Thursday, June 11, 2009

Tangkapan Di Tebing Barat Halang Perdamaian

TANGKAPAN DI TEBING BARAT HALANG PERDAMAIAN - MESHAL

Written by admin from on June 11th, 2009 | 0 Comments

KHAMIS 11 Jun 2009 - Ketua Biro Politik HAMAS, Khaled Meshal menegaskan HAMAS amat prihatin terhadap kepentingan Palestin. Beliau juga menegaskan sudah terdapat persetujuan dengan Mesir yang menjadi penaung untuk membentuk beberapa jawatankuasa yang akan berusaha membebaskan para tahanan. Beliau juga amat berharap agar naungan Mesir dan negara-negara Arab lain berjaya mencapai matlamat ini.

Semasa mengadakan sidang akhbar di Kaherah pada Selasa (9/6), selepas mengadakan perbincangan dengan Umar Sulaiman, menteri Mesir, beliau menegaskan bahawa halangan besar kepada perdamaian Palestin ialah tangkapan dan penculikan yang berlaku di Tebing Barat. Ia adalah tindakan yang sama sekali tidak boleh diterima.

Beliau juga menjelaskan bahawa terdapat usaha untuk menghapuskan HAMAS yang dilakukan oleh pihak berkuasa Palestin di Tebing Barat. Beliau juga menjelaskan persetujuan telah dicapai dengan pihak Mesir untuk membentuk beberapa jawatankuasa bagi membebaskan mangsa yang diculik, sambil menegaskan: “Jika tugas asasi ini tidak dilaksanakan segera, maka tidak akan berlaku penyelesaian untuk mencapai perdamaian Palestin.”

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/

ARTIKEL TERKINI YANG MESTI DIBACA ...
ERA ZIONIS BERAKHIR ?

0 komen:

Related Posts with Thumbnails

YB ADUN Sura Untuk Semua

 

Arkib Laman

Blog YB ADUN Sura © 2008 | Ripped by SamarQondy | Coordinated by Team IT DUN Sura