut adalah antara projek mega yang pernah disebut oleh Ahmad sebagai projek mega yang akan dikaji semula.

Ketiga-tiga projek terbabit juga adalah 'flagship' Impian Menjadi Realiti yang dilaksanakan pada zaman bekas Menteri Besar Idris Jusoh.
Ahmad berkata demikian dalam sidang media selepas mesyuarat Exco hari ini di Wisma Darul Iman.

Berita Penuh Menyusul.....
Last Updated on Wednesday, 03 June 2009 17:36

Tuesday, June 2, 2009

Muktamar, Dewan 'Bedah Siasat' Perkukuh Ahli !

WAN NORDIN WAN YAACOB
Harakahdaily

Muktamar PAS ke-55 akan berlangsung dengan Dewan Pemuda PAS membuka tirai persidangan pada 3 Jun 2009 bertempat di Markaz Tarbiyyah PAS Taman Melewar.

Sudah sekian lama, Taman Melewar sepi dari persidangan besar seperti ini, kali ini kegirangan dewan Dato' Fadzil Noor akan kembali bergelandangan.

Maka jangan lupa, muka-muka seperti Zubir (disebut Jubir), Mat Zin dan Abdullah Atan akan mula kelihatan sibuk pada hari-hari menjelang, dan semasa muktamar berlangsung di Melewar.

Mereka ini muka tetap yang setia dengan PAS untuk diinfakkan tenaga mereka bagi merealisasikan kerja-kerja persiapan dan perkakasan muktamar.

Seingat penulis, Muktamar terakhir yang berlangsung di Melewar ialah sewaktu adanya pemilihan tahun 2003 yang menyaksikan ketika itu Pengerusi Pemilihan hari ini, Dato' Mustafa Ali menentang Ustaz Hassan Shukri.

Ia masih menjadi kenangan yang sangat berharga kepada penulis yang ketika itu masih 'junior' dalam perkhidmatan Harakah.

Muktamar, adalah dewan bedah perjalanan parti, dewan memilih pemimpin untuk mencorakkan gerakan parti dan dewan menunjangkan arah tujun parti dengan pendekatan yang difikirkan perlu.

Dua muktamar kebelakangan ini menatijahkan kesepakatan walaupun media-media arus perdana terutamanya Utusan Malaysia cuba memporak perandakan PAS dengan laporan yang memualkan.

Lantas, sebaik sahaja selesai pemilihan sebelum ini, kesepaduan kembali utuh dan natijahnya PAS melakar kemenangan dengan kerjasama Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum ke-12 Mac 2008.

Kemenangan ini manis, dan ia menjadi titik tolak kepada PAS dalam menilai sokongan pelbagai yang kini hadir kerana 'percayanya' mereka kepada kejujuran dan keikhlasan PAS dalam melayari perjuangan.

Seperti kata Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang tiap kali Muktamar PAS berlangsung, akhbar arus perdana akan memainkan cara lama.

Seperti dimasa muktamar lalu akhbar arus perfana cuba menimbulkan beberapa perkara yang negatif supaya PAS dipandang negatif oleh umum, memetik kata Ustaz Hadi dalam wawancara Harakah sebelum ini.

"Alhamdulillah sehingga kini terbukti itu adalah maklumat yang bohong.Dalam hal ini sepatutnya rakyat melihat negeri-negeri yang diperintah oleh PAS ini ada gambaran jelas yang libatkan wakil rakyat PAS selamat dari politik wang dan bahkan tiada seorangpun wakil rakyat PAS yang berjaya dibeli," katanya.

Nah, peringatan Presiden PAS perlu diambil peringatan yang amat penting agar pemimpin dan ahli memikirkan 'psywar' yang kini mula dijalankan akhbar arus perdana terutamanya Utusan Malaysia dalam merencanakan rencah dalam pemilihan PAS.

Ingat sahaja pada pilihan raya umum lalu, akhbar-akhbar arus perdana ini memainkan peranan memfitnah, memaki dan memburuk-burukkan.

Natijahnya, PAS hingga rakyat sendiri mengajar mereka dengan menumbangkan Umno/BN di lima negeri yang sebelum ini sukar ditembusi pembangkang.

Berbalik kepada persoalan muktamar dan keadaan massa hari ini.Membincangkan persepsi yang mula dilakarkan akhbar arus perdana terhadap PAS, maka perwakilan perlu meneliti sebaik mungkin 'psywar' yang sedang berjalan ini.

Memandangkan krisis yang cuba dimomokkan akhbar arus perdana kononnya berlaku dalam PAS antara kelompok, perang ini tak harus dihadam perwakilan sebagai satu maklumat yang menyatakan benar parti kita sudah berpecah seperti Umno.

Tidak, seperti kata Presiden, yang membulatkan pendirian bahawa ' "gembar-gembur yang ditimbulkan oleh pihak luar laksana mereka yang lalu di halaman rumah kita dia dengar bunyi-bunyi dia kata kita bergaduh, kita tak bergaduh sebenarnya kita susun perabut rumah kita,

"Itu biasa dalam pemilihan itu bukan pergaduhan dalam parti apa yang berlaku masing-masing memberi pandangan dan hujah dan ahli kita matang dalam menentukan dimana perubahan yang hendak kita lakukan dalam muktamar akan datang," katanya memetik wawancara sebelum ini.

Nah mesej Presiden ini jelas kepada seluruh ahli dan perwakilan agar 'psywar' yang berjalan kini mampu ditangkis dengan bijak, sementara mereka boleh memilih dengan bijaksana.

PAS akan terus bergerak sebagai sebuah parti yang menanti 'riwayat Umno' berakhir.

Seperti kata Ketua Penerangan PAS, Dato' Mahfuz Omar yang menyarankan kepada perwakilan agar memantapkan ilmu mereka untuk mencernakan idea-idea yang 'bijaksana' supaya ia boleh diadun oleh kepimpinan yang akan dipilih selepas ini untuk menggerakkan parti.

Sementara perihal pemerkasaan parti wajar disentuh dengan bijaksana tatkala perwakilan membahaskan ucapan dasar Presiden PAS dengan memikirkan sensitiviti semua pihak.

Longgokan idea yang bernas bakal mewarnakan PAS kepada satu lanskap yang baharu yang lebih mantap dan mendapat kepercayaan seluruh entiti masyarakat.

Di peringkat kepimpinan, perihal amanah yang telah diberikan ahli kepada mereka haruslah dijaga sebaik mungkin kerana ia bakal dikira sebelum meniti 'titian Sirat' nanti.

Jangan abaikana amanah itu tatkala kita sudah selesa berada di persada kerana kita bakal dihukum ahli apabila mereka terasa kecewa dengan perbuatan kita.

Pesan akhir wawancara bersama Presiden PAS boleh diambil ikhtibar, "Jadikan muktamar dengan cara yang sopan dengan sebaiknya dan tenang, tidak dipengaruhi oleh cara yang tidak bersopan".

"Saya percaya sokongan kepada PAS kini meningkat lagi dan kematangan ahli dan perwakilan akan bertambah lagi.

Selamat bermuktamar....../wann _

_______________________________________________________

Beginikah Bakal Nasib BN Terengganu ?

Kenyataan Awal DPP Terengganu

Pembangunan Yang Tidak Pernah Dilihat Di Terengganu !

Monday, June 1, 2009

ADUN Sura Ziarah Bukan Islam

YB Ustaz Haji Wan Hassan diiringi Ketua Lajnah Perpaduan Nasional
PAS Kawasan Dungun, Puan Serena Lim Abdullah dan 2 orang AJKnya,
Puan Tuan Nafisah Syed Abdullah dan Puan Zaleha Omar


DUNGUN 1 Jun Isnin - Jurang yang wujud di antara umat Islam dengan masyarakat Cina perlu dihapuskan. Ini dapat dilakukan di antaranya dengan melakukan ziarah.

Ziarah bukan sahaja dapat menjalinkan hubungan siraturrahim di antara umat Islam dengan non- muslim tetapi juga dapat merapatkan hubungan antara jiran tetangga, rakan sekerja dan sahabat handai serta membentuk integrasi kaum dalam masyarakat kita yang bersifat majmuk.

" Ziarah merupakan satu usaha mendampingkan diri dengan non-Muslim yang digalakkan oleh Islam terutama di waktu mereka memerlukan seperti apabila mereka sakit, bermasalah, mahukan pertolongan dan seumpamanya. Ziarah boleh melapangkan dada mereka dan memberi ketenangan, " ujar YB ADUN Sura secara ringkas.

Sekitar Ziarah YB ADUN Sura merangkap YDP PAS Kawasan Dungun

Di Jalan Kenanga, Sura Jeti

Di Rumah Murah Kg Nibong

Bersama warga emas di Kg Bukit Chatak

Di Rumah Murah Kg Nibong

Di Kg Tanah Lot

Di Kg Bukit Chatak

Bersama peniaga tayar di Kg Batu 48

Turut mengiringi YB ADUN Sura, Setiausaha Lajnah Kebajikan MTD Sura,
Hj Che Razlan Omar dan wakil Pemuda DUN Sura, En Saiful Akmal Mohd Noor

REMAJA MUSLIMAH DUN SURA DIJEMPUT KE SINI SEGERA

BN Masih Anggap Rakyat Bodoh & Mudah Ditipu

ZULKIFLI YAHAYA
Harakahdaily


Tidak seperti semua pilihan raya kecil yang pernah dialui oleh rakyat Malaysia sejak demokrasi diperkenalkan di negara ini, kawasan Dun Penanti sepi.

Tiada jentera pembinaan yang sibuk di sana sini menurap jalan. Tiada perasmian balai raya, sekolah, masjid dan surau. Tiada menteri dan pemimpin kerajaan Pusat yang turun bagai Santa Claus mengagih pelbagai hadiah untuk rakyat.

Setiap kali berlangsung pilihan raya kecil (sebelum ini) pelbagai projek pembangunan dan bantuan diagihkan untuk rakyat. Apabila pemimpin Pakatan Rakyat mempersoalkan mengapa projek tersebut turun hanya di musim pilihan raya, dengan cengilnya mereka menjawab: "Ini tuduhan liar yang dilemparkan oleh pihak pembangkang. Sebenarnya pembangunan untuk rakyat sentiasa berterusan; sebelum, semasa dan selepas pilihan raya pembangunan tetap ada. Takkanlah haya kerana berlangsung pilihan raya maka rakyat disekat untuk menerima pembangunan? Ini tidak adil." Molek dan muluk sekali bunyinya. Cakap mengalahkan peguam.

Dalam pilihan raya kecil Kuala Terengganu lalu, apabila diajukan persoalan yang sama, jawapan yang diberi oleh seorang pemimpin BN ialah, "Sebenarnya semua projek itu sudah dirancang sejak lama, cuma secara kebetulan ia diadakan sewaktu pilihan raya."

Lucunya, selepas berakhir pilihan raya dan BN tersungkur, semua 'projek kebetulan' itu secara kebetulannya pula berakhir. Nah, sekarang apabila BN tidak sertai pilihan raya kecil Penanti, mana pula projek-projek yang telah dirancang dari awal serta projek-projek 'kebetulan' itu?

baca berita penuh

Related Posts with Thumbnails

YB ADUN Sura Untuk Semua

 

Arkib Laman

Blog YB ADUN Sura © 2008 | Ripped by SamarQondy | Coordinated by Team IT DUN Sura