Wednesday, June 3, 2009

3 Projek Idris Akan Disiasat ?




Written by WAN KAY
Wednesday, 03 June 2009 17:13
http://www.buletinonline.net/images/stories/berita5/3mega.gifKUALA TERENGGANU – Menteri Besar Terengganu, Dato' Ahmad Said telah mengarahkan Jabatan Kerja Raya (JKR) memeriksa tahap keselamatan tiga projek mega di sini iaitu bangunan Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kompleks Renang dan Stadium Tertutup di Gong Badak.

Ketiga-tiga projek tersebut adalah antara projek mega yang pernah disebut oleh Ahmad sebagai projek mega yang akan dikaji semula.

Ketiga-tiga projek terbabit juga adalah 'flagship' Impian Menjadi Realiti yang dilaksanakan pada zaman bekas Menteri Besar Idris Jusoh.
Ahmad berkata demikian dalam sidang media selepas mesyuarat Exco hari ini di Wisma Darul Iman.

Berita Penuh Menyusul.....
Last Updated on Wednesday, 03 June 2009 17:36

Tuesday, June 2, 2009

Muktamar, Dewan 'Bedah Siasat' Perkukuh Ahli !

WAN NORDIN WAN YAACOB
Harakahdaily

Muktamar PAS ke-55 akan berlangsung dengan Dewan Pemuda PAS membuka tirai persidangan pada 3 Jun 2009 bertempat di Markaz Tarbiyyah PAS Taman Melewar.

Sudah sekian lama, Taman Melewar sepi dari persidangan besar seperti ini, kali ini kegirangan dewan Dato' Fadzil Noor akan kembali bergelandangan.

Maka jangan lupa, muka-muka seperti Zubir (disebut Jubir), Mat Zin dan Abdullah Atan akan mula kelihatan sibuk pada hari-hari menjelang, dan semasa muktamar berlangsung di Melewar.

Mereka ini muka tetap yang setia dengan PAS untuk diinfakkan tenaga mereka bagi merealisasikan kerja-kerja persiapan dan perkakasan muktamar.

Seingat penulis, Muktamar terakhir yang berlangsung di Melewar ialah sewaktu adanya pemilihan tahun 2003 yang menyaksikan ketika itu Pengerusi Pemilihan hari ini, Dato' Mustafa Ali menentang Ustaz Hassan Shukri.

Ia masih menjadi kenangan yang sangat berharga kepada penulis yang ketika itu masih 'junior' dalam perkhidmatan Harakah.

Muktamar, adalah dewan bedah perjalanan parti, dewan memilih pemimpin untuk mencorakkan gerakan parti dan dewan menunjangkan arah tujun parti dengan pendekatan yang difikirkan perlu.

Dua muktamar kebelakangan ini menatijahkan kesepakatan walaupun media-media arus perdana terutamanya Utusan Malaysia cuba memporak perandakan PAS dengan laporan yang memualkan.

Lantas, sebaik sahaja selesai pemilihan sebelum ini, kesepaduan kembali utuh dan natijahnya PAS melakar kemenangan dengan kerjasama Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum ke-12 Mac 2008.

Kemenangan ini manis, dan ia menjadi titik tolak kepada PAS dalam menilai sokongan pelbagai yang kini hadir kerana 'percayanya' mereka kepada kejujuran dan keikhlasan PAS dalam melayari perjuangan.

Seperti kata Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang tiap kali Muktamar PAS berlangsung, akhbar arus perdana akan memainkan cara lama.

Seperti dimasa muktamar lalu akhbar arus perfana cuba menimbulkan beberapa perkara yang negatif supaya PAS dipandang negatif oleh umum, memetik kata Ustaz Hadi dalam wawancara Harakah sebelum ini.

"Alhamdulillah sehingga kini terbukti itu adalah maklumat yang bohong.Dalam hal ini sepatutnya rakyat melihat negeri-negeri yang diperintah oleh PAS ini ada gambaran jelas yang libatkan wakil rakyat PAS selamat dari politik wang dan bahkan tiada seorangpun wakil rakyat PAS yang berjaya dibeli," katanya.

Nah, peringatan Presiden PAS perlu diambil peringatan yang amat penting agar pemimpin dan ahli memikirkan 'psywar' yang kini mula dijalankan akhbar arus perdana terutamanya Utusan Malaysia dalam merencanakan rencah dalam pemilihan PAS.

Ingat sahaja pada pilihan raya umum lalu, akhbar-akhbar arus perdana ini memainkan peranan memfitnah, memaki dan memburuk-burukkan.

Natijahnya, PAS hingga rakyat sendiri mengajar mereka dengan menumbangkan Umno/BN di lima negeri yang sebelum ini sukar ditembusi pembangkang.

Berbalik kepada persoalan muktamar dan keadaan massa hari ini.Membincangkan persepsi yang mula dilakarkan akhbar arus perdana terhadap PAS, maka perwakilan perlu meneliti sebaik mungkin 'psywar' yang sedang berjalan ini.

Memandangkan krisis yang cuba dimomokkan akhbar arus perdana kononnya berlaku dalam PAS antara kelompok, perang ini tak harus dihadam perwakilan sebagai satu maklumat yang menyatakan benar parti kita sudah berpecah seperti Umno.

Tidak, seperti kata Presiden, yang membulatkan pendirian bahawa ' "gembar-gembur yang ditimbulkan oleh pihak luar laksana mereka yang lalu di halaman rumah kita dia dengar bunyi-bunyi dia kata kita bergaduh, kita tak bergaduh sebenarnya kita susun perabut rumah kita,

"Itu biasa dalam pemilihan itu bukan pergaduhan dalam parti apa yang berlaku masing-masing memberi pandangan dan hujah dan ahli kita matang dalam menentukan dimana perubahan yang hendak kita lakukan dalam muktamar akan datang," katanya memetik wawancara sebelum ini.

Nah mesej Presiden ini jelas kepada seluruh ahli dan perwakilan agar 'psywar' yang berjalan kini mampu ditangkis dengan bijak, sementara mereka boleh memilih dengan bijaksana.

PAS akan terus bergerak sebagai sebuah parti yang menanti 'riwayat Umno' berakhir.

Seperti kata Ketua Penerangan PAS, Dato' Mahfuz Omar yang menyarankan kepada perwakilan agar memantapkan ilmu mereka untuk mencernakan idea-idea yang 'bijaksana' supaya ia boleh diadun oleh kepimpinan yang akan dipilih selepas ini untuk menggerakkan parti.

Sementara perihal pemerkasaan parti wajar disentuh dengan bijaksana tatkala perwakilan membahaskan ucapan dasar Presiden PAS dengan memikirkan sensitiviti semua pihak.

Longgokan idea yang bernas bakal mewarnakan PAS kepada satu lanskap yang baharu yang lebih mantap dan mendapat kepercayaan seluruh entiti masyarakat.

Di peringkat kepimpinan, perihal amanah yang telah diberikan ahli kepada mereka haruslah dijaga sebaik mungkin kerana ia bakal dikira sebelum meniti 'titian Sirat' nanti.

Jangan abaikana amanah itu tatkala kita sudah selesa berada di persada kerana kita bakal dihukum ahli apabila mereka terasa kecewa dengan perbuatan kita.

Pesan akhir wawancara bersama Presiden PAS boleh diambil ikhtibar, "Jadikan muktamar dengan cara yang sopan dengan sebaiknya dan tenang, tidak dipengaruhi oleh cara yang tidak bersopan".

"Saya percaya sokongan kepada PAS kini meningkat lagi dan kematangan ahli dan perwakilan akan bertambah lagi.

Selamat bermuktamar....../wann _

_______________________________________________________

Beginikah Bakal Nasib BN Terengganu ?

Kenyataan Awal DPP Terengganu

Pembangunan Yang Tidak Pernah Dilihat Di Terengganu !

Monday, June 1, 2009

ADUN Sura Ziarah Bukan Islam

YB Ustaz Haji Wan Hassan diiringi Ketua Lajnah Perpaduan Nasional
PAS Kawasan Dungun, Puan Serena Lim Abdullah dan 2 orang AJKnya,
Puan Tuan Nafisah Syed Abdullah dan Puan Zaleha Omar


DUNGUN 1 Jun Isnin - Jurang yang wujud di antara umat Islam dengan masyarakat Cina perlu dihapuskan. Ini dapat dilakukan di antaranya dengan melakukan ziarah.

Ziarah bukan sahaja dapat menjalinkan hubungan siraturrahim di antara umat Islam dengan non- muslim tetapi juga dapat merapatkan hubungan antara jiran tetangga, rakan sekerja dan sahabat handai serta membentuk integrasi kaum dalam masyarakat kita yang bersifat majmuk.

" Ziarah merupakan satu usaha mendampingkan diri dengan non-Muslim yang digalakkan oleh Islam terutama di waktu mereka memerlukan seperti apabila mereka sakit, bermasalah, mahukan pertolongan dan seumpamanya. Ziarah boleh melapangkan dada mereka dan memberi ketenangan, " ujar YB ADUN Sura secara ringkas.

Sekitar Ziarah YB ADUN Sura merangkap YDP PAS Kawasan Dungun

Di Jalan Kenanga, Sura Jeti

Di Rumah Murah Kg Nibong

Bersama warga emas di Kg Bukit Chatak

Di Rumah Murah Kg Nibong

Di Kg Tanah Lot

Di Kg Bukit Chatak

Bersama peniaga tayar di Kg Batu 48

Turut mengiringi YB ADUN Sura, Setiausaha Lajnah Kebajikan MTD Sura,
Hj Che Razlan Omar dan wakil Pemuda DUN Sura, En Saiful Akmal Mohd Noor

REMAJA MUSLIMAH DUN SURA DIJEMPUT KE SINI SEGERA

BN Masih Anggap Rakyat Bodoh & Mudah Ditipu

ZULKIFLI YAHAYA
Harakahdaily


Tidak seperti semua pilihan raya kecil yang pernah dialui oleh rakyat Malaysia sejak demokrasi diperkenalkan di negara ini, kawasan Dun Penanti sepi.

Tiada jentera pembinaan yang sibuk di sana sini menurap jalan. Tiada perasmian balai raya, sekolah, masjid dan surau. Tiada menteri dan pemimpin kerajaan Pusat yang turun bagai Santa Claus mengagih pelbagai hadiah untuk rakyat.

Setiap kali berlangsung pilihan raya kecil (sebelum ini) pelbagai projek pembangunan dan bantuan diagihkan untuk rakyat. Apabila pemimpin Pakatan Rakyat mempersoalkan mengapa projek tersebut turun hanya di musim pilihan raya, dengan cengilnya mereka menjawab: "Ini tuduhan liar yang dilemparkan oleh pihak pembangkang. Sebenarnya pembangunan untuk rakyat sentiasa berterusan; sebelum, semasa dan selepas pilihan raya pembangunan tetap ada. Takkanlah haya kerana berlangsung pilihan raya maka rakyat disekat untuk menerima pembangunan? Ini tidak adil." Molek dan muluk sekali bunyinya. Cakap mengalahkan peguam.

Dalam pilihan raya kecil Kuala Terengganu lalu, apabila diajukan persoalan yang sama, jawapan yang diberi oleh seorang pemimpin BN ialah, "Sebenarnya semua projek itu sudah dirancang sejak lama, cuma secara kebetulan ia diadakan sewaktu pilihan raya."

Lucunya, selepas berakhir pilihan raya dan BN tersungkur, semua 'projek kebetulan' itu secara kebetulannya pula berakhir. Nah, sekarang apabila BN tidak sertai pilihan raya kecil Penanti, mana pula projek-projek yang telah dirancang dari awal serta projek-projek 'kebetulan' itu?

baca berita penuh

Thursday, May 28, 2009

Juara Cilik Dari DUN Sura



Venue perkarangan Masjid Sura Lama sekali lagi dimeriahkan dengan pelbagai acara sukan tahunan PASTI Kawasan Dungun antaranya bolasepak,bolajaring dan sukaneka.

Latihan selama 2 bulan, akhirnya membuahkan hasil apabila PASTI Dun Sura dinobatkan Juara Bolasepak dan Bolajaring Sukan PASTI Kawasan Dungun pada 23 Mei baru-baru ini.

Dun Sura ditentang hebat oleh Dun Bukit Besi dalam perlawanan akhir yang berkesudahan dengan kemenangan 2 - 1.

Lebih manis lagi ianya sebagai hadiah istimewa buat Ketua Jurulatih Bolasepak PASTI Dun Sura, Tg Wahiazizie @ Wahi yang melangsungkan majlis perkahwinan pada hari yang sama.

Sementara itu, kawasan Kemaman akan menjadi tuanrumah Karnival Sukan PASTI Negeri Terengganu 2009 yang akan berlangsung pada 30 Mei, Sabtu di Puteri Food Court, Bandar Baru Bukit Mentok, Kemaman, Terengganu. Dijangka sebanyak 8 kawasan akan berentap dalam pelbagai acara menarik yang dijadualkan bermula jam 8.00 pagi hingga 2.00 petang.

Telah diakui pelbagai pihak bahawa PASTI merupakan satu aset pendidikan yang penting yang disumbangkan oleh PAS kepada masyarakat.

Flasback sekitar acara sukan tahunan PASTI Kawasan Dungun,
23 Mei, Sabtu di Perkarangan Masjid Sura Lama :


Aksi ceria dari pasukan bolasepak Dun Sura

Ketua jurulatih bersama anak-anak buah...bagi kata-kata semangat

Aik...tadi ketua jurulatih ada...hilang pulak dah ! Asalkan bahagia...

Bincang strategi....menjelang perlawanan seterusnya

Sokongan padu dari ibu tersayang...

Dun Paka vs Dun Bukit Besi...main bola ker ni??? mana bola nyer???

Sura vs Rantau Abang

aksi si cilik...Chelsea vs Arsenal

Perlawanan akhir...Dun Sura vs Dun Bukit Besi

Peteh Sura Peteh

Ketua Pemuda PAS Dungun, Ustaz Jamaluddin Jusoh
(duduk, berbaju putih) di majlis
perasmian penutup.

ISTIMEWA UNTUK REMAJA MUSLIMAH :-

KDNK : Najib Berbohong Kepada Rakyat Malaysia


KDNK MENGUNCUP : MAHFUZ TEMPELAK NAJIB


IRWAN MUHAMMAD ZAIN
Thu | May 28, 09 | 6:00:37 pm MYT

KUALA LUMPUR, 28 Mei (Hrkh) - Ketua Penerangan PAS Pusat, Dato' Mahfuz Omar (gambar) menempelak Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan 1 negara kerana berbohong kepada rakyat.

Najib, tegas Mahfuz, telah berbohong kepada rakyat bila sebelum ini membuat kenyataan negara tidak akan terkena tempias krisis ekonomi yang sedang melanda dunia.

Dalam satu sidang media yang diadakan di pejabat PAS kawasan Pokok Sena beliau mencadangkan supaya Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Nazri Aziz mengusulkan kepada parlimen yang akan bersidang pada 15 Jun nanti supaya menghukum Najib dengan memotong gaji Perdana Menteri itu sebanyak RM10.00.

"Parlimen perlu menghukum Najib yang telah berbohong kepada rakyat mengenai keadaan ekonomi negara.

"Dato' Nazri yang menjaga hal ehwal parlimen perlu membawa usul tersebut bila Dewan Rakyat mula bersidang pada 15 Jun nanti," tegas Mahfuz.

Keadaan ekonomi negara kini berada ditahap kritikal bila Bank Negara mengumumkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara menguncup sebanyak 6.2 peratus pada suku tahun pertama tahun ini.

Malah, tegas Mahfuz, Perdana Menteri telah mengakui KDNK negara akan mengalami pengucupan sebanyak 4 hingga 5 peratus sepanjang tahun ini.

Sebelum ini Institut Kajian Ekonomi Malaysia (MIER), menjangkakan ekonomi negara akan mengalami kemelesetan teknikal.

Keadaan ini jelas beliau membuktikan slogan Satu Malaysia Najib gagal kerana pencapaian negara telah meleset.

Mahfuz juga mendesak supaya kerajaan menyediakan satu kertas putih untuk dibahaskan di Parlimen mengenai keadaan ekonomi negara kerana apa yang dijelas oleh Najib hari ini tidak dibahaskan secara khusus.

Mengulas kenyataan Najib yang mengatakan KDNK negara akan mengalami peningkatan pada suku terakhir tahun ini, Mahfuz menegaskan perkara tersebut mustahil akan berlaku.

"Bagaimana ia akan pulih jika suka pertama dan kedua sudah mengalami pengucupan yang teruk?" soal Mahfuz.

Mahfuz juga bersetuju jika ada cadangan supaya menteri kewangan ditukar.

Beliau menegaskan perlunya seorang menteri kewangan yang bersifat terbuka dan bersedia menerima pandangan pihak lain.

Justeru, beliau mencadangkan kerajaan agar tidak mengharapkan ekonomi dunia pulih sebaliknya perlu berusaha sendiri bagi mengatasi masalah ini. - mns_

Tuesday, May 26, 2009

Saya Cabar Zahid Berdebat Di Bagan Datoh !

Tuesday, May 26, 2009

Malu orang Bagan Datoh, Ahli Parlimen yang jadi Menteri Pertahanan rupanya seorang yang pengecut. Tak berani berdebat dalam siri hujjah di TV9 malam ini. Seluruh rakyat Malaysia dihampakan oleh Zahid Hamidi. Husam Musa telahpun berada di Kuala Lumpur untuk berdebat dengannya, malangnya petang tadi pihak TV9 memaklumkan Zahid menarik diri daripada menyertai program tersebut. Sedangkan jutaan rakyat sudah beberapa hari menunggu bagi mengikut program suka ramai itu.

Menurut Husam, pengurusan TV9 telah memaklumkan mengenai keputusan Menteri Pertahanan terbabit membatalkan penyertaannya pada saat-saat akhir kerana sebab-sebab tertentu, dan mencadangkan Ezam Mohd Noor sebagai penganti Zahid. Husam tidak bersetuju, hasratnya hanya ingin berdebat dengan Zahid yang sama-sama terlibat memimpin parti politik dan kerajaan. Tajuknya juga sangat sesuai dengan situasi politik wang yang sedang membudaya dalam UMNO dan kerajaan.

Zahid memang pengecut, bercakap di atas pentas memang nampak hebat tetapi jiwanya kecil dan lemah.

Saya teringat 10 tahun dulu ketika gelombang reformasi, Zahid merupakan penyokong kuat Anwar Ibrahim, beliau bersama anggota EXCO pemuda UMNO cukup lantang menentang Dr. Mahathir. Setelah Anwar ditahan, beliau turut ditahan dibawah ISA di Sabah. Ketika beliau dalam tahanan, pemuda-pemuda UMNO sering berjumpa saya dan membeli Harakah dari saya untuk mendapatkan maklumat terkini isu-isu politik ketika itu. Hanya Harakah yang memberi liputan yang meluas dan benar terhadap gerakan reformasi ketika itu.

baca tulisan penuh

Iman Semut Vs Iman Manusia

Untuk Renungan Bersama

IMAN SEMUT...

Di zaman Nabi Allah Sulaiman berlaku satu peristiwa, apabila Nabi Allah Sulaiman nampak seekor semut melata di atas batu; lantas Nabi Allah Sulaiman merasa hairan bagaimana semut ini hendak hidup di atas batu yang kering di tengah-tengah padang pasir yang tandus. Nabi Allah Sulaiman pun bertanya kepada semut: "Wahai semut apakah engkau yakin ada makanan cukup untuk kamu".

Semut pun menjawab: "Rezeki di tangan ALLAH, aku percaya rezeki di tangan ALLAH, aku yakin di atas batu kering di padang pasir yang tandus ini ada rezeki untuk ku".
Lantas Nabi Allah Sulaiman pun bertanya: "Wahai semut, berapa banyakkah engkau makan? Apakah yang engkau gemar makan? Dan banyak mana engkau makan dalam sebulan?"

Jawab semut: "Aku makan hanya sekadar sebiji gandum sebulan".

Nabi Allah Sulaiman pun mencadangkan: "Kalau kamu makan hanya sebiji gandum sebulan tak payah kamu melata di atas batu, aku boleh tolong". Nabi Allah Sulaiman pun mengambil satu bekas, dia angkat semut itu dan dimasukkan ke dalam bekas; kemudian Nabi ambil gandum sebiji, dibubuh dalam bekas dan tutup bekas itu. Kemudian Nabi tinggal semut didalam bekas dengan sebiji gandum selama satu bulan. Bila cukup satu bulan Nabi Allah Sulaiman lihat gandum sebiji tadi hanya dimakan setengah sahaja oleh semut, lantas Nabi Allah Sulaiman menemplak semut: "Kamu rupanya berbohong pada aku!. Bulan lalu kamu kata kamu makan sebiji gandum sebulan, ini sudah sebulan tapi kamu makan setengah".

Jawab semut: "Aku tidak berbohong, aku tidak berbohong, kalau aku ada di atas batu aku pasti makan apapun sehingga banyaknya sama seperti sebiji gandum sebulan, kerana makanan itu aku cari sendiri dan rezeki itu datangnya daripada Allah dan Allah tidak pernah lupa padaku. Tetapi bila kamu masukkan aku dalam bekas yang tertutup, rezeki aku bergantung pada kamu dan aku tak percaya kepada kamu, sebab itulah aku makan setengah sahaja supaya tahan dua bulan. Aku takut kamu lupa".

Itulah Iman Semut!!

IMAN MANUSIA ???

Di zaman Imam Suffian, ada seorang hamba Allah yang kerjanya mengorek kubur orang mati. Kerja korek kubur orang mati bukan kerja orang ganjil. Bila ada orang mati, mayat terpaksa ditanam, oleh itu kubur perlu digali dulu. Tetapi yang ganjil mengenai hamba Allah ini ialah dia tidak gali kubur untuk tanam mayat.Sebaliknya apabila orang mati sudah ditanam, waris sudah lama balik ke rumah dan Munkar Nakir sudah menyoal, barulah penggali ini datang ke kubur untuk korek balik. Dia nak tengok macam mana rupa mayat setelah di "interview" oleh Munkar Nakir. Dia korek 1 kubur, 2 kubur, 3 kubur, 10 kubur, 50 kubur sampai 100 kubur. Lepas itu, penggali pergi kepada Imam Suffian dan bertanya kepadanya: "Ya Imam, kenapakah daripada 100 kubur orang Islam yang aku gali, dua sahaja yang mana mayat di dalamnya masih berhadap kiblat. Yang 98 lagi sudah beralih ke belakang?".

Jawab Imam Suffian : Di akhir zaman hanya 2 dari 100 umat Islam yang percaya rezeki itu di tangan Allah. 98 orang lagi tidak percaya bahawa rezeki di tangan Tuhan".

Related Posts with Thumbnails

YB ADUN Sura Untuk Semua

 

Arkib Laman

Blog YB ADUN Sura © 2008 | Ripped by SamarQondy | Coordinated by Team IT DUN Sura