Thursday, October 18, 2012

Puasa Sunat & Munajat Sempena Hari Wuquf 25 Oktober


KUALA LUMPUR : Lajnah Tarbiah Dan Perkaderan PAS Pusat mengarahkan supaya seluruh ahli PAS berpuasa pada Hari Wuquf tanggal 9 Zulhijjah 1433 bersamaan 25 Oktober 2012 (Khamis).

 
Pengarah Jabatan Tarbiah PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad menjelaskan hari itu yang mempunyai kelebihan bagi mereka yang berpuasa sebagaimana sabda Rasulullah SAW. bermaksud "Puasa Hari Arafah: Aku berharap Allah menghapuskan dosa setahun sebelumnya dan dosa setahun kemudiannya". (Riwayat Muslim)


Justeru, beliau meminta semua Lajnah Tarbiah Kawasan menyusun program dengan baik dan teratur di markaz atau tempat yang difikirkan perlu.


Katanya tentatif program bermula sekitar jam 5.30 petang dengan bacaan surah Yaasin dan zikir munajat, diikuti iftar jamaie, solat Maghrib, takbir, tazkirah dan solat Isyak.


“Semoga program ini dapat menjana kekuatan ruhiah dan memohon restu Allah untuk menghadapi PRU13. Semoga Allah memberi kekuatan, kesihatan, keikhlasan, memantapkan ukhwah di kalangan petugas dan memberi hidayah kepada seluruh pengundi insya Allah,” ujarnya.

sumber : Harakahdaily.net 

0 komen:

Related Posts with Thumbnails

YB ADUN Sura Untuk Semua

 

Arkib Laman

Blog YB ADUN Sura © 2008 | Ripped by SamarQondy | Coordinated by Team IT DUN Sura