Monday, March 14, 2011

ADUN Sura Sumbang Basikal Di Padang Jambu

DUNGUN, 14 Mac Isnin - Dua orang pelajar dari dua keluarga di Kampung Padang Jambu di sini telah menerima sumbangan basikal daripada ADUN Sura, Y.B. Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli.

Sumbangan tersebut telah disampaikan sendiri oleh ADUN Sura di kediaman pelajar berkenaan sambil disaksikan oleh ibu masing-masing.

Puan Rosnani Su'ut, 52, merakamkan ucapan terima kasih kepada ADUN Sura di atas sumbangan basikal kepada anak lelakinya, pelajar tingkatan satu di Sekolah Menengah Agama Sultan Ismail, Dungun.

Sementara Tuan Mahani Syed Ahmad, 50, yang menetap di Lorong 4, Kampung Padang Jambu turut melahirkan kesyukuran di atas kecaknaan dan prihatin ADUN Sura terhadap masalah yang dihadapi oleh anak lelakinya pelajar Tahun Enam, Sekolah Kebangsaan Pusat Dungun.

ADUN Sura yang menyampaikan sumbangan tanpa mengira fahaman politik para penerima, diiringi oleh Ketua PAS Cawangan Padang Jambu, Encik Baharuman Abdul Hamid.

0 komen:

Related Posts with Thumbnails

YB ADUN Sura Untuk Semua

 

Arkib Laman

Blog YB ADUN Sura © 2008 | Ripped by SamarQondy | Coordinated by Team IT DUN Sura