Tuesday, June 29, 2010

Sidang Media Pakatan Rakyat

Kreativiti Alam Semulajadi - Tabung Buluh

Orang Melayu dahulukala kaya dengan kreativiti dan seni hasil dari alam semulajadi. Antara yang paling popular ialah pembuatan tabung buluh.



Tabung ini digunakan untuk menyimpan duit syiling. Batang Buluh yang tebal dan ruas yang panjang digunakan untuk dijadikan tabung. Batang buluh dipotong mengikut ukuran yang diingini dan ditebuk menyerupai bentuk lubang.



Kemudian, buluh ini digosok dengan daun palas untuk melicinkannya. Apabila tabung buluh ini penuh, tabung ini akan dipecahkan untuk mengeluarkan duit yang disimpan.


sumber : Warisan Budaya Malaysia

Monday, June 28, 2010

ADUN Sura & Isteri @ Ops Al-Falah UPU Tanah Lot

DUNGUN 28 Jun, Isnin - Selain daripada pengisian untuk memperkemaskan kerja dalaman parti, Ops Al-Falah di UPU Tanah Lot yang berlangsung selama 3 hari bermula pada 24, 25 dan 26 Jun baru-baru ini, turut menyelitkan program yang melibatkan ADUN Sura serta isteri - ziarah pesakit, program pemuda, program nisa', ziarah al-mala' dan lain-lain.











Sementara itu, ADUN Titi Serong, Perak, Y.B. Drs Khalil Idham Lim sempat singgah di pusat operasi Ops Al-Falah bertemu sebahagian petugas yang berada di sana.

Malam sebelumnya, beliau berceramah di Surau Tuan Guru Haji Zainal Abidin, Sura Gate.



Petugas muslimat merupakan di antara tenaga penting yang turut menggerakkan Ops Al-Falah kali ini, melalui ziarah rumah sasaran dan lain-lain lagi acara yang telah disusun.

Sunday, June 27, 2010

Hanipa Maidin : Kes Tian Chua - Mahkamah Wujudkan Kecelaruan ?

Isu sama ada Saudara Tian Chua masih layak menjadi Ahli Parlimen Batu kini hangat dibincangkan ekoran keputusan Mahkamah Tinggi yang memutuskan mengurangkan hukuman denda ke atas Tian Chua daripada RM 3000-00 kepada RM 2000-00.

Isu ini melibatkan tafsiran Artikel 48 ( 1 ) (e ) Perlembagaan Persekutuan ( PP ). Artikel 48 Perlembagaan Persekutuan adalah berkaitan dengan kehilangan kelayakan Ahli Parlimen. Salah satu sebab yang membolehkan seorang Ahli Parlimen seperti Tian Chua boleh hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen adalah jika Ahli Parlimen itu disabitkan atas sesuatu kesalahan dan dihukum dengan hukuman penjara untuk tempoh tidak kurang dari satu tahun atau hukuman denda tidak kurang daripada dua ribu ringgit dan Ahli Parlimen itu tidak mendapat pengampunan bebas.

Dalam isu Tian Chua ini isunya adalah berkisar kepada frasa “ hukuman denda tidak kurang dari dua ribu ringgit’. Apakah tafsiran yang sebenar tantang frasa tersebut ? Adakah tidak kurang dari dua ribu ringgit termasuk denda sebanyak RM 2000 atau denda RM 2000 tidak termasuk dalam frasa tersebut ?


Melihat kepada alasan penghakiman Hakim Mahkamah Tinggi ketika mengurangkan hukuman ke atas Tian Chua, hakim tersebut nampaknya tidak bersetuju pilihan raya kecil diadakan di Parlimen Batu. Atas dasar itu beliau mengurangkan hukuman denda daripada RM 3000 kepada RM 2000.

Saya pasti hakim tersebut sedar tentang kewujudan Artikel 48 ( 1 ) ( e ) Perlembagaan Persekutuan semasa beliau membuat keputusan. Secara tersiratnya apabila beliau menjatuhkan hukuman denda RM 2000-00 ke atas Tian Chua , hakim tersebut boleh dikatakan berpendapat denda RM 2000 tidak menyebabkan hilangnya kelayakan Tian Chua sebagai Ahli Parlimen.


baca artikel penuh...di sini.

Saturday, June 26, 2010

Sumbangan Jaring Gol Di Kehangatan Demam Piala Dunia

DUNGUN 26 Jun, Sabtu - Demam Kejohanan Bolasepak Piala Dunia yang sedang berlangsung di Afrika Selatan, turut dirasai oleh golongan belia dan para pemuda yang meminati sukan berkenaan.

Baru-baru ini, di padang bola pantai Kampung Sura Jeti, Y.B. Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli telah meluangkan masa menyampaikan jaring gol kepada para pemuda yang sedang asyik bermain.
Kehadiran singkat ADUN Sura di padang bola berkenaan mengejutkan sebahagian pemain, lalu memberhentikan permainan untuk menerima sumbangan jaring gol yang telah disampaikan sendiri oleh beliau.

ADUN Sura merangkap YDP PAS Kawasan Dungun, sempat berseloroh mengingatkan para pemain, "Nak main bola takpe, tapi jangan main judi!"

Friday, June 25, 2010

Saya Akan Terus ..... Sehingga Titisan ..... Terakhir

1. Kerajaan/KDN menuduh bahawa kartun-kartun saya mengandungi bahan yang boleh mempengaruhi pemikiran rakyat untuk menentang kepimpinan dan dasar kerajaan dan sekiranya dibiarkan, ia boleh memudaratkan ketenteraman awam. Ia adalah satu tuduhan yang serius dan harus ditunjangi dengan alasan perundangan yang kukuh.

2. Dengan mengharamkan keenam-enam penerbitan ini, ertinya sebanyak 312 karya-karya kartun saya dan pasukan kartunis saya yang terdapat dalamnya diharamkan.

3. Saya menuntut KDN/kerajaan memberi penjelasan apakah yang dimaksudkan dengan takrif "mempengaruhi pemikiran rakyat untuk menentang kepimpinan dan dasar kerajaan dan sekiranya dibiarkan, ia boleh memudaratkan ketenteraman awam."

4. Saya menuntut KDN/kerajaan memberi penjelasan karya yang mana dan pada muka surat yang mana dari 312 kartun tersebut yang dikategorikan sebagai mengancam keselamatan negara dan tidak sesuai untuk bacaan umum. Saya bertanggungjawab dan sedia mempertahankan karya-karya saya. Saya sedia menghadapi tindakan undang-undang.

5. Dari sudut perniagaan, larangan KDN ini sudah pasti membawa kerugian besar kepada syarikat saya. Saya menjangka pengedar-pengedar seluruh Malaysia akan memulangkan naskah yang telah beredar di pasaran dan kerugian sekitar RM50,000 hingga RM80,000.

baca artikel penuh...di sini.

Tuesday, June 22, 2010

Ceramah Drs. Khalil Idham Lim di DUN Sura 25 Jun

DUNGUN 23 Jun Rabu - Sempena Ops Al-Falah DUN Sura yang akan diadakan bermula 24, 25 dan 26 Jun di UPU Tanah Lot, Lajnah Penerangan DUN Sura telah mengambil inisiatif menganjurkan ceramah bagi mengupas isu-isu semasa yang berlaku di seluruh negara.

Setiausaha Lajnah Penerangan DUN Sura, Encik Ahmad Roslin Abdul Wahab memberitahu, bahawa ceramah yang dijadualkan pada 25 Jun, Jumaat ini akan dibarisi oleh Y.B. Drs. Khalil Idham Lim, ADUN Titi Serong, Perak, Mohd Sany Hamzan, EXCO DPP Pusat yang lebih terkenal dengan jolokan Mat Sabu Junior dan Ustaz Haji Azman Syapawi, Timbalan Ketua DPP Pusat merangkap Naib YDP PAS Kawasan Dungun yang akan bertindak selaku tuan rumah.

"Saya mengajak seluruh penduduk Dungun, khususnya di DUN Sura bersama-sama hadir mendengar ceramah sulong YB Drs Idham Lim dan Mohd Sany Hamzan di Dungun, yang pastinya akan memberi penjelasan langsung isu-isu hangat khususnya yang berlaku di Perak dan di peringkat nasional", ujar beliau.

Friday, June 18, 2010

PAS Bersedia Hadapi Pilihan Raya Umum Bila-Bila Masa - Mursyidul Am

PAS bersedia menghadapi pilihan raya umum bila-bila masa dari sekarang, kata Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

IMG_2321

Walaupun kuasa mengumumkan tarikh pilihan raya itu terletak di tangan Perdana Menteri untuk membuat suatu kejutan, Menteri Besar Kelantan itu berkata kerajaan seharusnya memberi tempoh tertentu sebelum mengadakan pilihan raya bagi membolehkan parti bertanding membuat persediaan.

"Sebagai negara yang mengamalkan demokrasi, pilihan raya tidak patut diadakan secara mengejut dan perlu diisytiharkan lebih awal seperti tiga bulan atau sebagainya supaya kita sama-sama boleh bersedia," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah mingguan Jumaat di Dataran Ilmu, di sini, pada Jumaat.

Beliau diminta mengulas kenyataan Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa tarikh pilihan raya tidak akan diadakan dalam masa terdekat dan pengumuman mengenainya akan dibuat sebagai suatu kejutan.

Bercakap kepada pemberita di Tumpat dua hari lepas, Najib berkata kerajaan tidak akan membubarkan Parlimen untuk mengadakan pilihan raya umum akan datang semata-mata berdasarkan kepada satu pendapat bahawa semakin ramai rakyat menyokong beliau.

Menteri Besar Kelantan berkata soal cepat atau lambat pilihan raya diadakan, bagi PAS ia tidak menimbulkan masalah kerana parti itu sentiasa dalam keadaan bersedia.

sumber : bernama.com
Related Posts with Thumbnails

YB ADUN Sura Untuk Semua

 

Arkib Laman

Blog YB ADUN Sura © 2008 | Ripped by SamarQondy | Coordinated by Team IT DUN Sura