Sejak akhir-akhir ini umat Islam di negara kita ini tidak mudah untuk pergi menunaikan haji kerana terpaksa mendaftar dan menunggu giliran; sebab yang berhajat untuk pergi menunaikan haji memang ramai. Alhamdulillah, ini satu petanda baik bagi kita. Ia menunjukkan kesedaran umat Islam negara ini bagi menunaikan rukun Islam kelima itu sudah meningkat. Ia juga menggambarkan tahap sosio-ekonomi umat Islam yang bertambah baik.
Sejak beberapa tahun lalu, kerajaan Arab Saudi banyak membuat ubahsuai pada kawasan Masjidilharam dan Masjid Nabawi dengan tujuan memberi kemudahan dan keselesaan kepada umat Islam yang datang mengerjakan haji. Ketika ini pun satu perubahan besar di kawasan Masjidilharam sedang dilakukan.
baca artikel penuh...di sini
Sementara itu di Dungun, ADUN Sura, Y.B. Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli telah mengadakan ziarah kepada lebih 50 orang bakal haji yang akan menunaikan ibadah tersebut tahun ini.
Tanpa mengira fahaman politik, ADUN Sura hadir bersua muka ke rumah bakal haji sambil mendoakan masing-masing memperolehi haji yang mabrur. Beliau turut menghulurkan sumbangan peribadi kepada setiap bakal haji yang dikunjungi.
[Gambar-gambar sebahagian bakal haji 1431 yang telah dikunjungi oleh ADUN Sura merangkap YDP PAS Kawasan Dungun, Y.B. Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli]
0 komen:
Post a Comment